RIADAH DI THE PARENTHOOD, SUNWAY PYRAMID

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cuti panjang 3 hari, berkesempatan untuk bawak anak-anak beriadah di indoor playground, The Parenthood di Sunway Pyramid. Sejak Afiq ternampak gambar slide besar dalam handphone Mama, sejak dari itulah dia jadi reminder Mama untuk tunaikan janji bawa anak ke sana. Padahal Mama cuma cakap

“In Sha Allah kalau ada masa, nanti Mama bawak Hazims (Afiq, Arif & Akif) main kat playground yang ada slide besar..”

Itu kira janji juga ke? *Mama tepuk dahi sebab rasa macam tersalah cakap

Lokasi yang sangat tersorok. Kena masuk ke kedai Padini, sambil cuci mata tengok seluar baju apa semua dalam tu, jalanlah terus ikut papan tanda mention The Parenthood jauh ke belakang nun. He he.

Pada pandangan Mama, harga asal meeeeemang mahal! Hampir RM 60.00 / kanak-kanak pada hujung minggu.

Jadi, Mama cari alternatif untuk dapatkan tiket masuk pada harga yang lebih murah. Semestinya favourite voucher shopping di Fave!

Tengok harga asal hampir RM 60.00 untuk seorang kanak-kanak (umur 2 tahun ke atas)

Masa beli voucher tu, kebetulan ada promosi Merdeka. Maka, diskaun berganda-gandalah. Dapat beli tiket dengan harga yang jauh lebih murah dengan diskaun lebih dari 50%. Wohaaa!

Dah bagi murah, ada la syarat lain. Voucher ini dihadkan boleh beli SATU sahaja untuk setiap user. Apa lagi, Mama pun mintak tolong Papa la guna akaun dia untuk beli 1 lagi voucher. Mujur 2 orang je anak yang perlu bayar tiket. Akif, bawah umur 11 bulan, FOC!

Harga tiket masuk tu, termasuk sekali dengan 1 orang penjaga untuk setiap 1 kanak-kanak.

Macam-macam mainan ada tapi pastinya slide besar ni jadi tumpuan utama.

Permainan utama dan paling besar di The Parenthood
Slide yang lebih kecil untuk kanak-kanak usia di bawah 5 tahun
Akif bergolek sakan dalam timbunan bola.
Swimming!!!

Ada banyak lagi mainan lain. Trampolin pun ada tapi Mama tak teringat nak snap gambar kat trampolin pulak.

Bergegar kepala masa turun slide. Geli punggung masa gelungsur turun kat sini. Ha ha ha!
Papa bawak turun Akif naik roller slide ni.

Bukan sahaja boleh masuk unlimited time (waktu operasi : 10 pagi-10 malam) tapi juga boleh banyak kali keluar-masuk. Asalkan tag di tangan masih dipakai elok. Wajib pakai stokin ketika berada di dalam kawasan playground ni.

Dari awal memang dah aim nak main slide besar ni.

Mak bapak budak pun boleh main sekali mainan dalam ni. Puas hati. Ha ha ha. Cumanya kena bergerak secara merangkak/merendahkan badan la sebab ruangan rendah yang sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.

Jangan risau kalau lapar, ada cafe di dalam kawasan playground. Boleh beli makanan dan minuman kat situ. Kalau nak pergi toilet, kena keluar lah. Tapi Mama gerenti, budak boleh lupa nak makan/minum dan kencing/berak bila main kat sini.

Afiq sampai tak ingat nak balik selagi Papa tak panggil untuk balik. Ish ish ish… Arif pulak, punya penat main sampaikan bila ditanya nak makan apa, jawapan dia

“Makan angin…”

Penat tahap malas nak layan apa-apa soalan. Ha ha ha!

Muka keriangan dan puas hati dapat berseronok di The Parenthood.

Ok dah tertunai janji Mama pada anak-anak. Anak puas hati, Mama pun happy!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

32 thoughts on “RIADAH DI THE PARENTHOOD, SUNWAY PYRAMID

  1. Bestnya bonding time dgn anak2.. Masa yg sangat berharga n tgglkan kenangan terindah kan.. AM selalu tangkap gambar diaorg.. Nnti bila dah besar, boleh tunjuk kat diaorg..

  2. syukurlah sis cek dulu harga promo untuk tiket masuk tu. sebab boleh tahan mahal juga harganya kan. anak-anak memang suka tempat permainan macam ni. biar diorang bebas bermain sebab biasa weekdays parents sibuk bekerja

  3. Wah. Baru tahu beli guna fave lagi murah ye. Yelah rm60 sorang. Kalau anak 4 orang dah rm240. Tapi puas hati layan game dkt sini. Main satu hari budak2 mesti puas. Belanja diorang

    1. saya yg anak 2 orang kena byr pun rs tercekik air liur nak bayar harga asal. hehehe..

      memang budak-budak puas main seharian.entah2, tak mau balik walaupun dh nak tutup mall.haha

    1. hahahah…saya as parents pun tahu boring nak bawak anak pergi mall.itu yg usaha jugak la cari aktiviti lain bagi anak-anak lepaskan tenaga dorang yang tak reti habis tu.haha

  4. Rasa nak main juga !
    Playground cantik, harga pula agak mahal, nasib baik dapat diskaun kat Fave .. Happylah the Hazims semua … seronok bila the whole family dapat luangkan masa bersama2 dgn aktiviti bermanfaat mcm ni..

      1. ahahahaha…soalan yg bagus!betul tu masa kecik2 main gelungsur sebatang tu la berebut dgn budak 1 taman.hahaha..tapi kalau dewasa extra masuk kena RM 5 lebih/seorang cmtu rasanya harga dia..lupa lak nak risik tang tu..apa kata awak try masuk.hehehehe

    1. memang seronok. sekali anak dapat lepas, tak pandang belakang dah cari mak ayah. hahaha..

      nasib baik tiket masuk tempat mcm ni mudah nak dpt murah kat tmpt lain. cuma kena rajin survey la..

  5. Wah. Nie kalau bawa anak-anak saudara Rawlins, memang takkan keluar sampai tutup la kot. Dah ada tempat makan kat situ, memang sampai tutup la jadinya. Haha

    1. hahaha..budak-budak meeeemang akan seronok sampai lupa dunia lain. asalkan happy, kita as parents/guardian akan happy berganda walaupun terpaksa tahan lapar tunggu anak-anak habis main. hahahahahaha

  6. Anak-anak memang suka pergi tempat macam ni.. puas diorang explore sana sini.. lagipun senang pergi 1 tempat, dari yang kecik sampai yg besar boleh main kat sini sebab banyak aktiviti kan..

  7. tu diaaaaaihh , bukan anak jer mak ayah pun boleh merangkak sama yer dalam tu , tapi bestlah sebab unlimited time …memang enjoy tengok anak2 boleh main sampai penat..berbaloi…next time nak ajak anak2 buah datang sini juga

  8. parenthood memang best, tempat dia pun luas. iza pernah jugak pergi bawak anak 2 3 kali ke sini. dengan mak abah dia letih main kat dalam tu sebab kejar dia. haha. tapi memang best la untuk budak-budak.

    1. memang excited.sebab besar, so, bila dewasa turun gelungsur tu, xde la rasa mcm awkward sbb org besar main mainan besar.hehehe

      ha ah. sunway pyramid, sunway putra dengan mytown.

Leave a Reply