Assalamualaikum dan salam sejahtera
26 Mac 2017 (Ahad) lepas, buat pertama kali bawa anak-anak untuk aktiviti bersenam di pagi hujung minggu. Pheww! Semangat punya pasal, aku siap beli kasut sukan baru, tahu? Ha ha.
Seawal jam 7.00 pagi dah keluar rumah. Dalam 10 minit dah sampai di Setia City Park, Setia Alam.
Actually, suami menang 4 keping tiket dari Astro. Kalau semata-mata nak beli tiket penyertaan untuk program ni, memang tidak lerrr… Spongebob Run namanya.
Kami pilih kategori 3km, 1 kanak-kanak ditemani oleh 1 orang dewasa (bertiket/berbayar).
Allah… bukan nak race pun, saja lari jogging suka-suka. Cuma yang jadi seronok sebab dapat T-shirt dan barang-barang koleksi Spongebob.
Boleh tahan hebat juga Afiq & Arif sebab dapat habiskan larian 3km bagi umur macam dorang. Beginner, dan first timer, 3 tahun 10 bulan dan 2 tahun 4 bulan. Tapi dalam 1km terakhir tu, masing-masing dah berdukung lah. Penat hoiii..
Berat jugak medal Spongebob tu. Tengok sampai tertunduk si Afiq menahan. Ha ha!
Kesan dari lepas jogging, Afiq dan Arif masing-masing bantai sarapan pagi 1 pinggan nasi lemak dan 1 keping roti canai. Hah! Mama dia, laaaagi makan macam ‘membela’. Lari tak seberapa, makan je lebih. Ha ha.
Lepas ni, boleh ajak anak-anak jogging kat taman mainan.
Best nya. Cik Ila masuk jg contest ni tapi tak de rezeki menang :)
gigih jugaklah nak jogging sampai habis 3km sekali dengan budak kecik.kalau x, nti x dpt medal tu..:-D
Seronok bila ada masa bersama keluarga macam ni.
ha ah..sambil buat aktiviti yang menyihatkan badan