PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1/2022 KE SRA INTEGRASI (SRAI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bermula 1 April, telah dibuka permohonan secara atas talian bagi kemasukan ke Tahun 1 SRAI tahun 2022. Berikut adalah pautan yang perlu diklik untuk proses pendaftaran.

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 SRAI

Bagi tujuan pendaftaran, hanya akaun Gmail sahaja yang diterima.

PERINGATAN! Pendaftaran hanya SEKALI sahaja. TIADA butang KEMASKINI ya!

Selepas selesai urusan pendaftaran secara atas talian, kalian perlu mencetak borang permohonan dari sistem berkenaan dan hantar ke pejabat SRAI yang ingin dipohon beserta lampiran sokongan (disusun mengikut urutan) yang dinyatakan. Tarikh akhir hantar adalah pada 30 April 2021.

Berikut adalah senarai lampiran sokongan :

  1. Borang Pendaftaran Tahun 1 yang telah dicetak dari sistem.
  2. 1 salinan Bil Utiliti : TNB/SYABAS/ ASTRO/TELEFON
  3. 1 salinan Borang Pengesahan Mastautin. Klik sini untuk borang.
  4. 2 salinan Sijil Lahir Murid / Sijil Anak Angkat
  5. 2 salinan MY KID
  6. 1 salinan slip gaji / borang pengesahan Pendapatan PB-2 Ibu bapa / Penjaga
  7. 1 salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa /Penjaga.
  8. Surat Cerai & Hak penjagaan anak ( jika berkaitan)
  9. Salinan Borang Pendaftaran SK

Semua salinan hendaklah DISAHKAN.

Contoh borang permohonan SRAI atas talian yang lengkap diisi.

Selepas menyerahkan DOKUMEN LENGKAP, pihak Pejabat SRAI akan memberikan 1 keping Kad Pendaftaran Tahun 1/2022 bagi menduduki Ujian Kelayakan (UKS) Tahun 1 yang dijangkakan pada 26/6/2021

SILA SEMAK SEGALA MAKLUMAT DENGAN BETUL DAN BAWA KAD SEMASA MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN MASUK!!!

Bagi urusan pendaftaran, bayaran RM 10 akan dikenakan sebagai cas pengurusan. Buku latihan UKS juga boleh dibeli di Pejabat SRAI pada harga RM 12.

Biasanya akan ada ujian bertulis dan ujian lisan tapi bermula UKS tahun lepas, hanya ada ujian bertulis sahaja. Apa-apa pun, tertakluk kepada prosedur terkini oleh JAIS/SRAI. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pejabat SRAI yang ingin dipohon.

Keputusan UKS pula boleh disemak secara atas talian pada 28/7/2021.

Jika BERJAYA, muat turun SURAT TAWARAN dan BORANG MAKLUM BALAS dan hantar ke Pejabat SRAI dalam tempoh yang ditetapkan.

Jika TIDAK BERJAYA, muat turun BORANG RAYUAN dan hantar ke Pejabat SRAI dalam tempoh ditetapkan.

Biasanya, semua urusan penerimaan/rayuan adalah dalam tempoh 7 HARI BEKERJA bermula dari tarikh keputusan dikeluarkan. (28/7/2021 – 6/8/2021)

Keputusan RAYUAN pula boleh disemak secara atas talian pada 1/9/2021.

**********************************************

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya untuk kalian. =)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

24 thoughts on “PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1/2022 KE SRA INTEGRASI (SRAI)

  1. InsyaAllah akan ada yang mendapat manfaat dari perkongsian ini. Berkenaan butang kemaskini tu, maybe boleh dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk ditambahbaik.

  2. Saya ralit baca artikel ni. Pergi masuk la web Linda suruh tu. Register punya register. Sampai ke MyIdentity dia suh pi cawangan mana-mana kaunter kerajaan yang ada mesin verify kad pengenalan. Hahaha. Gigih tak?

    Biasanya daftar sekolah ni Ruby ke sekolah terus. Nanti cikgu guide utk apply online or dia bagi borang isi manual. Hahaha. Masa PKP hari tu, banyak submit manual. Last minute pun ya juga. Hehehe.

  3. sekolah SRAI ni memang bagus. anak azni masuk sekolah integrasi . kalau srai dekat mmang antar juga sebab jimat

  4. Nasiblah anak dah besar-besar haa. Tengok cara nak apply masuk sekolah ni memang rumit juga berbanding dahulu. KPM kena kaji lagi sebab kena time sistem error apapun tak boleh . Nak tak nak kena buat secara manual juga.

  5. Canggih ya sekarang, semua dah online. Cuma bagi ibu bapa yang kurang celik IT, mungkin susah sikit. Terima kasih atas perkongsian yang berguna.

Leave a Reply