PROGRAM PERMATA PINTAR 2019 : PENCARIAN KANAK-KANAK PINTAR DAN BERBAKAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sumber gambar dari MOE

Program PERMATA Pintar yang dianjurkan oleh UKM – UPSI (NCDRC) telah dibuka bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 4-6 tahun. Ujian PERMATA Children Intelligence Scale (PCIS) dibuka pada

1 September 2019 – 15 Oktober 2019

PCIS ini bertujuan mengenalpasti kanak-kanak pintar dan berbakat dalam Malaysia dan mencetuskan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics). Kanak-kanak yang terpilih akan ditawarkan untuk menyertai Junior Science Camp 2019 yang akan diadakan pada 23-25 November 2019.

Ujian kelayakan boleh dilakukan atas talian http://pcis.permatapintar.edu.my/ . Sila ikut arahan yang diberikan.

Laman utama Ujian PCIS

Ujian dilakukan oleh kanak-kanak dengan bantuan orang dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga/Guru tadika-perlu dapatkan kebenaran ibu/bapa kanak-kanak untuk ambil ujian PCIS). Bantuan yang diberikan adalah membacakan soalan dan menekan/menaip jawapan yang disebut oleh kanak-kanak.

Tiada tekanan dalam tempoh menjawab soalan. Boleh berulang log in-log out dalam sistem untuk menyelesaikan soalan yang belum dijawab sehingga selesai. Biasalah kanak-kanak susah nak fokus lama.

Selepas tarikh tutup, calon yang berjaya akan dihubungi melalui maklumat emel sekitar November 2019. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat , terkini dan boleh dihubungi.

Jom sertai!

*Terkini – Memandangkan ada viral yang menyatakan bahawa program PCIS 2019 ini adalah PALSU bertujuan untuk mencuri data dan menggugat keselamatan kanak-kanak, maka Mama terus ambil inisiatif untuk menghubungi pihak berkenaan (NCDRC UPSI, UKM dan MOE)

Disertakan maklumat tambahan untuk rujukan pembaca. Semoga usaha Mama ini membantu mengurangkan/menghilangkan kerisauan para ibu bapa.

*Kemaskini : Bukti emel dan maklum balas dari pihak NCDRC berkenaan kesahihan program PCIS 2019

Boleh rujuk laman web NCDRC di link berikut -> http://ncdrc.upsi.edu.my/program-junior-science-camp-2019/

Kenyataan media dari FB UPSI

Bukti emel dan maklum balas dari pihak UKM

Bila bab memberikan data peribadi kepada awam, seeloknya perlu tapisan dan disarankan untuk rujuk kebenaran hebahan maklumat dari pihak berkenaan.

Ok! Selamat mencuba

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

24 thoughts on “PROGRAM PERMATA PINTAR 2019 : PENCARIAN KANAK-KANAK PINTAR DAN BERBAKAT MALAYSIA

  1. ADA LAGI KER PROGRAM PERMATA PINTAR NI BUKAN DAH TUKAR NAMA KER ATAU YANG NI LAIN PUNYA HEHEHE TAPI BETUL KATA PEPATAH NAK LENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA BEGITULAH NAK DIDIK ANAK BARU SENANG DAN MUDAH MASUK HEHEHEHE…

    1. Program macam ini memamg bagus. Penyertaan seluruh Malaysia pun mencecah ratusan ribu peserta. Tapi yang terpilih hanya puluhan sahaja mengikut zon.. Fuh

  2. Tiga anak sy pernah amik ujian prog ni. Kiranya Lps smpi tahap kedua. Cuma sorang jer pernah lps sampai interview dan menyertai kem hujung tahun. Dan ianya sangat bagus

  3. Yeayy nasib baik program ni masih dijalankan. Politic asides but program ni betul2 bagus byk lahirkan budak2 pandai. And yeah they should check fake ke idok but this is good opportunity for them to take it.

  4. Ruby pun join, cuma last week tetiba cakap scam. Terkejut tau. sebab butiran peribadi dah diberi, alamat sekolah playschool pun kena isi kan? meremang bulu roma. takut ada kes culik kat playschool ke apa ke kan. Sebab nak isi butiran semua ni memang lengkap tentang anak-anak kita. Fuhh nasib baik bukan scam. Thanks Linda!

    1. sama-sama ruby :-)

      linda pn x tau pasal viral scam tu. entah mcm mana ada 1 parent kat tadika anak tu respons n share pasal viral scam tu. teruslah laju-laju emel n contact pihak berwajib. alhamdulillah bukan palsu. tapi belum start join lagi untuk hazims..

  5. Wah bestnya ada iniasetif macam ni. Kanak-kanak mmg perlu dicungkil bakat dan kebolehan dari kecil lagi. Boleh share dekat anak-anak buah. huhuh

Leave a Reply