MENARIK! CARA HIAS DINDING AKUARIUM DENGAN STICKER.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila berkurung dalam rumah lama sangat, maka pandangan pun terhad pada apa yang ada dalam rumah. Bila pandang dinding, mula terfikir “apa aku nak buat pada dinding ni?’. Bila pandang toilet, mula terfikir “macam mana aku nak hias toilet ni bagi menarik?”.

Pandang mana-mana sudut dalam rumah, otak mula ligat berfikir nak wujudkan aktiviti sebab bosan duduk terperap.

Kali ini, akuarium di dapur jadi bahan DIY. Dari kosong, kita hias sikit supaya ikan tu rasa happy duduk rumah cantik. Ha ha ha!

Akuarium ni bersaiz 5 kaki x 2.5 kaki.

Kosong dan bosan. Tengoklah si hitam belah kanan tu, kemain mencebik muncung dia protes bosan yer. Ha ha!

Idea hiasan dinding akuarium ni terjadi lepas scroll Facebook Group ikan/hiasan akuarium. Tengok punya tengok, “eh! cantik pulak hias dinding akuarium dengan sticker ni..”. Lepastu, terus bukak Shopee, cari!

Ok dapat! Beli saiz 5 kaki x 3 kaki. Lebih tu, kita potong bagi kemas.

Mudah sangat nak pasang sendiri. Buka pelekat, letak pada dinding akuarium (bahagian luar), dan gosok rata. Siap!

Haaaa! Nampaklah meriah dan ‘hidup’ sikit rupa akuarium ni. Sambil-sambil tu ajar ikan dalam tu berzikir. Kotlah ikan tu zikir, dapat sedekah pahala untuk tuan dia ni ha. He he.

Pelekat akuarium tu beli di kedai Shopee ini -> Kedai Pelekat Akuarium

Harga berbeza mengikut saiz. Tapi masih dalam julat harga mampu milik. Berbaloi pulak tu sebab kualiti pelekat tu. Seller pun bungkus elok. Bukan main lipat-lipat je. Dia gulung siap dengan paip jadi penyokong dalam bungkusan.

Macam beli pembalut hadiah kat kedai, staf roll kan then selotep. Rupa itu la.

Ok. Lepas ini, misi tambah ikan pula. He he.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply