LCD WRITING TABLET : ANAK SERONOK DENGAN PDPR.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari-hari anak ada online class menghadap skrin PC, laptop atau handphone. Lepas itu, bersambung pula dengan latihan menulis guna pensel dan buku. Rutin yang agak membosankan. Tambah lagi, terkurung di dalam rumah. Boleh buat emosi terganggu.

PDPR itu tidak semestinya hanya berlaku melibatkan anak & guru kelas tetapi apa-apa sahaja skill atau ilmu yang dipelajari dari ibu bapa ketika di rumah juga boleh dikategorikan sebagai PDPR. Realitinya, guru, anak dan ibu bapa juga sedang belajar tanpa sedar.

Belajar tetap belajar. Cuma kena tukar cara belajar. Jadi, Papa belikan LCD Writing Tablet untuk anak-anak beraktiviti sambil belajar.

Papa dan Mama tidak risau kalau anak mengadap tab ini lama sebab ia environment and eco-friendly. Radiasi skrin terhadap penglihatan/mata anak adalah sangat kurang berbanding skrin TV, handphone atau komputer.

Apa yang anak boleh buat dengan tab ini?

  • Menulis
  • Melukis
  • Menconteng
  • Mengira

Untuk percubaan pertama, Mama buat aktiviti ‘Silent Sifir’ dengan Afiq dan Arif. Tujuan utama nak suruh anak senyap sekejap. Pening kepala Mama setiap hari dengar riuh rendah dalam rumah sepanjang masa. Kecuali waktu tidur malam.

Cara bermain ‘Silent Sifir’ adalah Mama tulis nombor dan Afiq serta Arif perlu tulis jawapan iaitu 2 nombor yang bila didarabkan, akan menghasilkan jumlah nombor yang Mama tulis.

Lepastu, Papa pula ajak anak main aktiviti bina perkataan dari huruf tertentu.

Bila masa senggang, anak suka guna tab ini untuk menconteng, melukis. Boleh melatih kawalan jari ketika menulis atau latihan menulis.

Biasanya untuk latihan menulis, cikgu bagi contoh dalam buku, anak kena salin berulang kali. Bosan!

Afiq, anak sulung Mama pernah mengeluh “Afiq bosanlah Mama. Asyik study guna buku je. Afiq bukan tak nak study, tapi Afiq bosan benda samaaaa je…!”

Mama akui dan faham keluhan Afiq itu. Jadi, Mama perlu bertindak lebih kreatif dan guna cara alternatif supaya Afiq tetap mahu belajar. Paling tidak pun, Mama ajak anak-anak semua beraktiviti dengan whiteboard dan marker.

Kadang-kadang, Mama main aktiviti pretend play. Anak jadi watak waiter, ambil order seperti di kedai makan. Ambil order, tulis pada tab. Aktiviti pretend play ini sambil bermain, sambil belajar menulis dan mengeja. Bagus juga!

Cuma SATU perkara yang tak berapa syok dengan writing tablet ini. Hanya ada butang DELETE. Sekali kau tekan, konon nak undo tapi habis padam semua tak tinggal sisa! Ha ha ha!

Tak apa lah. Yang penting berguna juga sebagai cara alternatif untuk anak belajar sambil bermain.

Papa beli tab ni di Shopee. Kalau kalian nak beli juga, boleh klik link -> Kedai Writing Tab

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply