Membuat Onar Di MPM

Assalamualaikum selamat hari isnin semua. Dengar khabar ramai yang cuti hari ini angkara bola malam tadi. Aku juga cuti tapi bukan disebabkan bola. Sudah dua hari aku berada di kampung halaman aku di Manjung, Perak. Esok aku akan melapor diri untuk kursus induksi selama dua minggu di Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah, Perak. Terasa berat hati meninggalkan sayangku di KL.huhu.. Tapi apa hendak buat, demi berkhidmat untuk negara yang tercinta.hehe..cewah semangat kenegaraan pula.

Duduk di rumah ini bagai putera raja. Bangun pagi makanan siap dihidang. Memang best kalau duduk kampung ini, makin gemuk dibuatnya. Mana taknya, makan tido jer kerja aku. Nasib baik aku duduk kejap jer, kalau aku duduk lama tidak tahu macam mana. Gemuk la jawabnya. Pagi tadi aku pergi ke Maybank memasukkan cek then deposit duit. Telefon aku kena bar semalam sebab sudah sampai limit. Tapi,aku suka Digi ni. Korang bayar then bagi tau no transection then tidak sampai 10 minit sudah boleh guna. hehe..sudah biasa buat.

Lepas pergi bank hendak balik rumah tiada siapa lak kat rumah. Ye la hari kerja, semua ahli keluarga aku keluar bekerja. Jadi aku singgahlah ke tempat praktikal aku dulu iaitu Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Manjung. Apa lagi duduk sana, mengaco orang buat kerja la. Orang tengah buat kerja ade ker pergi ajak sembang. Ramai jugak budak praktikal kat situ, tapi nampak macam berumur semuanya.hehe.. Lepak kejap then Fiza dan kak Wati ajak pergi makan tengah hari. Aku on jer, jadi naiklah kami kereta kak Wati. Jadi bos lak duduk belakang sebab kat depan ade kerusi budak (baby seat dalam bahasa jawanya). Lepas tengah hari balik rumah aku, bukan jauh pun rumah aku dari situ, dalam 10 min. Sampai rumah duh, terus tido tidak tahu buat ape. Bangun tido cari makanan. hehe..itulah kerja aku seharian :)

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Membuat Onar Di MPM

  1. eleh..maxis pun bagus jugak. bila smpai limit kene bar.. kdg2 aku tak bayar lagi tapi minta dorang buka line tu.haha aku cakap esok aku byr. well..aku orang yg boleh dipercayai. hoho…

Leave a Reply