Sim Card Berserta 100 GB Internet Percuma

Assalamualaikum,

Lama sudah tidak update blog. Ini pon lepas kemas2 sawang dan sapu sikit. Siapa yang tau pasal Webe? Webe merupakan anak syarikat TM telah berhentikan penawaran Internet mudah alih untuk memberi lauan penjenamaan semula. Semalam TM memperkenalkan Mobile@Unifi bagi menggantikan Webe.

Korang boleh memohon secara dalam talian untuk mendapatkan sim card Mobile@Unifi. Caranya download applikasi Mobile@Unifi di Google Play Store atau Apple App Store. Sudah download bolehlah register di aplikasi tersebut sama ada hendak no baharu atau kekalkan no sedia ada. Setiap orang boleh register 5 no maksimum dan RM10 dikenakan bayaran untuk setiap sim, tetapi buat masa ini TM bagi percuma.

Orang beratur hendak pickup sim card

Korang boleh pilih sama ada pickup sendiri di TM point berdekatan atau pos. Pos ada charge tetapi aku tidak pasti berapa sebab aku pilih pickup sendiri. Masa pickup di TM Point Bukit Raja, ramai jugak orang datang untuk pickup sim card. Korang boleh juga daftar kat sana, tapi buang masa la. Baik daftar online boleh senang lenang pilih no.

 

Lepas ambil simcard, masuk phone terus boleh guna. Dalam sim tu percuma 20GB 4g internet 50mb 3g internet, 10 min call and 10 sms percuma. Pasal term and conditions korang boleh baca disini : https://unifi.com.my/mobile/index.html?custType=mobile. Jadi apa tunggu lagi. Orang bagi free takkan tengok jer. Rebut lah peluang.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.