PENGALAMAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH TAHUN 2018 : LAIN ANAK, LAIN RAGAMNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hidup sehingga kini. Dapat tengok anak-anak makin hari makin bertambah akal, ragam dan juga saiz. Ha ha!

Afiq Hazim & adik, Arif Hazim (The Hazims)

Tahun ni, Mama hantar Afiq & Arif ke playschool yang sama, Little Caliphs. Antara sebab-sebabnya :-

  1. ADIL!
  2. Konsep belajar yang mudah diterima dan santai
  3. Kedudukan yang strategik antara rumah dan laluan ke tempat kerja.
Setiap tahun LC anjurkan seminar teknik cepat membaca. Motif? ilmu untuk Mak ayah ajar anak guna konsep sama macam di sekolah.

Pengalaman tahun ini, berbeza banyak dengan tahun lepas. Tahun lepas, hantar Afiq seorang. Tahun ini, Afiq & Arif. Tahun lepas Afiq di TKM 1, tahun ini di TKM 2 dan Arif di TKM 1. Kanak-kanak diletakkan dalam kumpulan mengikut tahun pertama atau kedua.

Bermulalah drama …

Hari pertama, Afiq menangis sebab kena berpisah dengan Arif.

Hari Kedua, Arif menangis sebab tengok budak lain menangis dan baru perasan Afiq tak ada. Ha ha ha!

(Sumber gambar dari FB LC Meru – Tadika Khalifah Makmur)

Afiq & Arif, walaupun saling bercekau, tapi.. mereka sukar untuk berpisah sebab bercekau tu lah buat mereka makin rapat. Janggal bila berpisah, mesti lajuuu je perasan dan lajuu je akan ada soalan “mana Afiq?’ or “mana Arif?”.

Hari berikutnya, Alhamdulillah tiada drama.

Naik je hari Isnin di minggu ke-2, Kemain masing-masing menyanyi riang dalam kereta. Sampai depan playschool, Arif buat perangai, menangis nak ikut Afiq pulak. Kesimpulannya, bila berlaku drama macam ini, CONFIRM Mama lewat masuk kerja. Pakej dengan tudung senget benget kena tarik dek Arif. Haiihhh lah anak-anak.

Actually, drama anak-anak tak jadi masalah besar buat Mama sebab ianya berpunca dari masing-masing tak nak berpisah. Itu sahaja. Bukan sebab tak nak pergi playschool. Antara tips yang Mama amalkan supaya anak-anak say YES to playschool :

1) Sebelum mula sesi persekolahan, Mama akan kerap brainwash anak-anak , hampir setiap malam sebelum tidur, dengan mengatakan “School is fun. Got playground, Got slide and toys. Nice teachers and lots of friends…” Sambil bercerita dengan nada teruja. Kalau nampak, tunjuk reaksi wajah juga.

2) Jika ada peluang, open day atau tempoh percubaan, Mama hantar anak-anak! Kebetulan bulan Disember 2017 ada school holiday programme. Afiq tak ada hal. Untuk Arif lah. Dia first time nak ke playschool. Afiq pun joined. Okaylah ada abang tengok-tengokkan adik. *Itu yang dah terbiasa bersama dalam 1 group, susah pulak nak berpisah. Isk isk isk.

3) Setiap kali jemput Afiq balik dari playschool, (Arif masih dihantar ke rumah pengasuh) Mama akan sentiasa cakap pada Arif “you will be sent to this school. Look Afiq play the slide. Sooo fun!” Sejak tu, Arif sibuk nak pergi playschool jugak.

4) Setiap pagi, jika boleh, jaga mood anak supaya ceria sebelum ke playschool.

5) Kalau boleh, setiap kali lepas sesi persekolahan, rajin-rajin kan bertanya perihal anak ketika di sekolah. WALAUPUN anak lelaki ni jawapan dia selalunya “Best!” atau pun senyum meleret tanpa sebarang penjelasan tinggalkan Mama dengan penuh tanda tanya… Tapi percaya lah reaksi sebegitu pun sebenarnya cukup menggambarkan yang mereka sebenarnya seronok ke playschool.

6) Kalau ada ‘sesuatu’ berlaku ketika di playschool, obviously, Mama akan nampak. Mungkin dari reaksi wajah atau fizikal. Contoh :

  • Jalan terjengket-jengket kaki sakit, luka sikit.  Kalau boleh, sehabis tenang dan suara lembut Mama bertanya “What happened to your leg…?” Kebiasaannya memang kali ke-103 tanya baru anak akan bercerita. Sabaaarrr… Teruskan memujuk. Pasti berhasil. Phewww. Jangan lupa verify cerita dari kedua-dua belah pihak (anak & sekolah) jika perlu.
  • Masa jemput, di pintu pagar playschool lagi muka monyok, masuk dalam kereta, tanya buat kali pertama. Kot-kot nak jawab. Tapi SELALUNYA memang TAK AKAN JAWAB. Moody. So, tunggu tenang baru tanya. Biasanya waktu nak masuk tidur lah semua terjawab.

Setakat ni Afiq dah boleh terima kenyataan yang mereka perlu berpisah seketika ke kelas berbeza. Arif je ni…. ‘Keras’ kepala lagi… Anak no 2, memang begitu agaknya.

Alhamdulillah, Mama dah jumpa solution. Mama hantar Arif masuk TKM 1 then hantar Afiq masuk TKM 2. Nampak macam “jap lagi Afiq masuk kelas sama-sama, ikut belakang Arif lah”. Settle! Dua-dua gembira ketawa. Mama pun Ha ha ha ke tempat kerja. :-D

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “PENGALAMAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH TAHUN 2018 : LAIN ANAK, LAIN RAGAMNYA

    1. kalau macam tu, cuba korek cerita dr dia kenapa x best..harap2nya sebab dia x biasa dgn suasana baru lah..bukan sebab teacher or budak2 lain kan..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.