Setiap hari diselak-selaknya majalah kereta. Kalau boleh semua jenis kereta ingin dimilikinya namun dia jenis ukur baju dibadan sendiri. Selepas duit gaji ditolak dengan duit makan, belanja awek, rokok dan sebagainya. Maka satu kereta telah di aim. Janganlah korang suruh dia beli kereta lain, sebab bila sudah di aim kereta itu maka dia akan bertekad membelinya. Kecualilah korang menghadiahkan kereta lebih baik dari itu, memang serta merta dia akan mengubah fikiran.

Setelah mengikat perut mengumpul duit untuk dibuat downpayment, maka pergilah dia setiap showroom memilih harga yang berbaloi. Jenis kereta sudah tahu, color juga sudah ada dalam kepala, downpayment sudah digengam di tangan sekarang hanya tunggu kelulusan bank. Tiba-tiba dapat call loan diluluskan, punya gembira rasa dihati. Soal hutang belakang kira, janji kereta idaman dapat dimiliki.
Seawal subuh dia sudah terpacak di showroom sebab hendak ambil kereta. Setelah diambil sampai rumah digilap-gilap padahal memang sudah kilat. Maka duduk bertinggung dia dihadapan kereta dan tenung dengan rasa puas. Malam siap selimutkan kereta tu, kalau boleh dia mahu hendak tidur dalam kereta namun perasaan takut dikutuk oleh rakan-rakan yang memang terkenal dengan kutukan tahap pedas. Pagi-pagi dia bangun dengan muka tersenyum sebab ingin membawa kekasih hati bersiar-siar menaiki kereta baru. Disuruhnya kekasih hati menghentakkan kaki sebelum masuk sebab takut kotor. Maka bersiar-siarlah mereka dengan kereta berbau kedai itu.

Tiba-tiba terdengar langgar sesuatu. Dengan serta merta dia akan turun dari kereta dan pertama sekali dia akan lihat keadaan kereta. Dia tidak cari apa yang dilanggar tetapi dia akan cari mana yang calar. Bila nampak bahagian calar tersebut maka bertinggung dan tenung calar itu. Apa ingat dengan kuasa tenung boleh hilang calar itu. Bukan begitu, sambil dia tenung dalam kepala otak dia terfikir boleh hilang ke kalau polish. Kalau tidak hilang kena hantar bengkel. Sudah kena keluar duit. Poket sudah kering sebab bayar downpayment.
Sudah puas tenung, perut yang lapar tadi tiba-tiba jadi kenyang. Selera makan yang tinggi itu, tiba-tiba lenyap. Masih terfikir akan calar di kereta tadi. Bagi mengubat hati yang luka, maka berkatalah di dalam hati. “Tidak mengapa, bila dapat gaji hantarlah pergi ke bengkel”. Lepas tu makan dengan seleranya.
Bila sahaja gaji masuk, mula terfikir untuk tukar radio, rim dan sebagainya. Terus lupa akan calar tersebut. Bila duit sudah habis, tiba-tiba member tegur. “Eh, calar teruk kereta ko ni der. Langgar apa?” Ha, time itu mula keresahan mula muncul. “Aduh orang nampak calar tu, aku ingat orang tidak perasan”. Maka, tidak menunggu gaji pergilah ke bengkel dan diseretnya kad sakti yang menyebabkan kita garu kepala bila sampai bilnya. Itulah alkisahnya.
P/S : Apa aku merepek ni.haha..aku pon tak tau. Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupon yang telah meninggal dunia.

biasa bro…
apa yang cuba ko sampaikan ni der..hahahahha
yee…antara lelaki dan kereta..saya pilih KERETA!!! haha. lelaki.. tunggu lah saya dh dpt kereta, baru fikir ;p
pengalaman ke? ekekke..ye ye jek!
takpe..aku paham..hahaha
hahha..itulah lain kali kena ukur baju dibdan sendiri. last2 diri sendri yang merana
ni kish benar pasal kau dengan kereta kesayangan ka
Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat
haha..aku pon x phm aku ape merepek ni
kalau sy kasi kerete lps tu pk leh.haha..wek…
eh x der la,pengalaman org lain.keh3..
Sape merana? dalam cerita tu x der merana. sebab calar semua kete leh calar.orang kata malang x berbau.
huhu..x der kena mengena langsung.tp gambar kereta tu kena.haha..
merasa menanggung hutang, kan dia pakai kad sakti
miahahaha… kalau clear sume pasal kereta,sy akan cuba fikir pasal lelaki pas tu..hahahah
pengalaman ke? ekekke..ye ye jek!
takpe..aku paham..hahaha