Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lepas dah hias laman dengan artificial grass, Mama tambah lagi seri landskap dengan kolam hiasan.
Boleh klik entri di bawah ini untuk rujukan tentang kos, kedai pilihan dan cara pasang artificial grass.
HIAS LAMAN DENGAN ARTIFICIAL GRASS DAN JUBIN LANTAI
Macam biasa, tempat yang dituju bagi tujuan hiasan landskap adalah kedai di area Sungai Buloh, Selangor. Sebenarnya, masuk ke kedai kolam dengan tujuan nak survey harga dan design kolam. Tak sangka pula sementara menunggu hujan reda time tu, tergerak pulak hati ni nak terus beli kolam. Ha ha ha!
Mungkin juga pekerja kedai kolam tu berdoa time hujan rahmat tu supaya Allah terus jentik hati Mama untuk terus beli tanpa singgah ke kedai lain yang berdekatan.

Punyalah besar signboard kedai, memang menarik perhatian Mama untuk masuk. Terang lagi bersuluh, garden design memang untuk barang hiasan laman
Antara design yang ada di kedai Lot 45A ni…



Dengan saiz 4′ x 4′, ikutkan harga pada tag adalah RM 1,499.00. Tapi rezeki hujan rahmat pagi itu, kami tawar menawar, dapatlah beli kolam pada harga RM 1,300.00 beserta free gift, bola dan lampu. Oh ya! FREE DELIVERY. He he.
Eleehh.. mesti harga dah termasuk 2 free gift tu. Ha ha ha!
Mama share gambar proses pemasangan kolam pula.

First, pekerja akan susunkan dinding kolam. Hanya sambungkan sahaja hujung penjuru setiap sisi yang dilubangkan dengan bentuk L. Macam selak lah.. Berat tau tu. Simen.

Kemudian, pekerja masukkan kolam getah ke dalam petak dinding kolam tadi. Adjust sikit kasi elok, rapat dan tersusun.

Pekerja letak dan susun tiang air pancut. Ada sebatang getah paip digunakan sebagai laluan air disedut dari bawah untuk naik ke atas. Lepas tu pekerja set up utk pasangkan submersible pump. Tak sempat snap gambar tapi prosesnya mudah. Just keluarkan pam dari kotak, pasang suis dan on je. Ha ha ha!

Proses mengisi air ke dalam kolam. Untuk test sama ada pam berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Ok cantik, semua berfungsi dengan baik.

Pekerja taburkan batu sungai (warna putih dan gelap bercampur) sebagai batu hiasan.


Warna asal adalah warna kelabu terang macam warna simen. Nampak lusuh pula. Tambahan lagi, lama kelamaan, mudah nampak lumut. He he. So, Mama request untuk cat kolam dengan warna yang lebih gelap. Kalau tak rajin cuci kolam, pun tak sakit mata sangat sebab tak nampak lumut banyak. Ha ha ha!
Tak lama pun pasang. Lebih kurang dalam 1 jam sahaja dah siap. Dan hasilnya…
…
…
…
…
…
…
TARAAAAAA!

Pemandangan malam pula, macam ni..

