Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, lepas lebih sebulan dari tarikh tutup permohonan jawatan kosong di UiTM, Mama terima emel dan SMS untuk sit exam bagi gred 41.
Sebelum ini, pernah dapat sampai sesi temuduga peringkat ke-2 bagi gred N41 (Penolong Pendaftar) tapi bukan rezeki untuk dapat jawatan itu. Tak apa, sekurang-kurangnya Mama dah ada pengalaman dari peringkat ujian bertulis sehingga ke temuduga peringkat ke-2.
Tak putus asa, cuba lagi selagi masih berkelayakan.
Dulu ujian bertulis. Sekarang lebih mudah dengan ujian online.
Antara kategori soalan yang termasuk dalam sesi ujian
Gigih betul pergi snap gambar setiap soalan. Tapi Soalan 80, LUPA pulak nak snap. Excited sangat dapat jawab semua 80 soalan dalam masa 60 minit. Ha ha ha!
Exam online ni mudah sebab dari segi nak akses jawapan, sempat nak Google-ing jawapan. Cuma kena pantas tang membaca dan cari jawapan dalam artikel berkaitan.
Nah, share sedikit soalan ikut kategori
Kategori Pengetahuan Am (Malaysia)
Kategori Pengetahuan UiTM
Bab UiTM, sempatlah study sebelum sit exam, sambil buat nota. Kebetulan masa tempoh ujian berlangsung, website UiTM down oi! ha ha ha! Mesti sengaja tu admin bikin down. Ciskek betul!
Kategori Dasar-Dasar Kerajaan
Kategori Daya Menyelesaikan Masalah
Elok je start soalan kategori ini, menggelabah kejap! “Alamak! Kalkulator lupa ready oi!” Nasib baik teringat ada apps Calculator dalam handphone. Ha ha ha! Maklumlah, bila gelabah, masalah simple pun kadang-kadang boleh tak tahu nak selesaikan macam mana.
Kategori Kewangan
Kategori Perintah Am
Fuh! nadi memang berdenyut laju berlawan mana nak baca dan faham soalan. Lepas tu nampak pulak saat count down punya besar kat sebelah.
Digalakkan study la terlebih dahulu pasal UiTM sebab fakta tu ada dalam website UiTM. Lagi pun tak adalah banyak mana berbanding nak study pasal Pengetahuan Am (Malaysia) atau pun Dasar Kerajaan yang memang luas skopnya. At least, tahu juga sedikit sebanyak overview pasal bakal majikan iaitu UiTM. Nampak juga usaha kita seolah-olah macam kita ni usaha nak ambil hati orang yang di’kejar’ tu. Gituuu.
Apa-apa pun keputusannya, Redha ajer sebab tahu… Dah usaha sehabis baik. Semoga ada rezeki untuk diri ini. Aminn….
Zaman sekarang dah berubah dah.. semua dihujung jari.. yang penting semua kemajuan teknologi ni bermatlamatkan untuk memudahkan segala urusan harian dalam hidup kita..
betul tu. semoga perubahan dan kemajuan teknologi memudahkan urusan harian..
semoga berjaya Linda. mek tak pernah ambil exam online. dah putus asa dengan SPA. so bila depa emel cakap ada exam online pun buat dek je la. kemain jugak soalan depa ye. kbkk jugak.
Tq mek.amiinn
Exam spa dulu pun byk kali pergi.tapi masa zaman ujian bertulis je la.x merasa pun exam spa online..
Entah semangat dari anak2 kot tu yg buat x putus asa mencuba..
Wah! Sekarang ni semua online ya..anyway good luck moga sukses…
ha ah..nak kurangkan kos agaknya. tapi lebih mudah la untuk calon x perlu dtg jauh n sesak sebab ramai nak sit exam.
Thank you. aminnn =)
Ayioo mencabarnya soalan heheeh kita ingat lagi last kita jawab soalan umum macam ni masa ujian sekolah rendah dulu wakakaka sebab nak masuk asrama penuh ker MRSM kita tak lepas gagal waakakaka…
Kaann..tapi nasib baik la ada gak overview sejarah masa study sekolah menengah dulu
uih..kalau soalan untuk kelayakan MRSM, pengsan wei. masa tu budak baru nak up, mana layan hal kerajaan.hahaha..
