KHATANKAN ANAK LELAKI : KOS DAN TEKNIK BERKHATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena cuti sekolah 3 minggu tahun ini, Papa ambil peluang untuk bawa Afiq dan Arif berkhatan di klinik berdekatan iaitu Klinik Ajwa Cawangan Setia Alam.

Selain dari faktor dekat dengan rumah, Papa ambil kira juga servis & kos berkhatan yang ada di klinik tu.

Papa pilih Teknik Laser. Dengarnya, teknik ini tak fussy, luka cepat sembuh dan ‘cantik’ potongannya. Of course, anak akan dibius sebelum mula prosedur. He he.

Mujurlah Klinik Ajwa memang guna Teknik Laser. Ini pakej berkhatan yang ada.

Sumber dari website rasmi Klinik Ajwa -> Pakej Berkhatan di Klinik Ajwa

Untuk dapatkan servis berkhatan di Klinik Ajwa ni, perlu buat temujanji. Mudah sangat, just click je butang BOOK NOW tu. Bayaran dibuat selepas prosedur berkhatan.

Papa pilih sesi awal pagi. Sebab? Cuaca sejuk, segar untuk badan anak di awal pagi. Paling penting, mengelakkan Afiq dan Arif psiko bila dengar budak lain menjerit-jerit sewaktu berkhatan.

Sebelum berkhatan.

Appointment jam 9.20 pagi dan 9.40 pagi untuk Afiq dan Arif. Tapi kami terlewat sampai. Ada hikmahnya sebab nurse cerita

“Sebelum sesi anak encik, ada 1 sesi khatan. Meraung-raung dia dalam bilik doktor tu…”

Mujur masa kami sampai, klinik tu sunyi dari tangisan budak berkhatan. Seolah-olah Afiq dan Arif yang mulakan sesi berkhatan pagi tu.

Sementara menunggu giliran, ada sorang Mak budak bertanya

“Anak-anak nak sunat ni, kena paksa ke rela?”

Dengan senyuman Mama menjawab “Alhamdulillah.. anak-anak saya SUKARELA nak berkhatan hari ni..”

Sebenarnya, sukarela sebab Papa umpan reward Play Station. Ha ha ha!

Afiq mula dulu. Lama juga tunggu. Senyap pulak tu. Tahu-tahu je muncul muka Afiq, dah selesai berkhatan.

steady Afiq selepas berkhatan

Afiq tak menangis tapi peluh basah oi tapak tangan dia. Nervous! Ha ha! Arif pulak, ada sedikit drama air mata. Ada jugalah Mama kat luar, dengar dia menjerit “Sakiiittt!!!” sambil menangis masa dalam bilik doktor.

Papa kata Arif sakit masa kena inject bius. Tambah pulak Arif takut. Padahal masa prosedur khatan, “tak sakit..” kata Arif. Hmmm… Drama king betul budak Arif ni.

Papa yang teman anak masuk. Mama jadi penunggu kat luar.

Arif selepas berkhatan. Menangis sebab takut. Ha ha!

Alhamdulillah, selesai berkhatan untuk 2 orang anak. Tinggal sorang lagi. Adohai… Macam mana gaya lah nanti yang sorang tu.

“Disebabkan encik khatankan 2 orang anak, kami bagi diskaun harga. Jumlah semua RM 390 sahaja..”

Alhamdulillah, jimat RM 10. Boleh buat beli jajan untuk Afiq dan Arif.

Lepas habis bius, baru mula rasa pedih luka. He he.

Baby Akif bosan tak ada geng lari-lari, lompat-lompat dalam rumah macam selalu. Maka, dia pun tidur dengan sendiri. Ha ha!

Tidur malam, haaaa… bergantungan lah tali kat dinding. Sepanjang berpantang ni, Papa kena tidur dalam bilik anak, temankan dan berjaga-jaga kot anak perlukan apa-apa. Alah.. bukan selalu Papa stay up. :-p

Papa lekatkan tali guna selotep aje. Mujur selotep tu jenis kuat lekatannya.

Mama tak sabar tunggu Afiq dan Arif sembuh. Mama rindu nak dengar anak-anak buat kecoh dalam rumah macam biasa. Mohon doakan Afiq dan Arif segera sembuh ya! ;-)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “KHATANKAN ANAK LELAKI : KOS DAN TEKNIK BERKHATAN

    1. ikutkan pengalaman anak-anak saya, alhamdulillah hari ke-3, luka dah kering.

      cuma seminggu tu memang kena rajin apply ubat dan make sure betul-betul kering kawasan luka tu supaya cepat boleh main lari-lari. hahaha

      apa-apa pun semoga urusan anakandanya berjalan lancar. be strong ya boy! hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.