Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Sekarang masih lagi dalam fasa PKP. Sekolah masih ditutup dan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dilaksanakan. Of course mak ayah sibuk cari cara nak bimbing anak belajar. Dalam masa yang sama juga perlukan bahan bantu mengajar (BBM) yang memudahkan urusan.
Dalam banyak-banyak BBM yang ada, Mama tertarik dengan 1 BBM ni. PENTAGON SIFIR : 3 JAM KUASAI SIFIR. Tagline yang cukup menarik! Terbayang betapa mudah dan pantasnya anak akan ‘terer’ sifir.

Mama dulu bagai nak rak menghafal berhari-hari. 1 hari, 1 atau 2 sifir. Nak menghafal tu pula kena sampai 12x nombor sifir. Contohnya Sifir 3. 1 x 3, 2 x 3, sampai lah 12 x 3. Masuk Sifir 6, hampir lupa Sifir 3. Ha ha ha! Azab betul rasa.
Dengan Pentagon Sifir ni, dalam masa 3 jam sahaja anak ‘terer’ sifir? Mama tak berapa percaya. So, Mama pun cuba.

By the way, rezeki Mama dapat Pentagon Sifir ni PERCUMA! Mama redeem dari LIVE di Facebook Bernama TV feat Che Man (Pengasas Pentagon Sifir).
Lebih seminggu juga tunggu. Alhamdulillah selamat terima pada hari Isnin (15/02/2021) hari itu.

Harga asal ialah RM 60. Hah! sila bayangkan betapa bertuahnya Mama. Ha ha!
Bila dapat, terus bagi anak cuba. Amazingly, memang mudah anak ‘dapat’ sifir. Steps pun mudah untuk diikuti.
Pentagon Sifir ni trik dia adalah psikologi. Mula macam susah. Tapi sebenarnya dari awal memang mudah dan sampai ke akhirnya akan rasa mudah dan seronok. Jadi anak akan rasa “Wow! Matematik itu mudah dan seronok!”
Bermula dengan 9 flash cards, dalam tempoh tak sampai 10 minit, Afiq yang baru 8 tahun tu dah boleh sampai ke Kad 5. Pusing soalan ikut cara mana pun, Afiq tetap dapat jawab soalan sifir. Kagum!

Bukan takat ‘terer’ sifir, malah Pentagon Sifir ni punya seronok, sampai Afiq sendiri yang tak menyabar nak buat aktiviti sampai habis! Mama pula dikejar dek anak suruh tanya soalan sifir. Ha ha! Itu kalau dilayan, mahunya straight 3 jam tak berhenti, settle semua level sampai Sifir 12. Wohaaa!

Mama tengah baring nak tidurkan baby Akif pun, anak tak nak peduli. Tetap nak suruh layan keterujaan dia orang nak ‘main’ Pentagon Sifir tu. Adeh.. Dah adik kau bangun pulak.
Ada video panduan dengan teori yang cukup mudah dan santai untuk diikuti. Ada video BONUS juga. Wohaa!
Actually, Pentagon Sifir ni bermula di Brunei. Kemudian ‘masuk’ ke Indonesia. Di Malaysia ni baru je nak mula. Sekarang tengah viral. Sikit hari lagi, mahu habis stok tu.





Sumber gambar : Facebook Rasmi Che Man
Che Man kata, tiada usia tertentu untuk mulakan sifir. Seawal umur 5 tahun pun boleh guna jika anak sudah mengenal nombor.
Sekarang ni, dengarnya ada PROMOSI. Penjimatan sebanyak RM 10. Ada juga tengok kat Shopee (dapat beli murah dan FREE postage. He he). Ni dia link Shopee tu
PROMOSI PENTAGON SIFIR DENGAN PAKEJ BUKU LATIH TUBI
Rasanya macam promosi TERHAD ni. Baik kalian terjah dan dapatkan SEGERA!