Terima kasih atas tips yg diberikan. Sangat membantu terutama buat saya yg ramai anak2 masih bersekolah..
Thanks for sharing! But when I see this~ I confirm fail! Hahahah
Thank you!
you are most welcome.
saya yang memang study pun belum tentu pass.hehe
Soalan dia boleh tahan kbat juga ya. So pada mereka yg nk amek ujian online uitm blh laaa rujuk sini. In shaa Allah berjaya. Btw good luck ya sis
in sha allah..tq nur =)
sama-sama =)
Wahhhh… dah terasa macam masa saya amik test SPA dulu je… lebih-kurang gitu la soalannya… all stages dah lepas… cuma apabila dapat offer for contract, saya tolak… anyhow, all the best to you ya… semoga berjaya dengan cemerlang…
Kawan marina pom sit online exam last week. Good luck ye. Semoga rezeki berpihak pada Linda. Sempat snap gambar. Kalau marina dah menggelabaj ayam. Haha
good luck! rasanya jawab soalan online macam ni lagi nervous dari jawab soalan atas kertas walaupun boleh tengok nota. sebab ada masa yang sentiasa menghantui. hahahha
Wah dah dalam online semuanya!hope good sukses for ur kids!
thank you, cindy =)
Fuhhh… Mencabar nya. Sis dah berusia ni tengok pun dah lemah longlai. Anyway good luck!
thank you nina=)
hehe..maklumlah, lama dah tinggalkan sejarah malaysia. last masa sekolah menengah dulu..nasib la kena study balik..hehe
All the best Linda. Boleh tahan juga semua soalan dia. Sis bab exam ni…mula dah rasa seram sejuk. Tidur pun tak lena. Tapi la ni semuanya dah mudah ya. Online je.
thank you eiza =)
bab exam, ok lagi boleh tidur.tunggu esok nak announce result exam tu yg xleh tdo semalaman.haha
tulah, mudah dh skrg, online je..
Hi sorry tanya, lepas exam tu berapa lama yaa tunggu dapat result ?
hai..sorry sebab saya lambat reply.
maaf sangat sebab saya pun dah lupa berapa lama tunggu untuk result sebab dah lama exam ni..
Dah lama tak ambil exam.. Kalau kita agaknya dah tak neruan.. Hahahha.. Tapi kalau dh nak mabil exma mesti dh ready semua kan.. So masa ambil tennag dan baca doa.. Hehe.. Semoag keputusan diterima nanti ok sahaja…
all the best semua calon
thank you =)
wow… artikel ni memang banyak membantu terutama para graduan yang mahu memulai alam pekerjaan. Skarang semua boleh dapat through online, kalau dulu jangan harap.
ha ah.zaman sekarang dah mudah. maklumat boleh dapatkan di hujung jari.
aiyooo! kalau saya kena jawab soalan2 ni, mmg fail la jawapnya, banyaknya fakta yg saya tak tahu. mmg nak kena study berminggu2 baru boleh jawab. semoga mereka yang menjawab soalan2 dan peperiksaan ni berjaya ya :)
haaaaa…tu lah.soalan pasal sejarah am malaysia memang banyak..jenuh nak study.hehe
kalau dah rezeki, tembak jawapan, mengena, betul la.dapatlah lulus.hehe
Takutnya tengok soalan. Kena study betul2. Hehe. Good luck. InsyaAllah, kalau rezeki memang takkan terlepas.
Yang menjawab soalan pun rasa seram.haha
Amiinn..thank you
Dah lama tak jawab peperiksaan online macam ni. Soalan dia pun boleh tahan kan. Terima kasih share dengan kita. Boleh jadikan rujukan ni
sama-sama =)
Hai, usually, berapa lama after then exam result keluar?
exam online ni baru je apply this time. tak sure berapa lama tempoh untuk tunggu result keluar. sampai hari ini pun belum dpt result lagi..
