HARI KONVOKESYEN UITM KE-91 & KENANGAN RUMAH BANJIR 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

15 Oktober 2019, bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Alhamdulillah, suami dah konvo! *lompat bintang

Sempena meraikan kejayaan suami yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kelas Pertama, maka, beliau wajib menjadi teman shopping di pesta buku. Kebetulan ada Big Bad Wolf Book Fiesta di MITC, Melaka. Sorry hubby, tiada bunga konvo mahu pun hadiah! Tengah bulan, amaun dalam akaun bank tak berapa ‘meriah’. :-p

Nasib baik sidang pagi. Seawal jam 7.30 pagi dah kena beratur dalam barisan graduan. Tapi elok juga pagi sebab cuaca tak panas. Muka fresh je nak ambil gambar. :-)

Nahh… belanja video naik pentas, ambil scroll dari Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.

Ok adillah. Laki bini sama taraf ada Ijazah. Bolehlah gantung gambar konvo masing-masing, sebelah menyebelah. Then, duduk bersila dengan anak menghadap dinding gambar, sambil kami bercerita tentang kenangan zaman study Papa & Mama sehingga berjaya dapatkan scroll. Fuhh! Jauh berangan.. Ha ha ha!

Bukan apa. Niatnya nanti nak lah jadikan kami ini role model pada anak-anak untuk berjaya dalam pendidikan.

Banyak ujian yang kami suami isteri lalui sepanjang PJJ bila suami belajar. Allah je yang tahu semua kesusahan yang kami lalui sepanjang waktu itu. Rasa tak sanggup nak ulangi detik PJJ lagi.

Mana kan sanggup? Jauh dari pasangan! Balik kerja, tiada yang menegur sambil senyum/beri salam masuk rumah. Bila makan malam, tiada sesi berborak “how was your day today?”. Bila nak tidur malam, tiada usik mengusik macam selalu.

Suami busy study, kadang-kadang nak kejar due date assignments. Yang dapat pun, siang je lah dok Whatsapp bila suami habis/tiada kelas atau discussion. Malam pulak, Mama dah sibuk nak uruskan anak-anak. Awal semester okay la lagi. Bila dah lama-lama, makin busy, masa berhubung pun makin terhad.

Itu baru part berkomunikasi.

Tapi bersyukurlah sebab hujung minggu, Sabtu dan Ahad, jika suami tiada apa-apa aktiviti pelajar, dia akan balik ke rumah. Nasib baik anak-anak kenal lagi Papa dorang. Ha ha!

Masuk hal uruskan makan/pakai/didik/sakit/pening/jaga anak-anak. Masa tu anak 2 orang. Afiq 4 tahun, Arif 3 tahun. Memang kena uruskan sepenuhnya dengan tangan sendiri. Budak kecil lagi mana pandai nak bersiap sendiri, belum tahu cibuk kencing berak sendiri, belum pandai kemas / lap meja lepas makan sebab bersepah. Masa tu dengan nak potty training si Arif. Berjaga malam/rush ke klinik 24 jam bila anak sakit. Semua hadap sendiri. Ada pun, esoknya hantar report pada suami kata anak sakit. Yang Mama ni, sama ada EL atau punch card merah sebab lewat bangun, letih tak cukup tidur.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh PJJ, rasanya tak pernah jatuh sakit teruk. Paling tidak pun demam, batuk selesema tu, biasalah. Masih kuat untuk jaga dan uruskan anak-anak.

Pernah juga dipanggil oleh ketua unit sebab 7 kali lewat dalam sebulan. Gila! Ha ha ha!

Setiap bulan wajib ada merah kalau tidak 3, mesti 2 kali pada punch card.

Itu pulak cabaran mental dan fizikal untuk Mama.

Disebabkan 10 jam dalam 5 hari masa banyak dihabiskan di pejabat, maka kena atur urusan harian dengan betul. Mana nak atur basuh-sidai-angkat-lipat-simpan pakaian harian. Bila musim hujan, susah hati betul sebab pakaian di ampaian belum kering sepenuhnya tapi bakul baju kotor dah penuh. Minta dibasuh tu…

Rutin nampak simple, tapi kalau tiada pakaian biasa untuk dipakai pun haru juga kan..? Termasuklah hal urusan rumah yang lain untuk pastikan rumah dalam keadaan selesa untuk didiami.

Pernah sekali, rumah banjir. Suami jauh study. Seorang dirilah membersihkan rumah sambil pastikan anak-anak selamat dari bahaya banjir (binatang dalam air).

Pernah juga, hujan lebat tengah malam sampai trip elektrik dalam rumah! Suami jauh study. Nasib baik masa tu, anak-anak lena tidur. Tapi Mama susah hati sebab suasana dalam rumah yang gelap dan panas. Bateri handphone pun dah low untuk on kan torchlight. Lilin tak ada pulak! Stress.

Pernah juga terduduk seorang diri, menangis kepenatan yang amat sangat tahap nak quit dari situasi ini. Nak suami berhenti study, balik dan jaga kami macam biasa. Biarlah kalau suami tak belajar tinggi pun asalkan lepas makan pakai dan belanja macam biasa, cukuplah.

