UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) TAHUN 1 DI SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) : BUKU DAN SOALAN LAZIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun depan, 2020, in sha allah Afiq akan mendaftar masuk tahun 1. Mama dok fikir pasal transit sekolah agama-sekolah kebangsaan. Bila tengok rutin transit, renyah pula rasanya. Jadi Mama usaha untuk sediakan Afiq untuk kemasukan sekolah 1 sesi, pagi-petang di sekolah yang sama. Gabungan kurikulum KSSR dan KAFA. So, untuk sekolah di bawah kelolaan JAIS, ada Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI).

SATU sesi persekolahan, SATU uniform sehari, SATU ‘jalan’ belajar subjek KSSR & KAFA di dalam SATU sekolah.

Untuk kemasukan ke SRAI, akan ada ujian kelayakan. Memandangkan ada subjek Bahasa Arab dan Jawi, maka Mama pun ambil langkah buat persediaan lebih awal. Awal-awal lagi Mama beli buku contoh soalan ujian. Boleh dibeli dari pejabat SRAI. Buku ni berharga RM 12.00. Ada 2 set soalan.

Format ujian meliputi ujian bertulis dan lisan. Bagi subjek BM, BI, MATEMATIK, ENGLISH, & SAINS memang tiada masalah. Mama kena usaha untuk ajar Afiq subjek Bahasa Arab & bacaan jawi.

Format soalan UKS

Soalan ujian untuk Bahasa Arab hanya ‘sentuh’ tentang perkara asas contohnya anggota badan, warna, nombor, alatan sekolah, binatang.

Mama guna buku ini untuk ajar Afiq Bahasa Arab dan jawi

Kamus BM-BI-JAWI-ARAB

Bab ujian lisan, nak tentukan sama ada anak yang boleh membaca ni sebab menghafal atau memang faham abjad/huruf. Mama lega sebab Afiq cemerlang bab ni. Cuma kena polish bacaan mengaji & hafazan.

Antara soalan lazim dari ibu bapa berkenaan SRAI adalah

Macam mana dengan makan tengah hari? Haaa.. Ada disediakan oleh pihak sekolah. Parents cuma perlu bayar sebab termasuk dalam senarai yuran tahunan sekolah.

Permohonan bagi kemasukan ke SRAI tahun 2020 akan dibuka sepanjang bulan April 2019 nanti. Borang permohonan perlu diambil di pejabat SRAI yang dikehendaki. Ujian akan dijalankan serentak pada tarikh yang sama bagi SEMUA SRAI di Selangor. Jadi, jangan tamak nak daftar lebih dari 1 SRAI ya. Jangan terkejut, sebab ada juga mak/ayah yang buat begitu. Fikirnya, nak cuba nasib kot tak dapat kat sini, mungkin ada peluang dapat kat sana.

Kuota kemasukan terhad berbanding jumlah permohonan yang ramai. UKS je lah tapisannya. Menurut kata staf di pejabat SRAITAF (SRAI Tuanku Ampuan Fatimah), lepasan UPSR dari SRAI layak untuk ke SBP / MRSM jika mahu.

Oh ya! Jangan lupa pendaftaran atas talian untuk kemasukan anak ke tahun 1 (Sekolah Kebangsaan di bawah kelolaan KPM) yang akan dibuka sepanjang bulan Mac nanti sebab WAJIB daftar sebelum memohon untuk kemasukan ke SRAI.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply