PENGALAMAN : MACAM MANA RASANYA PERTAMA KALI HANTAR ANAK KE TADIKA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah aku diberi peluang bagaimana rasanya / perasaan seorang ibu menghantar / menjemput anak pergi/pulang dari tadika. Afiq, pada usia 4 tahun aku hantarkan ke The Little Caliph (TLC) Kindergarten , Meru.

Advertisement

Kenapa aku pilih TLC?

  1. Berdekatan dengan kawasan rumah dan mudahnya aku untuk menghantar/menjemput Afiq dari tadika. Dalam laluan aku ke pejabat setiap hari bekerja.
  2. Bangunan TLC berada dalam kawasan taman perumahan. Pick-up / drop point pun selesa dan mudah.
  3. Ada kindergarten sekali dengan day care. Aku tak perlu risau sebab Afiq berada di kawasan yang sama dari pagi sampai aku jemput dia balik.
  4. Struktur pengajian berkonsepkan ‘English-Islamic-Creative’. Bahasa perantara adalah Bahasa Inggeris. Juga diajar rutin mengamalkan doa-doa harian (contoh : doa tidur, doa masuk-keluar tandas etc), cara solat dan juga pelbagai suruhan Islam yang lain.
  5. Yuran bulanan juga tahunan masih dalam kemampuan.

Yuran bulanan adalah berbeza mengikut cawangan TLC. Jadi, anda digalakkan untuk pergi berjumpa dengan staf TLC cawangan berkenaan untuk tahu maklumat lanjut.

Bagi TLC Meru, untuk tahun 2017 ni, ini struktur yuran tahunannya.

Aksesori TLC

Beg, Uniform dan Pakaian Sukan TLC

Yuran bulanan hanya RM 400.00. Itu kira full day la. Pagi tadika, petang day care.

Demi pendidikan awal untuk anak, aku dah plan seawal yang mungkin. Dari sebelum dia lahir, aku dah amalkan menabung sedikit demi sedikit. Buat survey tentang tadika yang ada dalam Malaysia ni. Nak yang terbaik untuk anak, semestinya kena usaha macam-macam. Baru aku faham bagaimana susah/senang Ayahanda & Bonda nak sekolahkan aku masa kecil dulu. Korban tenaga, masa dan wang ringgit demi anak.

Perasaan pertama kali hadap situasi hantar anak ke tadika? Teruja bercampur risau bercampur sebak. Teruja sebab tahu aku dan Afiq akan melalui pengalaman baru yang akan merubah rutin harian juga cabaran hidup hari demi hari. Risau? Macam biasalah kerisauan seorang ibu kot anak dia serasi ke di tempat baru? Menangis ke bila pergi sekolah? Macam mana layanan teacher di TLC tu nanti? Sebak sebab rasa masa berlalu dengan pantas hinggakan bila masa entah anak yang rasanya baruuuu je dilahirkan, dah besar, masuk sekolah dah pun. Speechless. Hanya ibu je yang faham perasaan tu.

Bagi mengelakkan drama air mata di hari pertama persekolahan, awal-awal lagi aku dah motivate Afiq tentang betapa seronoknya sekolah baru.

“Afiq… One day you will go to a new school. You will meet new friends, new teachers, your school got a BIIIIG slide, you’ll wear nice uniform.. Bla bla bla… “

Biasanya jadi bedtime story. Dan terus Afiq response “abang Arif go to new school ker? “ abang Arif, bff Afiq masa di taska dulu. Seminggu pertama, setiap hari Afiq tanya soalan ni. Kesian Afiq. Baru 1st time dapat bff, dah kena berpisah. Mungkin perlu masa untuk Afiq lupakan bff dia tu.

Hari pertama,  TLC meriah dengan mak bapak yang menunggu. Dan ada beberapa situasi biasa iaitu budak menangis tak nak ke tadika. Susah payah mak budak tu bertarung dengan anak yang menggelupur menangis sebab tak nak masuk kelas. Aku tak nak Afiq terpengaruh, laju-laju aku motivate Afiq

“you’re a good boy. Don’t cry. School is fun. Teacher also nice. Look, you see the big slide over there. Your new playground.. “

Gelongsor besar kesukaan Afiq
Ruang Makan yang selesa

Aku melutut untuk make sure mata aku separas dengan Afiq. Dengan harapan kata-kata tadi menusuk dalam minda anak. Lepas salam cium pipi anak, aku terus berlalu pergi untuk ke pejabat.

Dalam kereta aku sedih. Hampir nak menangis. Terasa jugak nak stay kat TLC tu macam mak bapak lain. Tapi…  Aku tau tindakan tu tak bagus sebab mungkin akan mengganggu emosi Afiq.  Budak-budak ni, kalau ada mak bapaknya, mulalah mengada. Baik aku pergi. Tapi aku tahu Afiq akan baik-baik je.

Jam 6 petang, jemput Afiq dan terus Afiq bercerita kisah “how was my day at school today”. Aku lega bila semua cerita yang positif.

Setakat minggu ke-2 persekolahan ni,  Afiq sentiasa seronok nak ke tadika. Pagi-pagi siap menyanyi ikut lagu di radio. Happy bebenau lah tu.  Bila balik, pasti ada cerita untuk Mama. Mama pun senang hati.

Cuma…. Afiq tak suka mandi awal pagi. “sejuuuukkk lah Mama…”  katanya.  Yang ini je yang Mama nak kena fight sikit. He he.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply