man

Kisah Lelaki dan Kereta Baru

Setiap hari diselak-selaknya majalah kereta. Kalau boleh semua jenis kereta ingin dimilikinya namun dia jenis ukur baju dibadan sendiri. Selepas duit gaji ditolak dengan duit makan, belanja awek, rokok dan sebagainya. Maka satu kereta telah di aim. Janganlah korang suruh dia beli kereta lain, sebab bila sudah di aim kereta itu maka dia akan bertekad membelinya. Kecualilah korang menghadiahkan kereta lebih baik dari itu, memang serta merta dia akan mengubah fikiran.