YURAN TADIKA LITTLE CALIPHS MERU SESI 2020 : MENABUNG UNTUK TADIKA SWASTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tadika dah mula buka sesi pendaftaran bagi kemasukan untuk tahun 2020.

Bagi tahun 2020, tinggal Arif sahaja yang masih tadika. Afiq akan masuk ke Tahun 1.

Macam biasa, akan ada kenaikan harga yuran bulanan. Bagi tahun 2020, kenaikan sebanyak RM 10.00. Jadi, komitmen bulanan untuk Arif adalah RM 450.00.

RM 1,493.50

Tahun depan, Arif 6 tahun dan akan memasuki kelas Pra-Tahfiz, iaitu kelas dengan kadar yuran yang paling tinggi berbanding kelas lain. Tapi tak apa, memang Mama & Papa dah aim anak-anak untuk enroll kelas tu.

Oh ya.. Untuk pengetahuan semua, LC Meru akan buka cawangan ke-2 di Jalan Nenas, Bukit Kapar.

Untuk pendaftaran, boleh hubungi Teacher Safuah di talian 010-401 0117. Aktiviti LC Meru boleh tengok di FB Page LC Meru – Tadika Khalifah Makmur

Duit? Alhamdulillah, Mama istiqamah dengan usaha menyimpan 10% dari gaji bulanan (potongan gaji tetap ke ASB) untuk simpanan pendidikan anak-anak. (Mama berharap untuk naikkan lagi kadar peratus simpanan pendidikan untuk anak-anak)

Mama tahu, harga sebuah pendidikan di Malaysia ni meeeeemang mahal. Nak dapat yang murah, kuota pula terhad. Pulak tu, dengan syarat yang ketat dan pelbagai. Jadi, Mama kena usaha untuk guna cara lain supaya anak-anak dapat pendidikan sewajarnya.

Mama ada masa lagi 3 tahun untuk menyimpan dana pendidikan untuk Akif, adik Arif yang sekarang baru berusia 9 bulan. 

Akif, 9 bulan

Awal sangat?!

Ehhhh… Eloklah awal sangat dari tak mula langsung, kan? Kot ada lebih simpanan, karang tak pasal-pasal ada anak baru, kena cover kos bersalin pulak! Ha ha ha!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

47 thoughts on “YURAN TADIKA LITTLE CALIPHS MERU SESI 2020 : MENABUNG UNTUK TADIKA SWASTA

    1. Menabung aktiviti sihat. Kalau tidak diguna untuk persekolahan anak-anak pun ianya bermanfaat untuk awasan.. Apatah lagi untuk persekolahan anak-anak.. Wajar sangat-sangat.

  1. Ye betul. Bila anak-anak makin membesar banyak keperluan kewangan nak guna. Sal pun tengah gigih menabung. Kadang tu keperluan mendesak kena amik kira gak kan…hehehe. Boleh tahan ye yuran tadika sekarang…

    1. bila ada anak, memang banyak melabur dr segi kewangan. macam-macam aspek kena ambil kira selain pendidikan, kan..apa2 pun menabunglah demi masa depan.hehe

  2. LC ni mmg bagus tadika nya…cikgu2 nya juga terlatih…plg best ank2 kecil lg dh diajar mendalami agama…boleh lah nanti BC cadangkan kepada kwan2 utk hantar ank mereka disini…

  3. Wow boleh tahan yer mereka punya yuran sekarang hehehe tapi tak apa demi kebaikan dan juga pendidikan anak-anak ibu bapa sanggup baut apa sahaja bagus lah menabung sekarang…

  4. Yup, tahun depan nak pakai duit banyak juga… Harap tiada kenaikan yuran dekat kindergarten. But, si akak maybe hantar ke sekolah swasta.

    Maka, daddy kena work hard cari extra duit untuk tampung kos study tahun depan, cehhwahhh macam anak masuk belajar dekat U je kan

  5. Lagi awal menyimpan lagi elok sebenarnya. Tak terasa pun bila dah biasa menyimpan, sikit-sikit lama-lama membukit kan. Inilah tabiat yang baik untuk parents – menyimpan untuk anak-anak.

  6. Tadika ni cikgu dia best and friendly semuanya, boleh di percayai. Daddy pun kena work hard sikit untuk tampung belanja anak2

  7. Masa ni la duit ibu bapa paling banyak digunakan. Kalau tak menabung dari awal, mesti rasa sesak. LC punya fees boleh tahan juga tapi kalau bagus quality dia why not kan. Saya pun dapat banyak review LC ni bagus.

    1. ha ah..anak kecil ni, banyak pelaburannya.hehe..x apa lah, sekejap je.

      Betul tu, kalau x menabung, sesak teruk lagi2 musim jerebu ni.hehe

      Alhamdulillah review LC bagus la saya teruskan hantar anak ke tadika LC..

  8. Little Caliph memang la yuran dia macam tu kan…adik akak tgh menabung nak masukkan anak dia tadika amenda ntah swasta gak..RM2K…monthly 350…mak aiiii….mahalnyaaaaa

    1. ha ah..masih dalam kemampuan, ok la nak hntr anak ke LC. skrg ni byk dah tadika swasta yang bagus, bezanya harga je ‘bagus’ atau ‘bagus sangat’.hahaha

  9. sorry.,. nak tanya.. yang rm1493.50 tu bayaran untuk apa.. yang rm450 tu untuk apa ye? rm450 tu tak termasuk dalam rm1493.50 tu ke? hahaha.. apa TB tanya ni.. harap faham la soklan TB ni ye.. hehehe

    1. rm 450 tu untuk yuran bulanan bagi tahun 2020 nanti dan tu dah termasuk dalam RM 1,493.50 . bayar terus untuk bulan Januari punya =D

      februari onwards, rm 450 setiap bulan..

    1. hahaha..this is malaysia, yaww!

      Nak x nak, kena belajar juga kan. in sha allah usahakan yang terbaik untuk anak-anak selagi masih dlm kemampuan.

      apa2 pun , bersedia la simpanan untuk kecemasan yer.

  10. bagus merancang drp awal.. nak dapat yang terbaik, perlulah membayar dgn nilai yang terbaik kan..jom kumpul utk pendidikan anak masuk U gak nnt

  11. Kalau dah plan nak masukkan anak sekolah yang mcm mana, memang elok la ada persiapan tabungan sendiri dari awal kan.
    So bila smpai masanya, tak rasa terlalu terbeban.
    Then pilihan tu atas kehendak hati kita sendiri.

  12. Wowww… terkejut tengok harga. LOL… Anak I kecik lagi. Nampaknya kalau nak hantar nak sekolah cepat kena start menabung dari sekaranglah nampaknya.

  13. wow !! agak mahal ya yuran little caliph nie. tp ramai kata little caliph nie bagus dan menjadi pilihan ramai ibu bapa. banyak duit nak pakai kalau anak dah mula masuk sekolah

    1. kategori mahal juga la. tapi ada lagi tadika swasta lagi mahal dari LC ni.terkenal juga.
      Alhamdulillah, most wanted brand utk tadika pilihan ibu bapa.=)

      Memang ada anak kecil ni, kena banyak savings utk cover byk aspek pasal anak selain pendidikan..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.