Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sejak anak sudah mula masuk tadika, aku jadi seorang ibu yang cuba untuk amalkan pembelajaran di rumah (homeschooling) dengan lebih serius. Segala macam keperluan aku siapkan.
Sekarang, aku usaha untuk sediakan alatan mengajar / belajar iaitu suku kata. Untuk ketahanan jangka masa panjang, aku cuba kaedah LAMINATE. Elak bahan dari terkoyak atau kotor.
Awalnya memang niat nak beli laminator machine. Bila cakap pada suami, dengan laju dia reply “Allah… Guna seterika pun boleh laminate. B pernah buat dulu. Senang je…”
Aku guna laminate paper dengan kualiti 100 micron ke atas. Menurut Adlil Rajiah, kualiti kertas 100 micron ke atas adalah kualiti yang baik.
Cara-caranya :-
- Letakkan kain sebagai alas bawah.
- Masukkan kertas ke dalam laminate paper. Letak atas kain alas tadi.
- Alas bahagian atas dengan kain nipis. Aku guna shawl yang jarang supaya senang nampak kot kena ke tidak gosokan pada bahannya.
- Gosok dengan seterika. Gosok jangan tak gosok. Ha ha!
Tahap kepanasan seterika? Mulakan dengan suhu rendah. Naikkan sedikit demi sedikit. Tengok kesannya. Lain seterika, lain ragamnya. Asalkan tak cair dek panas dah la.
Haaa… Kalau jadi rupa macam ini, maknanya ada udara. Sila gosok guna bahagian bucu/muncung seterika.
Taraaa. Siap lah beberapa keping dalam masa 1 jam. Bukan apa, sambil buat sambil layan anak main. Sudahnya, stop iron, join anak main. Ha ha!
menarik..boleh cuba..
haaa,cuba jgn x cuba :-)
Owh..boleh juga guna seterika, heeh baru tahu ni
haaa..kan..?selamat mencuba..hehe
Wah , rajinnya la ibu ni. Mudah je kan dari pergi kedai bayar , membazir juga kan. boleh try n error sahaja buat di rumah. Kalau guna alat yang kat opis Ty pun kekadang bercinta sebab akan rosak kerana temp dia. but this is cool sharing sis..
alhamdulillah. semoga bermanfaat utk semua..=)
Senang nye laminate guna iron..saya bru je tau..btw thanks for sharing sis..berguna juga ye iron selain gosok bju..
sama-sama =)
caranya memang senang, cuma kena rajin je la.hehe.
Menarik la macam ni..senang aje..baru tau bleh guna seterika je..tak pernah plak terfikir sampai ke situ..punya la bazir duit pi kedai buku or kedai photostat untuk laminate
saya pun baru tahu dari suami yg kreatif.hehe.
Thank you share. Nanti keje sekolah anak perlu keje laminate bolehla guna tips ni. Hihi
you are welcome=)
selamat mencuba.
Hahahah creative betul suami kak ni ?
Alhamdulillaahh..org laki mmg selalunya kreatif Bab problem solving ni..
laaaaa…senang jee….xpernah terfikir plak boleh guna streka….hahahhaha…gagah p beli laminate machine….kalo tau masa study dulu bole bwt gini….xdelaa bnyak duit kuar…
Hahahah..kan..tapi kena gigih n rajin la nak iron sbb kena gosok byk kali kan..
zaman dulu selalu juga buat sendiri benda ni, mudah je. sekarang tak buat dah, selalu beli je mudah (sebenornya malas hihi)
Waahh..saya la tertinggal zaman ni.hehe
Skrg ada pemudah cara,why not guna kan..
Kenangan ni kak. Masa belajar dulu rajin laminate sendiri sijil-sijil persatuan guna seterika. Sampai sekarang masih elok sijil-sijil tu.
Pergghh!laminate sijil.. betul2 appreciate n jaga tu..bagusss
masa sekolah dulu selalu buat sendiri macam ni hehe. jimat berganda. siap buat bisnes lagi tu.. buat bookmark hihihi
Waaahh!baguslah.siap buat duit lagi.yg penting,rajin..
Serius baru tahu boleh laminate guna seterika! Kalau macam ni jimat sikit duit.. Bukan apa kadang2 kita nak laminate sehelai dua je hehe.. So lepas ni boleh try cara guna seterika. Thank you for sharing!
Kannn.. kdg2 bila nak berjimat,terus jadi kreatif.hehe..
Sama-sama?
Wah. Lama tk guna cara ni. Senang lagi guna seterika je. Dulu beli mesin lagi sebab niaga. Kalau simple2 mcm ni. Elok guna seterika je. Nice info
untuk kegunaan peribadi dan sikit-sikit, ok la gini. kalau banyak n meniaga, jenuh menggosok.haha
Yeay boleh buat flashcards utk anak laaa klu mcm ni. Senang je. Thanks share!
kaaan…sama-sama=)
Lahai dengan seterika pun boleh rupanya. Sebelum ni memang ada juga nak buatkan anak anak macam ni laminate kan. Tapi pergi kedai upah kedai laminate kan. Dah tahu cara ni, boleh praktik dekat rumah je.
haaa..bolehlah cuba nanti.
eyh info baru ni. boleh cuba. hahahha. biasa akan suruh orang ofis buatkan kat kedai. laminate punya mesin cepat rosak. kat ofis ada dua, dua dua rosak. so boleh guna kaedah ni nanti. thankyou for sharing.
laminate machine, kalau heavy duty punya, ok la kot. g pun benda panas memanas ni, kalau kerap sangat jalan pun jem juga. ni ada cara manual, boleh la kot nak guna.hehe
mengimbau kenangan sungguh… memang inilah cara saya laminate hasil kerja dolu-dolu… hehehehe… klasik sungguh kannnn… tapi itulah yang membuatkan kita teruja dan hargai semua yang dilakukan… saya siap pernah buat dengan seterika antik arwah opah gitu… siap ber-arang bagaiii… adoiiii, lawak pulak bila teringat balik… thums up Red Linda… kudos… ;)
perrgghhh! lagi dahsyat pakai seterika arang..huhu
Senangnya nak laminate. Dulu masa sekolah punyalah cari mesin laminate ni. Haha, terima kasih share ilmu baru.
mesin laminate zaman dulu, mahal. tu pasal kena kreatif kalau nak jimat.hehe
sama-sama=)
Bagus idea ni. kalau nak beli mesin laminate bukan selalu guna melainkan office. kalau macam tu pakai iron je lah. Lia nak cuba nnti.
Great tips thanks for sharing next time I can make these for my kids too
you are most welcome =)
kreatiff, ilmu baru ni. tak perlu dah bazir duit pergi laminate kat kedai kan. Thank you for sharing
sama-sama =)