PENGALAMAN KALI KE-2 ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah pada 15/08/2020, Sabtu, jam 2.00 – 4.00 petang, Arif selesai sit exam UKS bagi kemasukan ke SRAI sesi 2021

Ujian kali ini sedikit berbeza dari format dan konsep tahun sebelumnya. Kali ini hanya ada ujian bertulis sahaja. Dek Covid-19, KKM tak benarkan ujian lisan. Maka, tempoh ujian lebih singkat.

Ada 2 sesi iaitu pagi dan petang. Ikut SOP dari aspek penjarakan sosial. Memang dijangka calon yang mendaftar, memang ramai. Kata PK HEM, seramai 375 calon yang mendaftar untuk sit exam kali ni. Kurang sedikit berbanding tahun lepas 440 calon.

Kuota kemasukan terhad untuk 108 orang murid. Ada 8 slot untuk rayuan. Jumlah maksima murid adalah 116 orang.

Tiada juga taklimat di dewan SRAI dibuat seperti sebelum ini. Selepas proses pendaftaran, ibu bapa/penjaga akan diberikan 1 slip putih mengenai tarikh penting bagi proses penting selepas ujian berakhir.

Anak-anak diletakkan dalam barisan 30 orang untuk 1 kelas. Rawak.

Elok pulak selang 1 calon sebelah Arif, calon perempuan tu melalak! Ehhh… Mama risau juga kot tangisan tu berjangkit pada Arif! Macam biasa, Mama jampi anak dengan bayangan gurauan. Ha ha ha!

Alhamdulillah Arif tak terpengaruh.

Mak ayah tengah bagi kata-kata semangat pada anak masing-masing. Mama tak tahu nak cakap apa lagi sebab 2 minggu sebelum, setiap hari Mama dah pasak pelbagai kata-kata nasihat, semangat mahu pun ‘ugutan’ pada Arif. Ha ha ha!

Sempoi je Arif macam tak apa yang penting berlaku di sekeliling.Ha ha!

Tunggu Arif selesai exam, sempat Mama balik dan makan tengah hari terlebih dahulu. Berdebar punya pasal, Mama tak kisah masa makan tak menentu. Anak yang exam, Mama yang berdebar. Apa hal? Ha ha ha!

Anak-anak duduk sementara menunggu turn mak ayah pick up setelah selesai exam

Selesai exam, Mama ambil Arif. Bermulalah sesi soal siasat tentang keadaan ketika jawab exam tadi.

“Cikgu kata, kalau jawab salah pun cikgu tak marah, Mama!”

“Kelas bisinglah Mama..”

“Arif tak sempat tidur tadi..”

Begitulah antara respons Arif untuk soalan Mama “Macam mana exam tadi, okay ke?”

Astaghfirullah al azim… Ya Allah, kau sabarkan lah hati seorang ibu yang dianugerahi anak yang SELAMBA & kreatif menjawab soalan seperti Arif ni. Amiiinnnn.

Besar HARAPAN Mama dan Papa agar Arif juga berpeluang untuk menuntut ilmu di SRAI sama seperti Afiq. Tapi.. apa-apa pun keputusan exam ini nanti, Mama dan Papa redha.

Sambung berdebar menunggu result UKS SRAI pada 07/09/2020 nanti. Adohaii…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

9 thoughts on “PENGALAMAN KALI KE-2 ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2020

  1. Salam puan, boleh kongsikan soalan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS)…Tahniah untuk anak puan.
    Terima kasih.

  2. Assalamualaikum Puah. Tahniah utk anak puan. Puan boleh kongsikan soalan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS). Terima Kasih.

  3. Assalamualaikum Puah. Tahniah utk anak puan. boleh puan kongsikan soalan Ujian Kelayakan Sekolah (UKS). Terima Kasih

  4. salam puan. boleh ke saya nak juga contoh soalan srai. anak bakal duduki 19/8 ni

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.