Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah 27 November 2016, 5 tahun usia perkahwinan. Muda lagi…

Sempena anniversary, kami laki bini ambil peluang untuk berdua-duaan seketika. Tak jauh pun. Singapura je.
So, aku akan share tentang kos dan pengalaman bercuti kali ni.
First! sila pastikan passport anda masih lagi boleh digunakan / belum tamat tarikh luput. Boleh renew dengan harga RM 200 untuk 5 tahun.
Suami cari pakej untuk ke Universal Studio Singapore (USS). Cari je dalam Google, memang banyak. Pakej selalunya including of accomodation & entrance ticket. Untuk itu, suami beli pakej dari Plusmiles.

Dengan pakej ini, kami bermalam di Genting Hotel Jurong yang hanya 30 minit (menaiki bas) ke USS. Untungnya menginap kat hotel ni sebab terdapat shuttle bus (khas untuk tetamu hotel sahaja) untuk pergi dan balik USS setiap selang 1 jam. Jadual bas boleh ambil di kaunter lobi hotel.
Hari 1 – 27 November 2016
Dari KLIA 2 kami turun di Changi Airport (CA), Singapura. Penerbangan cuma 1 jam 10 minit.
Untuk kos penerbangan, tiket pergi dan balik untuk 2 orang, Air Asia, antara RM 380-RM 400.
Dari Terminal 1, CA, kami terus ke Terminal 2 untuk ke stesen MRT Changi Airport. Beli Singapore Tourist Pass (STP) di TransitLink Ticket Office.

Setiap keping STP perlu deposit SGD10. Bila pulangkan STP, akan dapat semula SGD10 tu. Kecuali kalau kau orang nak simpan STP tu terus buat kenangan.

Buku panduan tu sangat berguna. Memang tak lekang dari tangan aku.

Dengan adanya STP ni, kalau tersalah naik / turun stesen pun tak perlu risau. Tap je kad untuk keluar masuk stesen. Bagi aku, berbaloi beli STP sebab memang nak guna public transport secara keseluruhan sepanjang percutian di Singapura.
Kalau nak tahu bayaran tiket untuk stesen-stesen MRT di Singapura, boleh check kat MRT Fare Calculator ni
Nak check-in hotel, baru jam 10 pagi. Awal lagi. So, kami terus ke Bugis Street. Naik MRT dari
Stesen Changi Airport ->Stesen Tanah Merah (tukar train) -> Stesen Bugis
Dah ada STP kan? so, simply tap your card at the entrance and exit.

Bugis Street ni macam Petaling Street, Kuala Lumpur. Tempat beli souvenir dan barang hiasan murah. Belilah sikit apa-apa buat kenangan.


Then, kami berjalan kaki menuju ke Zam Zam Restoran, Arab Street. Dalam 7 minit je. Dekat sini terkenal dengan murtabak Singapura.

Rasa? Bagi kami, biasa je. Yang menariknya sebab ada pelbagai jenis termasuk murtabak daging rusa. Saiz S je pun dah cukup kenyang untuk 1 orang makan.

Lepas makan, terus check-in hotel di Jurong.
Dari Stesen Bugis -> Stesen Jurong East. (lebih kurang 30 minit)
Then, jalan kaki hanya 5 minit menuju ke arah Genting Hotel Jurong. Seriously, pengangkutan awam di Singapura sangat mudah untuk di’capai’ dan digunakan.
Kami bernasib baik sebab tiba awal di hotel dan terus dapat bilik.
“Your room is ready… We’ve just upgrade your room..”
Terngiang-ngiang lagi kata-kata staf hotel tu. Tak kan senang-senang je dapat upgrade bilik kan? Rupa-rupanya, suami dah note awal-awal pada pihak hotel that we are celebrating our anniversary. Kira hadiah la tu. Ha ha!
Kalau ikutkan bilik hotel yang standard, sempit je. Laluan depan katil pun, kena mengiring kalau nak jalan.
Check-in hotel untuk segarkan diri. Yelah, sebelum Subuh lagi dah ada kat KLIA 2, mahu tak mengantuk?

Lepas rehat dalam 1 jam, terus gerak ke Sentosa Island. untuk sesi lawatan ke S.E.A. Aquarium Singapore. Ya! USS dan S.E.A terletak dalam kawasan yang sama. Sebelah menyebelah je. Naik je shuttle bus dari hotel.

Balik dari S.E.A, kami gerak untuk dinner di Golden Mile Food Centre terletak di Beach Rd, Singapore. MRT yang terdekat adalah Stesen Nicoll Highway. Specialty di sini adalah Sup Tulang Merah.


Dengan nasi sekali warna merah. Rasa? Sedap!
Dari Sentosa Island, naik shuttle bus, RWS8 (bas hijau) untuk ke Stesen Harbour Front. Dan turun di Stesen Nicoll Highway.
Harbour Front -> Dhoby Ghaut -> Nicoll Highway
Tips naik MRT : sila baca skrin LCD yang menyatakan “This train will end at ….. ”
Lepas dinner, kami gerak ke kawasan singa pancut air, Merlion dan Marina Bay Sands. Okay, kawasan ni, terletak dekat dengan Stesen Raffles Place. Turun je, keluar bangunan, belok kanan, belok kiri, teruuuuus je dalam 5 minit sampai lah kawasan tu. Sila baca signboard untuk arah tuju yang betul
Nicoll Highway -> Dhoby Ghaut -> Raffles Place

View kat sini, lebih cantik pada waktu malam.

Alamak! belum betul-betul malam view ni. Ini view di waktu senja ni. Ha ha!
Hari 2 – 28 November 2016
Hari ke-2, memang tujuan ke USS. Sehari suntuk isi masa kat USS sahaja. Lepas check-out dari hotel, naik shuttle bus terus ke Sentosa Island.

Puas hati dapat main hampir kesemua mainan dalam USS tu. Kebanyakannya lebih kepada unsur roller coaster. Aku tak larat nak tulis review tentang setiap mainan yang ada. Tapi seronok gila! Ha ha!
Maklumlah, 5 tahun lepas, masa 1st time ke USS banyak yang aku tak boleh main sebab mengandung 3 bulan. Ish ish ish…







Terima kasih keran telah mengunjung ke Singapura! :)
sama-sama…negara yang bersih dan maju
Salam. Nk tanya kalau saya nak pergi singapore n bawak stroller anak sesuai ke nak naik mrt ?
wsalam.x sesuai kalau waktu puncak la..tapi pada waktu biasa, okay je walaupun boleh kata MRT tu selalu penuh sbb itu main public transport dorang.
nice article miss.. :) jika berminat nak ambil SG City Tour Package/ beli any Tiket Masuk Singapore (USS dll) All at %Discount Price! bole juga hubungi saya WHATSSAPP +6012-7760219 (JESS) – Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let’s visit SG soon :) #LoveTravel
thank you :-)
owh..okay. in sha allah jika perlu, saya akan contact anda ya :-)
baik… silakan layari page/web saya (LOVE TRAVEL) di http://www.facebook.com/lovetravel86 & http://lovetravel-love.blogspot.com untuk idea on SG TRIP/TIX.. TQ :) JESS