prize

Aktiviti Mengutip Hadiah Di Office Nuffnang

Assalamualaikum. Post sebelum ini aku sudah ceritakan yang semalam aku cuti untuk interview. Jadi alang² sudah pergi KL maka bodoh la aku jika tidak ke office Nuffnang. Fuh, nasib baik aku pandai.haha.. Sebelum pergi ke tempat interview aku singgah sebentar ke office Nuffnang untuk mengambil hadiah dan sijil. Ini kali ke dua aku pergi ke office mereka. Walaupun kali ke dua aku still pakai GPS. haha.. Mana la aku ingat jalan simpang siur KL ni.