Pengalaman Menjadi Pemandu Uber

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini. Selalu wife aku jer menulis. Kali ini rajinkan diri jugak untuk menulis. Kali ini aku hendak menceritakan pengalaman aku jadi pemandu uber. Siapa yang tidak tahu pasal uber, boleh tengok sini dan register terus dan dapat RM10 discount baucer dan boleh try gunakan.

Aku mula tergerak untuk memandu uber ni lepas orang dok kecoh pasal uber ni, sampai disebut dalam budget. Aku mula² saja² daftar. Dah lama daftar, sampai dapat email dan sms berkali² suruh aku start drive tapi aku tak ready lagi. Sampailah satu email amaran kalau aku tidak drive dalam bulan ini akaun akan dipadam.

Jadi malam minggu tu aku nekad drive. Ilmu dah penuh didada ni dok baca forum, group dan segala macam pengalaman orang. Rasa nervous jangan cakap la. 1 trip, memang menggelabah la sebab 1 time la katakan. Terkial² sampailah customer cancel. Sekali tengok, trip dia nak pergi setia alam ke batu caves. Jauh gak, lepas tu dapat trip dari setia city mall ke perumahan belakang tu. Ok la, buat panas badan. Haha..

Itu pengalaman 1st trip. Bila dah buat, rasa gian. Ye la mana taknya tengok duit. 1st trip dapat la dalam RM50 untuk tidak sampai 3 jam online. Bila buat uber ni, ramai orang akan tanya boleh untung ker? Betul ker sebulan boleh dapat ribu². Bagi aku semuanya terletak pada usaha dan rezeki.

Ia seumpama kita pergi memancing, kadang² duduk 2 3 jam seekor ikan tak dapat kadang² tak sampai 5 min dah dapat ikan. Kadang² tunggu sejam dapat ikan kecik, kadang² tunggu seminit dah dapat ikan besar. Macam itu keadaannya.

Aku tengah cuti semester, jadi hampir setiap hari aku buat. Ada sampai satu tahap hendak berhenti drive sebab pendapatan boleh pulang modal. Tapi bila fikirkan mungkin hari ini bukan rezeki aku aku teruskan lagipun pikir balik duduk rumah tak buat apa baik aku drive. Bila rezeki kita online tidak sampai 4 jam boleh dapat bersih lebih RM100. Itu yang datang semangat tu.

Bila drive ni, kita akan jumpa segala macam jenis manusia. Cakap, bangsa apa aku tak pernah jumpa melayu, cina, india, Indonesia, Bangladesh, Jepun, Nigeria, Pakistan, Korea, Belgium, Turki, Filipina, Vietnam, Thailand. Yang kaya, yang miskin berlagak kaya segala macam jenis manusia.

Dari situ kita dapat pengalaman yang macam². Jadi aku drive ni bukan sekadar mencari duit lebih malah mencari pengalam. Mana tahu leh bukak syarikat bas sendiri. Haha.. Jadi sesiapa yang teringin menjadi seperti saya atau ingin menambah pendapatan meh register bawah saya, inshallah akan bagi free consultation. Follow link INI

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.