Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Sabtu lepas, Mama berkesempatan join seminar keibubapaan dikendalikan oleh Puan Ashikin Hashim, pengetua Tadika Genius Aulad, Saujana Utama.
Menurut Puan Ashikin, sebelum ajar anak membaca, mak ayah perlu beri atau wujudkan ransangan kepada anak untuk minat membaca.
RUMAH adalah ruang utama untuk anak. Tak bermakna di luar rumah, tidak boleh ransang anak untuk minat membaca. Malah, lebih seronok jika sesekali tukar suasana membaca di luar rumah.
Bagaimana? Haaa.. Ini Mama nak kongsikan antara cara yang Mama buat dari anak pertama lagi.
1)SET RUTIN MEMBACA
- Kebiasaannya, Mama akan allocate sedikit masa dalam sehari, hampir setiap hari untuk bacakan buku pada anak. Dapat sekejap dalam 5 minit pun dah okay.
- Fokus anak kecil pun tak lama. Jadi sesuai sangat jika rutin dibuat sedikit-sedikit tetapi kerap.
Formula fokus anak = umur x 5 = minit maksima fokus
Contoh : Umur anak antara 2-5 tahun. Jadi fokus maksima anak adalah antara 10-25 minit.
- Ikut mood & waktu anak. Penting untuk bagi anak rasa seronok nak membaca. Kalau mood cranky nak tidur, tak sesuai lah nak diajak membaca.
2)WUJUDKAN ‘READING SPOT’ DI RUMAH
- ‘Reading spot’ baru di rumah Mama. Sebelum ini, hanya dalam bilik tidur anak. Nak baring? meniarap? berlunjur? bergolek sambil membaca? Ikut suka hati anak. Bebas. Paling penting mudah nak ambil dan baca buku di rak.
- Bila ada reading spot, anak akan nampak dan ingat / tergerak untuk ambil dan baca buku.
3)JADI READING PARTNER UNTUK ANAK
- Tak semestinya dalam rumah. Kat luar rumah pun Mama boleh jadi reading partner (lepas snap gambar).
- Memang kebiasaannya bila bawa anak-anak keluar berjalan ke shopping mall, wajib singgah ke kedai buku. Bagi anak masa selama mana yang mereka mahu untuk bersantai sambil baca buku. Sokong minat mereka. Anak pun mesti seronok dan bersemangat sebab mak ayah ada.
- Kadang-kadang anak-anak nak bertanya. Kadang-kadang, ada juga anak nak bercerita pasal buku yang dibaca. Layankan dengan hati yang rela dan bahagia.
4)JADIKAN SUASANA DI RUMAH YANG MENGGALAKKAN PEMBACAAN
- Banyakkan buku di rumah supaya anak boleh pilih buku pada bila-bila masa.
- Shopping buku di pesta buku Big Bad Wolf. Boleh dapat pada harga yang sangat murah! Selain itu, boleh juga online shopping di BookXcess. Kebanyakannya terbitan luar negara.
- Kalau nak online shopping buku-buku dalam Malaysia, boleh juga dapatkan dari MommyHappy Group Sdn Bhd. Pembekal barangan pendidikan awal kanak-kanak No 1 di Malaysia. Berkualiti dan barang dijual harga mampu dimiliki.
5)BAWA BUKU KE MANA SAHAJA
- Sentiasa sediakan buku dalam kereta untuk dibaca.
- 5 hari seminggu, Mama akan travel dengan anak-anak. Pergi-balik untuk hantar/jemput anak dari rumah pengasuh. Atas jalan hampir 30 minit sehala.
- Kalau balik kampung, jaraknya ‘makan’ masa hampir 3 jam. Mama akan pelbagaikan bilangan buku/ bahan aktiviti untuk anak dalam kereta selain dari top up bekalan makanan. He he!
- Cara begini bagi isyarat bahawa Mama mahu anak pilih buku berbanding gajet untuk habiskan masa. Selain dari tambah pengetahuan, anak juga dapat mantapkan kosa kata.
6)JADI CONTOH TAULADAN
- Anak mudah ikut apa mak ayah buat. Jadi teladan untuk anak ikuti.
- Nak suruh anak membaca, tapi mak ayah sakan main handphone? Tak ‘kena’ perangai begitu…
- Rujuk tips ke-5. Jadi, Mama pun kena amalkan tabiat membaca bila travel jauh.
7)KOMUNIKASI DENGAN GURU
- Guru sekolah anak adalah individu yang rapat, mahir dan kenal perkembangan anak selain ibu bapa.
- Mama prefer bincang dengan Teacher kelas anak, minta bantuan atau tips nak bimbing anak belajar ketika di rumah. Sangat membantu!
.
..
