Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mama cuba bagi ‘permainan’ baru untuk Afiq, 6 tahun. Ujian online PCIS 2019. Afiq excited tapi ada 1 seksyen tu dia bagi respons
“Bosanlah soalan ni asyik yang samaaaa je..”
Pattern soalan yang berulang-ulang, lebih kurang sama. Sudahnya, dia pass soalan pada Arif untuk selesaikan. He he!
Ada 5 seksyen soalan perlu dijawab
- Maklumat
- Penaakulan Abstrak
- Pencarian Simbol
- Memori Fotografik
- Rekabentuk Blok
Memang kena bersabar untuk selesaikan ujian ni. Afiq pun ambil masa juga untuk selesaikan. Banyak sangat soalan. Mujurlah Afiq dah pandai membaca dan faham soalan. So, Mama hanya duduk sebelah dia untuk tekan jawapan yang dipilih sahaja. Kadang-kadang tu, Mama pun tak jumpa logik kenapa jawapan pilihan dia begitu begini. Pemikiran budak-budak selalunya lebih kreatif berbanding orang dewasa.

Antara contoh soalan
Seksyen Maklumat




Seksyen Penaakulan Abstrak

Seksyen Pencarian Simbol

Seksyen Memori Fotografik


Makin lama makin banyak barang yang perlu diingat. Kalau tak fokus, memang boleh lupa.
Seksyen Rekabentuk Blok


Makin lama bentuk makin kompleks. Tapi Afiq tetap gigih nak selesaikan juga malam tadi. Alhamdulillah juga bilangan soalan pada seksyen ni sedikit je. Itu pun Mama dah menguap teruk menunggu Afiq selesaikan soalan.

Seksyen ni memang menguji kekreatifan Afiq. Dia nak bayangkan macam mana nak gabung segi empat kecil menjadi sebuah rekabentuk seperti dalam contoh.
Yeay! Alhamdulillah Afiq berjaya juga selesaikan soalan PCIS 2019 ni.








