Arif Lebih Selesa dengan Goo.N

Assalamualaikum. Untuk product review kali ini adalah pampers jenama Goo.N. Goo.N adalah product dari Jepun. Seperti korang sedia maklum, product dari jepun adalah berkualiti tinggi. Kalau beli barang kereta pun kita akan cari jenama Jepun. Sebab apa? Kualiti.

Bahagian hadapan packaging pampers
Bahagian belakang packaging pampers

Ok mari kita lihat dari segi bungkusan. Bungkusannya menarik kerana ada gambar kartun Doraemon. Arif melihat pon sudah tertarik. Bungkusan dia senang dibuka. Tidak seperti jenama lain, kita kena pakai pisau atau gunting. Goo.N anda boleh koyak di bahagian atas dengan mudah.

Label bahagian atas untuk buka bungkusan
Bahagian hadapan pampers Goo.N
Bahagian belakang pampers Goo.N

Pampers nampak nipis tetapi menyerap dengan elok. Anak lelaki kencing banyak (biar kencing banyak, jangan kuat kencing.haha..) namun pampers ini tidak bocor. Mungkin design nipis sebab lebih ringan namun dia menyerap. Arif buat pertama kali pakai sudah selesa.

Arif bergaya dengan pampers baru. Kebetulan baju pon gambar Doraemon

Ada terdapat banyak jenis lagi papers jenama Goo.N ini, jika anda tidak mahu jenis pants. Bagi aku jenis pants lebih mudah untuk dibekalkan ketika keluar kerana di sesetengah tempat, parenting room (baby room) tiada. Kadang, kadang kalau ada hanya untuk ibu dan anak. Jadi yang mana bapa mithali ni, susah hendak menggantikan pampers. Dengan ada jenis pants, dalam kereta pon boleh tukar.

Ada promo sekarang di Lazada, beli pampers percuma baby wipe dari Goo.N. Apa yang menarik baby wipe ini adalah lembab. Tertulis di packaging, 99% water. Terbukti memang dengan kadar kelembapannya. Tisunya juga lembut. Kulit arif ala-ala mix macam papa dia pon tiada masalah menggunakannya.

Berminat untuk membeli product jenama Goo.N ini? Sila klik SINI.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.