PENGALAMAN PERTAMA KALI MENDERMA DARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama berniat nak derma darah tapi tiada kekuatan juga teman. Di tempat kerja, dah banyak kali aktiviti ni berlangsung. Maka, pada 24 Mei 2017 yang lalu, aku tekadkan hati untuk pergi menderma darah. Sebelum tu, aku dengar dulu cerita kawan-kawan lain tentang pengalaman mereka derma darah. Keseluruhannya, cerita gembira. Haaa… hilang nervous!

Kad Derma Darah pertama untuk aku

 

Proses 1 – Isi borang peribadi dan maklumat kesihatan

Ada 1 part tu, soalan dia berbunyi lebih kurang macam ini..

Jika anda lelaki, adakah anda melakukan hubungan sejenis?

Mula-mula aku macam nak tergelak sebab memikirkan situasi lelaki suka kaum sejenis ni, tak adalah kerap sangat. Nampak tak nampak je. Tapi kena teluslah bab kesihatan ni, sebab mungkin kesan dari aktiviti hubungan sejenis tu mempengaruhi tahap kesihatan darah.

Proses 2 – Periksa jenis darah, tekanan darah & tahap Hemoglobin

Masa periksa jenis darah, dia guna alat yang cucuk kat jari tu. tak adalah sakit sangat. Cuma terkejut je la sebab macam kena lastik. Ha ha!

Aku darah O+.

proses periksa jenis darah

Masa periksa tekanan darah dan tahap hemoglobin, doktor tanya semula soalan kesihatan seperti dalam borang. Pastikan jawapan kau orang sama seperti apa yang ditanda dalam kertas tadi. Doktor tanya makan apa tadi, tidur malam tadi jam berapa, bangun pagi jam berapa. Randomly, dia nak teka tahap kesihatan based on makan minum dan waktu rehat.

Proses 3 – Derma darah

Rupanya tak adalah lama sangat proses derma darah. Lepas dari proses pemeriksaan, duduk dengan tenang di kerusi, dan jururawat cucuk jarum, darah disedut. Adalah dalam 5-7 minit, penuh sudah pek darah! Lepas cabut jarum, rehat sebentar dalam 5 minit macam tu, baru jururawat lepaskan untuk pergi.

Lepas settle semua, pandai-pandailah amik sijil dan sedikit kudapan (air kotak coklat Dutch Lady dan biskut oat yang sedap) sebagai penambah tenaga. Oh Ya… ada juga ubat tambah darah disediakan. Boleh ambil jika nak.

Hasilnya badan terasa lebih segar dan semoga tertulis secebis pahala buatku. Amin…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “PENGALAMAN PERTAMA KALI MENDERMA DARAH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.