BERKELAH DI LUBUK TIMAH HOT SPRING, PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena cuti sekolah minggu depan, Mama nak share tempat riadah yang sesuai untuk kalian pergi untuk aktiviti bersama keluarga. Lubuk Timah Hot Spring, Simpang Pulai, Perak.

Sumber gambar : Web GoKelah

Actually, Mama pergi masa cuti Hari Raya Cina hari tu. 4 bulan berlalu, baru nak up cerita. Ha ha!

Kebetulan masa cuti tu, Mama memang ada di rumah mertua di Seri Iskandar, Perak. Jarak perjalanan dari Seri Iskandar ke Lubuk Timah Hot Spring tu ambil masa lebih kurang 1 jam juga.

Cuti lama. Jadi Mama ajak keluarga mertua pergi berkelah.

Ada bayaran masuk.

RM 5 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-kanak & Warga Emas)

Kemudahan yang PERCUMA adalah kawasan parking & tandas.

Tempat yang bersih dan sangat selesa. Ada pondok dan gazebo untuk disewa. Boleh jadi tempat duduk dan santai sepanjang hari kat situ. Kadar sewa RM10/pondok dan RM 50/gazebo.

Mama sewa 1 gazebo sebab ada anak-anak kecil. Ruang luas, selesa untuk baring, ruang bersih untuk duduk berlunjur sambil makan minum. Ada kipas dinding (lekat kat atap). Ada tong sampah besar juga disediakan di setiap gazebo.

Tikar piknik bawa sendiri. :-D
Anak-anak makan jagung rebus. Mak, Papa dan Mama makan bihun goreng tomyam.

Seawal jam 8 pagi Mama sekeluarga sampai kat Lubuk Timah. Nak cop gazebo punya pasal sebab sebelum tu call pengurusan Lubuk Timah, kata staf kat situ “Siapa cepat, dia dapat!”. Tak lama pun lepas beberapa minit Mama sekeluarga sampai, berduyun-duyun kenderaan lain tiba.

Selain dari aktiviti mandi sungai, kami buat aktiviti BBQ. Barang keperluan kami bawa sendiri. Kalau nak mudah, boleh je sewa peralatan BBQ yang tersedia kat sana.

Adik ipar kaki hiking, camping. Maka, memang selalunya dia lah yang bawa keperluan BBQ :-D

Ada kolam air panas sebelah gazebo kami. Ada saiz besar dan kecil. Kebetulan masa berkelah kat situ, yang ada air panasnya hanya dalam kolam kecil je. Memang kecil. Pastu air jadi keruh sebab orang celup-celup keluar masuk, budak-budak mandi kacau-kacau air tu. Terus Mama larang anak-anak dari sentuh air panas tu walaupun anak suka benar mandi air panas.

Kolam air panas sebelah gazebo kami je. Tu haa.. dalam gambar kat tepi, atas kanan :-D
Awal pagi main air sungai, sejuk oiiii!

Ada kemudahan chalet juga jika ingin bermalam. Kadar harga sewaan, boleh rujuk di sini -> Kadar Sewaan Chalet di Lubuk Timah Hot Spring. Mungkin ada perubahan dari masa ke semasa. Boleh juga call pengurusan Lubuk Timah untuk harga sewaan terkini. Nombor? Google sendiri. Ha ha!

Nak rujuk Facebook Page pun boleh. Klik je link -> FB Page Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Boleh juga buat aktiviti lain-lain. Antaranya :

Horse Ride : RM 5/pusingan
ATV (kanak-kanak sahaja) : RM 15 (20 minit)
Air Wheel : RM 10 (30 minit)

Untuk senarai penuh aktiviti beserta bayarannya, boleh rujuk link -> Tempat Rekreasi Lubuk Timah Hot Spring.

Kolam air panas yang telah dinaik taraf dengan tiles.
Trek baru untuk Horse Ride

Sumber gambar : Web GoKelah

Haaa.. boleh dah tu plan aktiviti sempena cuti sekolah minggu depan. =)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “BERKELAH DI LUBUK TIMAH HOT SPRING, PERAK

  1. Wahhh menariklah. Tak pernah lagi saya dengar pasal Lubuk Timah Hot Spring ni.. Boleh la jadi next destinasi bawa ibu bapa…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.