Sis, result dah keluarkan sbb saya pun ambil exam ni, sis dpt x next exam?
kalau ikutkan gred N41 ni, dengarnya ada staf uitm yang dh dipanggil utk interview dlm minggu ini. ..
dimana boleh semak keputusan ?
biasanya kalau berjaya dan dipanggil untuk temuduga, calon akan terima emel atau sms makluman.
Wah.. Susah juga soalan exam nie yea.. Good luck ya.. Moga success n dapat menimba pengalaman dan pekerjaan yg dihajati
Terima kasih :-)
ada yang berjaya ke step seterusnya ke?
ada…
camane nk tau lulus ke fail..red linda dh tau ke lulus ke tak..kalo bulan 12 xde pape maksudnye mmg x dpt la ek
Kalau berjaya ujian, mmg akan dipanggil utk interview.utk yg ini dh lepas sesi interview..
Ikutkan,dh bulan 12 ni,x dipanggil interview,x berjaya la..
Cuba lagi yer..
Untuk Gred N41, peringkat temuduga telah diadakan pada 9 & 10 Oktober 2019.
trima kasih atas makluman
Untuk Gred N41, peringkat temuduga telah diadakan pada 9 & 10 Oktober 2019.
assalammualaikum.. saya baru dapat exam uitm untuk 2020.. untuk soalan Kewangan dengan Perintah Am tu, berkaitan dengan uitm je kan? ke general?
Waalaikumsalam. Tahniah saudara!
Perintah Am, soalan berbentuk umum. Jika berkaitan dengan UiTM pun, hanyalah sekadar menggambarkan situasi sahaja.
Semoga membantu. Good luck!
Salam puan…terima kasih atas perkongsian puan…amat membantu untuk melihat sendiri bentuk soalan yang akan ditanya..
wassalam..Alhamdulillah.Semoga berjaya
Assalamu’laikum sis Linda…sy dpt exam uitm sesi 1 2020..tngok soalan ni mcm brpeluh jgak nk mnjawab..doakn sy dpt jwb dgn baik ye..
Lepas lulus exam 1 online ni ada exam lain lg ke kita kna jawab andai lulus ujian ni?
Waalaikumsalam fatihah.
Tahniah dapat panggilan exam. semoga berjaya.
Kalau ikutkan secara umum, hanya sekali sahaja exam sebelum interview. Tapi ada sesetengah jawatan akan ada ujian bertulis sebelum interview.
Hi ms linda, boleh sy tahu selepas exam berapa lama kita nak dapat tahu keputusam ? Ada website ke, untuk check lulus ke tak ?
hai rahime.
biasanya jika calon berjaya utk ke peringkat seterusnya, akan menerima SMS/emel makluman dari pihak UiTM.
tempoh masa tu, saya kurang pasti . tiada website utk check, keputusan. hanya berdasarkan makluman via sms /emel sahaja.
Ok terima kasih ms linda
sama-sama :)
Hai sis kalau sis. Simpan semua soalan dia lagi boleh tak share dekat ws saya 01126514895 or email amirezzatfauzi@gmail.com. saya exam 10/11/21
wassalam tuan Ezzat…
maaf tuan.. saya tak simpan soalannya. habis terdelete semua dalam external harddisk sebab corrupt T__T
Salam Pn Linda, nak tanya puan ada contoh soalan keseluruhan kertas ujian Gred 41 tak? Sy nak ulangkaji sbb takde rujukan untuk peperiksaan minggu depan ni
wassalam puan Mel..
maaf puan.. saya tak simpan soalannya. habis terdelete semua dalam external harddisk sebab corrupt.
Hai Assalammualaikum , terima kasih Puan kerana berkongsi maklumat tentang peperikasaan ini . 2 hari lepas baru saya dapat emel untuk menduduki peperiksaan ini. Btw , soalan saya berapa banyak soalan kena betul untuk lulus peperiksaan ini ?
waalaikumsalam tuan haziq.
Maaf atas kelewatan maklumbalas.
Allahuakbar.. dah lama sangat exam ni. saya lupa langsung dah berkenaan markah lulus.
maaf sangat sebab tak dapat bantu…