Wah ini menguji minda adik-adik ini. Dengan program ini akan memberi satu anjakan paradigma hehe
uji minda adik-adik dan uji kesabaran mak ayah nak membantu jawab ujian ni.hehe
wah semakin maju cara pembelajaran sekarang dan menguji minda..hehehe..seronok pun ada jawab soalan macam ini.
mula-mula seronok, tapi bila dah lama & soalan pun mcm lebih kurang je, budak pun jadi bosan.hehe
bagusnya menguji minda si kecil, parents pun boleh pantau perkembangan sekali masa main game ni. Kadang kita yang dewasa ni pun kena tajamkan minda dengan permainan memori macamni
Tak pernah tahu ada ujian macam ni utk budak2.. bagus juga ni kan.. nanti Fattah Anas dah 5 tahun nak try jugak la suruh dia buat ujian ni.
saya pun baru tahu tahun ni kak. haaa..boleh la cuba nti bila buka masa Fattah Anas 5 tahun..
Teringat pulak time dulu buat ujian ni. Masa sekolah rendah ada, masa sekolah menengah pun ada. Mmg awal2 mcm okay ja, lepas tu makin susah dann complicated. Haha
ada lagi ya ujian ni. tahun lepas memang bagi anak ambil. tahun ni tak ambil sebab tak tahu sama ada ujian ni masih ada ke tidak. hehe.
saya pun baru tahu tahun ini sebab laju pulak sebaran viral.hehe..boleh la cuba lagi tu.
Bagus juga ambil ujian ni ye. Boleh kita tahu tahap anak-anak kita. Tahun depan bila dah cukup umur anak, boleh suruh dia ambil ujian ni. Terima kasih atas infonya
ha ah.lebih kepada skill test. Good luck yer=)
Menguji minda sgt ni….kecik kecik ya dah ada ujian gini.. Sy masa umu 5, 6 tahun pun pandai main anak patung je.. Hehe zaman dah berubah
tak pernah aida buatkan anak2 test ni.
interesting.
biasa dgr test ni. sekolah rekomen utk amik test ni.
interaktif lah jugak ekk. warna warni.
anak2 kecil berminat nak buat :) menarik perhatian diorang.
memang menarik test utk anak-anak kecil. skim warna yang pelbagai. mak dia yang bosan tunggu.haha
Bagus dedahkan anak denvB test macam ni. Otak ligat sikit bekerja
ha ah. bagi dorang exercise minda lebih dr biasa.
Ruby baru tahu ada ujian begini untuk anak².
Tahniah Afiq, gigih siapkan dan jawab soalan. ??
Wah… Nak cuba jugalah untuk my Khairah… more to critical thinking ni… manalah tau kot-kot ada rezeki ke kan… yang penting kita cuba, tak gitu…
ha ah.critical thinking. mak dia yg membantu dok sebelah pun ctitical kesabaran juga nk menunggu.hahahah
betul tu, yang penting kena cuba.
tahniah adik afiq berjaya jawab semua soalan tu.
anak saya yang paling kecil dah terlebih umur, 7 tahun..tak dapat lah nak join jawab soalan program permata pintar ni.
alhamdulillah berjaya juga akhirnya jawab soalan tu semua. terima kasih
ala..terlepas pulak. x apa, ada lagi program cmni untuk umur 8 tahun ke atas. under UKM juga program mcm ni..
Exam ni dari umur 4 kan? Hari tu ade plan nak buat untuk aneeq jugak tapi heboh pasal website dieorang tak secure. Tak jadi pulak. Dah ok ke sekarang. Ke dah habis waktu dah nak jawab?
ha ah..star umur 4 tahun. x worry, exam ni sah! tutup 15 okt nanti.ada kter share dlm entry sebelum ni. klik je link bukti kter emel kat pihak berkenaan untuk pengesahan. try la utk aneeq
eyh boleh try untuk Amani ni. dia pun empat tahun juga. thankyou ye Linda sebab kongsi info ni. insyAllah manfaat pada anak anak kita nanti.
jom try sama-sama..good luck untuk amani! sama2 mek =)
Semua budak perlu ambil ujian ni atau macam mana? Macam nak suruh adik nur try. Tapi kene tanya dulu lah mana tahu dah amek ke kan. Tq share. Bagus ada ujian ni wlupun soalan nya berulang.
Tak wajib.kalau nak dan ikut syaratnya,boleh join..
Ruby baru tahu pasal ujian online begini.
Tahniah afiq, berjaya siapkan task/soalan yang disediakan.?
Alhamdulillaahh..tq ruby.gigih jugaklah nak siapkan..heheh
Rajin Afiq layan soalan-soalan ni ye! Jawab pun dengan penuh sabar. Ibunya pun turut sama kena bersabar jugak haha. Soalan2 ni nak bagi anak2 kita critical thinking ni kan. Bagus Afiq..
Alhamdulillaahh afiq nak buat ujian ni.dia seronok nk test skill dia
anak saya tiga org berjaya melepas ke saringan kedua, dan hanya 1 org sampai ke akhir…kalau orgtanya bagus tak prog ni…sebenarnya mmg bagus…sy rekoemn kalau terpilih
Wahhh..mesti tapisan selepas ini lebih teliti..excited lak dgr testimoni ni
betul betul menguji minda dan kesabaran anak2… blh guna ujian ni utk latih fokus anak2 bila nak jawab soalan peperiksaan nanti…
betul..fokus tu pun penting juga kalau nak jawab walau 1 soalan. =)
seronok pulak tengok jawab soalan online ni. bukan anak-anak je teruja, mak dia pun excited sama. pernah juga anak saya jawab soalan macam ni dulu, tapi tak dapat sijil pula
seronok jawab sebab soalan menarik, colourful..=)
seingat saya, yg join ujian ni tahun 2016/2017, ada sijil bila selesai jawab soalan.