SENARAI SEMAK KELENGKAPAN SEKOLAH TAHUN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2020, Afiq akan memasuki Tahun 1. Anak sulung, maka ini adalah pengalaman pertama bagi Mama dalam menyediakan keperluan dan kelengkapan sekolah Tahun 1.

Macam-macam kena beli baru. Bermula dengan fasa senarai barang-barang. Kemudian baru masuk pada anggaran kewangan.

Memandangkan Afiq bersekolah 1 sesi sahaja, dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang, ada penjimatan sedikit pada keperluan dan kos pakaian sekolah.

A) Pakaian sekolah

  1. Baju Uniform Lengan Pendek (Putih)
  2. Seluar Panjang (Biru Gelap)
  3. Baju Melayu
  4. Samping Hijau
  5. Songkok
  6. Tali Leher
  7. Lencana Sekolah
  8. Name Tag
  9. Stokin (Hitam)
  10. Kasut Sekolah (Hitam)
  11. Singlet Tidak Berlengan
  12. Kain Lap Tangan
  13. Baju Sukan Sekolah
  14. Seluar Sukan
  15. Baju T-Shirt Putih (mungkin digunakan untuk PJK sebelum dapat Baju Sukan Sekolah)

B) Kelengkapan belajar

  1. Beg Sekolah
  2. Pensel 2B
  3. Pemadam
  4. Pembaris
  5. Pengasah Pensel
  6. Gam
  7. Gunting
  8. Pensel Warna
  9. Bekas Pensel
  10. Pembalut Buku (jenis embossed & tebal)
  11. Selotep
  12. Fail (mengikut subjek di sekolah) – mudah urusan sedia jadual waktu nanti
  13. Warna Air / Krayon
  14. Kertas Lukisan
  15. Berus Lukisan

C) Keperluan bulanan

Transit : tempat tinggal sementara selepas habis sesi persekolahan jam 3.30 petang sehingga sampai waktu Papa untuk jemput Afiq balik.

Kriteria Transit :

  1. Pastikan waktu maksimum boleh stay di premis.
  2. Ambil maklum jika ada kadar bayaran OT kerana lebih waktu operasi
  3. Apa jadual transit petang? Ada makan petang ke? Anak boleh mandi ke? Kot lah nak segarkan badan.
  4. Beroperasi pada musim cuti sekolah (sekolah tutup tapi Papa & Mama tetap kena pergi kerja)

Van sekolah : ambil 1 hala sahaja. Servis ketika pulang dari sekolah menuju ke transit. Pagi, Papa yang akan hantar Afiq ke sekolah

D) Lain-lain

  1. Name Tag / Name Sticker
  2. Jam Tangan
  3. Dompet
  4. Botol Air
  5. Jaket / Baju Sejuk
  6. Sabun Botol Kecil (kegunaan ketika di tandas sekolah)
  7. Baju Hujan / Pancho – Afiq naik motor dengan Papa
  8. Helmet
  9. Penyangkut Baju (uniform sekolah)

E) Yuran Sekolah

Meliputi Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan, Yuran PIBG, Yuran Buku, Yuran Makan (makan tengah hari disediakan oleh pihak sekolah)

Untuk harga, yuran sekolah dan maklumat lain, masih belum dapat info dari pihak sekolah dan juga belum habis survey. Kalau dah selesai, in sha Allah nanti Mama akan kongsikan.

Kalau ada idea/tips/keperluan lain yang dirasakan perlu/membantu, boleh kongsikan dengan Mama di ruangan komen. Terima kasih =)

Ada promosi untuk kelengkapan sekolah, boleh semak di link ini ->

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

47 thoughts on “SENARAI SEMAK KELENGKAPAN SEKOLAH TAHUN 1

  1. Nowadays all the expenses are rising. Even Std 1 also need a lot of things! They are living like an adult now! We have to work hard for their future!

  2. Terima kasih sebab berkongsi senarai semak nie. Rawlins pun kena share dengan adik Rawlins sebab ada 2 anak saudara yang akan masuk darjah 1 tahun depan.

  3. Neve pulak kita tengok senarai keperluan budak budak nak masuk sekolah, walaupun kita belum kawin and ada anak lagi haha. kena kerja keras ni untuk anak anak di masa akan datang! by the way, good guidance! especially those yang ada anak nak masuk darjah satu tahun depan.

    1. memang betul nisa. in future, x tahu macam mana keperluan untuk anak-anak especially dalam aspek pendidikan. better savings awal.

      kita yang sediakan list ni pun nervous kot ada yang penting, tapi tak perasan nanti tak lengkap pulak barang-barang sekolah anak. stress juga. ahahah

    1. hehe..masuk pra sekolah pun excited, apa lagi nti bila anak ena masuk darjah 1.laaaagi excited, segala macam barang nak beli.haha..

      yelah, anak makin besar, makin macam2 la cabaran nak didik.. =)

  4. Memang banyak persediaan kena disediakan. Mek yang taska dan tadika ni pn mahu dekat 1.5k kena sedia untuk yuran baju kasut beg dan lain lain.

    1. tadika n taska memang agak mahal skrg. itu baru tadika, nanti keperluan sekolah rendah, lain pulak budgetnya..sebab tu kena plan awal sebab 1 tahun beza tu sekejap je.takut tak sempat nak kumpul..

  5. thanks for sharing anak i pun tahun depan masuk tahun 2 memang topup apa yang perlu la.. anak dara pun dah start belajar akan datang apa pun thank you for sharing. :)

    1. ha ah.senang bila ada list. leh check sudah/belum
      anak memang excited nak beli barang sekolah. mak pak yang nervous nak belanja bagai.hahahaha

  6. Haha, I have never bother with a list for my kids to start school but this is really a good tips to share for new parents having their kids going to school for the first time. I can only recalled when my son was always losing all kinds of stationery thru out his schooling days in Std 1.

  7. Nampaknya lepas ni nad kena buat macam ni.. Tahun depan. Anak dh masuk sekolah.. Walaupun baru masuk pra sekolah tapibrasa nak sediakan semua tu perlu ade senarai juga.. Hehee

  8. bagusnya dah ada buat perancangan macam ni. Senang nak plan barang apa nak beli dan sebagainya. biasalah bajet hujung tahun mesti tight dengan keperluan brg anak-anak

  9. Anak Nak masuk tahun 1 mmg extited dn mcm2 nk kena sediakan..kalau boleh semua nk baru. Now anak dh nk masuk form 4..dia yg byk sediakan sendiri..mak dh boleh relax..sediakan duit je kat dia apa dia nak topup..:)

  10. Anak sulung tahun depan nak masuk 6 tahun. Tahun satu lagi 2021 tu darjah satu. aduhai, dengan keadaan ekonomi sekarang, kena buat saving sebelum anak masuk sekolah. insyaAllah mudah dan lega sikit la.

  11. Salam sis , ada contoh2 ujian paper ke utk masuk SRAI tengku ampuan fatimah ni, kalau ada boleh email?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.