…
Kesimpulannya, mak ayah memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk dan menyemai minat anak untuk membaca. Macam-macam tips ada. Tinggal nak usaha je.
Belum terlewat untuk mula tapi sangat rugi jika tiada usaha untuk mencuba!
Ingat masa kecil-kecil dulu akan ada buku-buku bergambar. Bila mama ajar membaca, ada perkataan-perkataan yang tak tahu tapi pernah dengar
Bagus Mama awak jadi reading partner. memori seronok yg kekal dalam ingatan awak sebagai anak :-)
Thanks for the tips dear :) Banyak yang perlu diperbaiki untuk buat anak-anak suka membaca hehehe
sama2..semoga bermanfaat :)
Bagus sharing ni, indeed Qeela pon guna cara yg lebih kurang sama juga untuk pupuk budaya membaca anak2. Buat dari kecil tu penting ??
Alhamdulillah.. semoga bermanfaat :-)
Setuju. mula dari awal, in sha Allah lebih mudah
Rawlins memang galakkan my sisters ajak anak-anak depa suka membaca. Siap bagi duit utk beli bahan bacaan secara monthly. Tak kisah la baca buku Frozen ke apa ke asal membaca
wohaaa! uncle dia the best! sebab bagi budget utk shopping buku.hehehe
Teringat dulu, anak-anak kecil, dinding rumah dah macam papan tanda dengan semua pelekat mengeja dan mengajar anak hahaha.. belum lagi flash kadnya semua… tapi takpe, kita usaha biar anak terdedah dnegan bahan pembacaan sedari kecik lagi..
Terima kasih sgt2 utk tips yg bermanfaat ni. Masih struggle pupuk minat membaca anak. Kejap pun jadilaa
Sama2.. usaha tangga kejayaan.hehe. Good luck!
wohaaa! syok nya environment macam tu.. tak pasal2 jadi wallpaper bila ada anak.hahaha
bagus usaha Sis Lin! I follow uuuu.hehe
All tips are true! These are the things my parents do for me masa zaman kanak2 dulu. Till now I am an avid reader. I just love reading.
Yes, all tips are true. These are the things my parents do for me masa zaman kanak2 dulu. Till now I am an avid reader. I just love reading.
yihaaaa!! tq for the support.. hye ulat buku.hehe
Memang bagus tips2 ni terutamanya bila sekarang dunia ditimpa musibah, byk masa kita di rumah dengan anak2
kaaaannn.. antara salah 1 aktiviti untuk bonding dengan anak ketika di rumah :-)
budaya membaca ni memang bagus disemai pada anak-anak sejak kecil lagi. yg penting ibu bapa juga perlu main peranan supaya mereka dapat follow juga..
setuju! mak ayah idola pertama anak2 ketika membesar di rumah :-)
Bagus tips2 ni. Mak saya dulu pun dari kecik lg latih saya supaya minat membaca. Sampai sekarang masih ulat buku.
heeee.. bagus mak awak nurture minat anak2 dia pada buku sejak kecil.
Wahhh inilah yang dikatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya! Good practice for them and jadikan habit… Well done ?
yeszaa! hehe.. tq :-)
Yes kene terapkan rutin membaca dari kecil, baru lah anak kita akan sentiasa berkawan baik dengan buku. InsyaAllah moga anak saya pon jadikan buku kawan baik dia. Now my baby baru 7m
sekarang banyak dah buku atau Alat Bantu Mengajar untuk anak seawal usia bayi lagi. In sha Allah.. usaha mak ayah itu penting nak nurture minat anak pada buku. good luck!
Wah nice sharing.. Mmg tgh cari tips for my niece membaca… Dia sibuk nak membaca tp satu pun xpaham hehe
Waktu kecil inilah waktu yang sesuai untuk ajar anak membaca kerana pada waktu ini kanak-kanak suka meneroka sesuatu yang baru
betul la sis… kita sebagai parents juga kena mulakan amalan suka membca ni…. za mmg ada satu space utk buku2 za saja. anak2 pun sekarang dah mula nk suruh baca bedtime story dah..
Budak-budak sekarng suka membaca dekat tel katanya lah padalah tengok video dan kartun jer kalau yang main game lagi lah anak sedara kita susah nak didik membaca hurmmm bagus tips ni boleh digunakan kemudian bila dah ada anak sendiri…
Wish You All The Best In 2021!
THANK YOU
Baguslah, syabas kerana memilih buku dari handpon kat zaman ini. Lebihkan membaca dari menonton youtube aja. Thank you ngan tips ini I boleh gunakan kat anak anak saudara saya.
Kalau nak membaiki handpon bolehla carikan boss phone
Cheers
terima kasih tuan. semoga bermanfaat ..