MAIN BOLA SEPAK DI RUMAH? BEGINI CARANYA…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lebih sebulan kekal duduk di rumah kerana PKP dan bersambung pula dengan PKPD. Mama suka duduk di rumah sebab rasa lebih selamat berbanding diluar tapi kasihan pada anak-anak yang perlu banyak beraktiviti untuk menghabiskan tenaga di siang hari (berlari/bermain/melompat etc) jadi terhad.

Terhad dari segi sosial dan fizikal. Juga beri pengaruh kepada kesihatan mental anak.

Mujurlah ada 3 orang anak. Boleh juga 3 beradik tu nak bersosial/bergaduh/bermain dan buat apa sahaja aktiviti bersama-sama.

Sebelum Papa dan Mama jadi tak waras sebab kena lawan tenaga anak-anak yang macam bateri yang sentiasa dicas penuh, Mama pun beli lah tiang gol dan bola supaya Afiq, Arif dan Akif boleh lepaskan tenaga dengan bermain bola sepak.

Akif, 2 tahun 7 bulan

Item yang ada dalam pakej produk pun tak banyak. Manual cara pasang ada pada kotak. Pasang ikut logik je pun boleh.

Diperbuat dari material plastik, so tiang gol ni ringan. Mudah je nak pasang. Cucuk tang sana, cucuk tang sini, tiang pun siap! Lepastu, sangkutkan sahaja jaring tu pada setiap bucu tiang gol.

Senang je nak pam bola. Afiq dan Arif sendiri pun boleh pam sampai bola tu kembung. Pam ada disertakan dalam pakej produk.

Selesai pasang, terus Papa ikat pada penutup longkang kat laman rumah. Mujurlah ‘duduk’ rumah yang ada kawasan lapang untuk bermain di luar rumah.

Taraaa! Siap dah padang bola jadian. Budak Akif tu pun, sempat praktis menyepak. Ha ha!

Bila dah siap ikat, apa lagiiiiii? Berebutlah Afiq, Arif dan Akif main bola sepak. Mama tukang sorak! Ha ha ha!

GOOOLLL!!!!

Tiang gol ni Mama beli di Shopee. Harganya RM 19.90. Ini link nya -> Set Bola Sepak Indoor/Outdoor

Lepas ini, kalau Mama bingit dengar anak-anak menjerit/merengek/bergaduh dalam rumah, Mama cakap je “Kau orang pergi main kat luar, sekarang!” . Nak tergolek main kat padang bola jadian tu pun, lantak kau orang lah. Ha ha ha!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply