YURAN SEKOLAH SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH SESI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mama dan Papa dah mula shopping keperluan dan kelengkapan sekolah untuk Afiq. Ambil kira juga yuran sekolah yang perlu dibayar dan juga tarikh penting seperti tarikh pembayaran yuran, tarikh pembelian buku sekolah dan tarikh sesi orientasi (murid baru)

Ada 4 bahagian yuran yang perlu diselesaikan secara tahunan

  • Bahagian A – YURAN SEKOLAH = RM 32.00
  • Bahagian B – BAYARAN TAMBAHAN = RM 214.00
  • Bahagian C – YURAN PIBG = RM 270.00
  • Bahagian D – YURAN BUKU = RM 99.10
  • Bahagian E – YURAN LAIN-LAIN = RM 38.00

Jumlah BESAR yuran tahunan secara asasnya adalah RM 653.10

Bahagian A dan B

Bahagian AYURAN SEKOLAH

Untuk pengurusan & pentadbiran, peralatan sekolah & pejabat serta baikpulih kecil peralatan sekolah & pejabat

Bahagian B – BAYARAN TAMBAHAN

Untuk keperluan rekod murid kurikulum & ko-kurikulum, Insurans, kebajikan, kebersihan/keceriaan, makmal Sains dan Yuran Makan bulan Januari.

*kalau Papa nak bayar Yuran Makan (RM 50.00/bulan) secara one-off tahunan (untuk 10 bulan sahaja), jumlah keseluruhan yuran jadi RM 1,065.10

Bahagian C

Bahagian C – YURAN PIBG

Ada 2 kategori : tahunan dan bulanan. Tahunan dibayar untuk seorang penjaga. Bulanan dibayar untuk setiap murid (anak 1 hingga 3 sahaja). WAJIB bayar kedua-dua kategori ini.

Bahagian D dan E

Bahagian D – YURAN BUKU

Termasuk buku kerja Agama (KPISRA), buku kerja tambahan (KSSR), Rekod (PAFA JAIS, NILAM) dan buku tulis.

Bahagian E – YURAN LAIN-LAIN

Tanda nama, tali leher, T-shirt sukan, lencana sekolah

Untuk tarikh penting lain seperti berikut:-

  • Pembayaran yuran sekolah : 27/12/2019 (Jumaat), 8.00 pagi-12.00 tengah hari di Dewan As-Syafie.
  • Hari suaikenal murid Tahun 1 : 21/12/2019 (Sabtu), 7.30 pagi, berpakaian sekolah lengkap
  • Pembelian buku sekolah : 20/12/2019 – 27/12/2019 (koperasi sekolah), 9.00 pagi – 2.00 petang

Jumlah keseluruhan yuran tahunan untuk Afiq di SRAI TAF mencecah RM 1,100.00.

Nanti Mama share perbelanjaan kelengkapan sekolah untuk Afiq. Kot boleh jadi panduan readers untuk buat kira-kira nanti.

Apa-apa pun, Mama share juga antara salah 1 promosi kelengkapan keperluan sekolah. Boleh klik link -> PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

26 thoughts on “YURAN SEKOLAH SRAI TENGKU AMPUAN FATIMAH SESI 2020

      1. Banyak juga perbelanjaan murid sekarang. Mak ayah kena sediakan duit awal-awal ya. Teringat pulak zaman sekolah dulu. Tapi bagus kalau dapat tahu awal jumlah kena bayar tu.

    1. setuju!

      part paling sedih, yuran dah murah, tapi masih ada yang tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan. lebih teruk bila demand macam-macam kemudahan percuma.

  1. Terima kasih di atas perkongsian ini. Rawlins pun kena paksa adik Rawlins untuk buat perancangan sebegini – baru dia jelas camne nak susun/ atur kewangan dia untuk anak-anak dia kan.
    InsyaAllah berguna info ini.

    1. sama-sama rawlins=)

      bab kewangan memang kena atur betul-betul. ikut pada kemampuan parents untuk tentukan nak hantar anak ke skolah mana..

      Semoga bermanfaat =)

    2. Anak anak start cuti sekolah.. Dan bermula lah sessi in ayah mencari pakaian dan keperluan sekolah anak2. Dan juga dapat info yuran awal mcm ni sgt membantu ibu bapa buat persediaan awal

  2. Hujung tahun ni pelbagai persiapan dari segi kewangan kena sediakan. Tq mama share info at least sebagai peringatan untuk diri Sal. Kadang kita terleka dan duit pun terpakai penangan end year sale ..hehehe

  3. Tak sangka ye, mahal betul yuran sekolah. Tak pastilah samaada zaman dulu macam ni jugak atau dah jauh beza. Maklumlah tak de anak. Kalau ada patah riuk kot. Hehe. Perkongsian baik untuk panduan. Memang penting kena rekod segala untuk kewangan ni.

  4. Macam nad anak dah start sekolah tadika tahun depan..walaupun tadika sahaja, tapi yuran pun boleh tahan..huhu..dengan eklengkapan peralatan sekolah semua..esok dh kene byr yuran dia..

  5. ya Allah banyaknya nak makan belanja hantara anak ke sekolah ya. patutlah family skrg plan betul2 semuanya. yelah, lagi sebulan je lagi hari persekolahan nak mula. mesti banyak benda nak kena siapkan dan bayar.

Leave a Reply