Mama kasi video sikit.. He he.
Kalau siang, macam inilah keadaannya..
Kalau malam pulak, begini pemandangannya…
Memang tenang sangat dengar bunyi air jatuh. Duduk luar menikmati suasana tenang sambil dibelai oleh angin sejuk malam. Cewah!
Ada ikan tak dalam kolam? Ikan apa? Haaa.. Nantilah Mama share entri lain yer. Bye!
Waaa cantiknyaa kolam hiasan dia, Sis punya alahai comel ajee, Suami beli bertahun lama, tapi baru raya ni di guna hehehehe
wohaaa..rumah raya. hehe
Wah bestnya. Malam malam boleh lepak ngeteh ngan hubby la kan.
yihaaa! tapi belum berkesempatan lagi nk lepak ngeteh mcm tu. tunggu hari tua nti kot.hahaha
Pemandangan malam tu indah sungguh lah. I wish my balcony is wide enough to have a pond installed hahah
balcony kecil pun boleh.. ada mini size pond..hehe
cantiknya…kalau ada halaman besar boleh la buat macam ni, untung rumah ada laman macam ni.macam2 idea boleh buat kan
betul..ada ruang, dihiasi dengan sebaiknya
Wah cantiknya kolam buatan idea sendiri apatah lagi bila mlm dan berlampu cantik sgt. Sejuk mata memandang.
betul..rasa lebih tenang
Wow. Cantik betul. Saya pun nak pasang satu kat rumah lar. :D
terima kasih. :-)
Woww cantiknye time malam. Rasa tenang je laman rumah mcmni. Tak payah riadah jauh2. Seronok ada ruang laman besar. Mcm2 boleh landskap
ha ah..sejuk mata memandang
Rumah mesti ada elemen alam semula jadi, mesti rasa seronok nak pulang dan memori anak-anak bersama kita pun syok. Hehehe. Rumah ku syurgaku.
Alhamdulillah..home sweet home.. Bainati, jannati..
Sangat cantik, jika ada masalah dengan bunyi air jiwa kita akan tenang. Melihat telatah anak-anak kak semua gembira ja hehe
betul.. tenang dengar bunyi air. nak ke kawasan air terjun, jarang ada masa. jadi, kita ‘bawa’ air terjun tu ke rumah.hehe
pernah juga baca satu thread dekat twitter pasal kolam hiasan DIY sendiri. nampak satu proses yang rumit tp bila tengok nie, macam mudah pulak. Menarik pon menarik !
Ha ah.. ada jenis yg kompleks tu smpai kena korek tanah. ini jenis kolam yang boleh pasang siap.
Cantiknyaa rupa dia.. Harga boleh tahan juga ye.. Tapi memng cantik..siap ada lamlu.. Hehehe.. Teringin nak pasng grass tiruan tu, tapi nanti la
heeee…kumpul duit sikit demi sedikit ni nak realisasikan impian..
wow kalau dah minat landscape2 ni. Memang tak keruan ddk dalam nursery ni! Hehe nice activity!
heheheh…rambang mata
It is so lovely to have a fish pond in your home garden. It gives you a lovely feeling. Thank you for sharing your experience.
Cantik semua kolam hiasan kedai ni, kalau boleh nak buat landskaping kat my parents’ house.
Cantik kolam hiasan kedia ni, kalau boleh sis nak buat landskap kat my parents house.
waaahh! lebih kerap la balik kampung lepastu..
wah hari tu baru je baca pasang rumput tu, sekarang dah ada kolam. tak sabar nak tengok bila dah lengkap laman rumah tu nanti. mesti cantik! :)
hehehe.. kebetulan installation dia berturut2..sebelum lupa, terus la coret entri
Memang tenang je mata yang terpandang kolam tu. Nak nak duduk sambil menikmati bunyi air yang mengalir. Senang juga rupanya kerja pemasangan. Akak dok bayangkan susah sebelum ni.
betul. tenang je. Yang jenis ni, mudah nak pasang. pasang siap je
cantiknya..time malam makin cantik d=sebab ada kerlipan lampu tu…mmg sejuk mata memandang
betul kak ayu.. sebab lampu tu jadi pemandangan malam lebih cantik
Bestnya ada laman mcm ni.. Tak sabar nak duduk rumah teres.. Boleh dekor cantik2 mcmni
yeay! dia nak pindah rumah baru.
Bestnya la hai..
Kalau nak dengar bunyi air terjun, duduk depan rumah je kan
Senang macam tu.
Jimat masa, jimat kos dah. Hehe
Best rumah ada perhiasan cantik macam tu.
alhamdulillah, tenang bersantai di laman rumah sahaja
menarik. thanks sebab share ya :) semoga bermnfaat buat semua
sama-sama..