Sekarang, semua pengalaman pahit tu, terbalas dengan kejayaan suami graduate on time. Nanti boleh gantung gambar konvo laki bini sebelah-sebelah. He he.

Seminggu lepas balik dari konvokesyen suami, rumah banjir! Paras air tertinggi setakat 4 kali rumah kena banjir. Banyak barang dan perabot rosak. Habis buang semua! Sedih…

Tapi yang paling menyentap tangkai hati bila…

Gambar konvo Mama rosak dek banjir! Terkubur impian nak gantung gambar konvo laki bini sebelah-menyebelah. T__T

Usaha juga pergi ke studio gambar di UiTM Shah Alam. Cuba untuk dapatkan salinan. Malangnya, TIADA dalam simpanan sebab itu majlis konvo tahun 2009. T__T

Nasib baik Bonda (emak Mama), jadi penyelamat. Baru teringat, ada 1 lagi gambar konvo Mama yang Bonda letak di kampung. Bolehlah ambil semula untuk realisasikan impian gantung gambar konvo tu..

Sekarang tengah tunggu masa untuk dapat kunci rumah baru. Tak sabar nak pindah! Tak sanggup nak lalui banjir lagi…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

39 thoughts on “HARI KONVOKESYEN UITM KE-91 & KENANGAN RUMAH BANJIR 2019

  1. Sempga dipermudahkan urusan pindah nanti. Allahu, bagusnya idea gantung gambar konvo sebelah sebelah tu. Terasa nk buat jugak lah. Thankyou ye di atas cadangan ni.

  2. Allahuakbar.. boleh rasa macam mana sisi rasa sebab TB pun memang selalu lalui banjir dulu masa kat umah abah n mak… banjir paraf peha, banjir sebab air sungai melimpah.. air kuning je sebab selut.. habis barang-barang umah terapung.. MasyaAllah.. tak boleh lupaaa.. nak pulak masa tengah berpantang 3 tahun lepas, TB berpantang dalam banjir .. adoihai.. hahaha.. kenangan tu.. harap takde banjir dah lepas ni.. sebab longkang dah diperbesarkan… sungai dah diperdalamkan.. Wallahualam..

    1. kan…banjir bukan takat bersihkan rumah je. tapi kerugian juga sebab harta rosak. kenangan tu memang indah untuk dikenang tapi semasa dilalui tu, perit betul rasanya.

      Kat area rumah ni, longkang PBT dok korek/besarkan pun still banjir sbb bila korek, sampah longkang tu letak kat tepi longkang. bila hujan, jatuh lah semula dalam longkang.adehhh..

  3. Congrats to En suami dan Syabas utk isterinya juga..memang terbaik la.

    Bab banjir tu, Mat Drat doakan apa apa yg rosak akan di ganti dengan sesuatu yang lebih baik, Insyaallah

  4. Orang yg PJJ ni org yg kuat.. Saya husband sebuk dengan kerja sampai malam pun kdg2 stress nk kena handle anak2 sorg2… Fuhh tpi tu la cabaran msg2 kan

    1. tulah, kadang-kadang kita pun x sedar kekuatan kita sehinggalah kita lalui saat sukar tu..alhamdulillah semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah..amiiinnn

  5. memang mencabar sungguh kalau hidup pjj ni ye..nad baca sis punya cerita pun memng penat, sedih ..tapi bilakita bersabar tu, dah selesai dan tak perlu pjj lagi seronok sangat

  6. Tahniah ye untuk konvokesyen..macam2 dugaan buat pjj nie..antra kuat dan xkuat aje..tpi akhirnya ade kemanisan brsama.. Hope dpt la gntung gmbar konvo sama2 ngn en suami ye..dan selamt berpindah ke rumah baru

  7. Tahniah sebab suami konvo ijazah. Saya setakat diploma. Nak sambung peringkat ijazah tu kena settle kan beberapa perkara. Tengok suami awak pakai jubah konvo ni teringat kenangan masa konvo dulu

  8. Congratulations to ur husband. Mencari ilmu tak pernah berhenti kan, ilmu Allah luas. Kami pun duk nak gantung gambar konvo sama-sama dgn harapan bg semangat kat anak-anak.

  9. Allahuakbar mesti sayu hati tengok gambar konvo kesayangan rosak. Nasib baik ada gambar yang lain di kampung ya Alhamdulillah. InsyaAllah kenangan itu sentiasa terpahat dalam ingatan kan. Yaya pun alumni UiTM Shah Alam :)

  10. Perit juga kan sebenarnya nak pjj ni.. Kena kuat mental fizikal bila berjauhan… Tapi kita salute dkt sis sbb berjaya harungi hidup berpasangan secara pjj ni.. Kesabaran itu akhirnya menghasilkan kebahagian…

  11. Tahniah dh convo buat suami sis.. Sy salute la dkt sis sebab berjaya tahan pjj ni.. Mmg kena kuat fizikal mental tu kan.. Sedihnya gmbr konvo rosak… Nseb ada spare …

Leave a Reply