PEMERIKSAAN MENGANDUNG : SAYA PILIH KLINIK SWASTA!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Walaupun UiTM ada klinik panel, tapi sekarang , tidak semua jenis rawatan akan ditanggung bayaran sepenuhnya oleh pihak UiTM. Makanya,

“ramai pesakit saya, staf UiTM ‘lari’ buat check-up katKlinik Kesihatan / Hospital Kerajaan…”

Nama pun rawatan perubatan, memang kos tinggi juga bagi kes pemeriksaan bulanan ibu mengandung.  Ada jenis rawatan yang masih lagi di bawah tanggungan UiTM. Contohnya kos konsultansi doktor dan beberapa persen (%) dari jumlah bayaran keseluruhan kos check-up.

Aku pilih Klinik Soraya, Seksyen3, Shah Alam untuk pemeriksaan antenatal bulanan. Kos-kos rawatan yang terlibat adalah rundingan / konsultansi doktor, pemeriksaan mengandung (check BP), scan bayi, MGTT (air gula), cucuk kancing gigi (Anti Tetanus), pemeriksaan darah & ubat-ubatan/ vitamin

UiTM hanya cover

  1. Kos rundingan / konsultansi = RM 15.00
  2. Pemeriksaan mengandung = RM 35.00
  3. Suntikan kancing gigi (Anti Tetanus) = RM 20.00

Jadi, rawatan lain-lain, kenalah aku bayar sendiri. Standard caj rawatan untuk scan dan vitamin, jumlahnya tak lari dari minimum RM 50.00.

Kos rawatan : Pemeriksaan darah, scan kandungan dan cetakan gambar hitam putih

Kos rawatan : MGTT (air gula), scan kandungan & vitamin (asid folik dan pil kalsium)

Scan = RM 20.00

Vitamin / ubat-ubatan = mininum RM 40.00

Ikutkan plan, aku memilih untuk bersalin di SALAM Specialist Hospital, Seksyen 20, Shah Alam (bersebelahan Hotel De Palma Shah Alam). Lagi pun dah pernah ada pengalaman bagus masa dapatkan rawatan bersalin kat situ untuk kedua-dua anak. Anak pertama, servis dari Dr. Siti Maryam. Anak ke-2 pula servis dari Dr Asmah. Dua-dua bagus!

Ada aku kongsikan pengalaman bersalin dan kos rawatan di SALAM Specialist Hospital tu

SALAM Hospital : Hospital Bersalin Pilihan

Kos Sebelum Bersalin Di SALAM Hospital

Kos Bersalin Di SALAM Hospital Tahun 2014

Pengalaman Bersalin Kali Pertama di SALAM Hospital

Pengalaman Bersalin Kali ke-2 Di SALAM Hospital

Untuk layak ambil pakej bersalin kat SALAM Specialist Hospital tu, ada syarat-syaratnya. Nah! tengok pakej bersalin bagi tahun 2018 (Facebook Page SALAM Specialist Hospital, Shah Alam)

Pakej Bersalin di SALAM Specialist Hospital, Shah Alam

Aku dah sediakan budget perbelanjaan lebih awal untuk setiap kali kelahiran. Family planning bukan dari segi nak ada anak berapa orang tapi juga kena tengok pada kemampuan kewangan juga kebolehan untuk menjaga dan mendidik anak-anak sebaik mungkin.

Kenapa tak pergi dapatkan rawatan di klinik kerajaan je? MURAH je. Lebih bernasib baik, FREE OF CHARGE!

Alasannya sebab…

  1. Sesak – Maka untuk mengurangkan kesesakan, aku dah tolong laburkan duit aku sendiri ke klinik swasta.
  2. Ambil masa terlalu lama – Selalunya melebihi separuh hari (atau lebih 4 jam) untuk urusan yang mudah. Tapi tak dapat pelepasan/MC yang tidak mengganggu kuota cuti tahunan. Banyak lagi perkara lain yang memerlukan aku untuk CUTI. Jadi, aku prefer bayar – servis laju maksima 3 jam dah masuk ofis semula.
  3. Ikut kawasan mastautin – Relevan sebab nanti nurse KK akan datang melawat ke rumah. Tapi sepanjang 9 bulan mengandung, setiap bulan masih lagi perlu beri komitmen pada masa rawatan dan masa bekerja. Prefer tempat yang selesa dan mudah ulang-alik dari klinik-pejabat. Rujuk point nombor 2.
  4. Keadaan kandungan – Kelahiran tanpa komplikasi mudah untuk dapatkan rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah, keadaan kandungan setakat ini baik. Tiada sebarang komplikasi dan semoga keadaan baik ini berterusan sehingga akhirnya.

Kesimpulannya, orang yang pergi check-up ke klinik selain swasta, bukan semata-mata sebab dorang banyak duit. Tapi banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu di ambil kira.

Apa-apa pun, pilihan adalah di tangan individu. Semoga urusan sepanjang kehamilan dan kelahiran aku nanti dipermudahkan. Amin…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “PEMERIKSAAN MENGANDUNG : SAYA PILIH KLINIK SWASTA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.