Pemandangan memukau di Cliffs of Moher, Ireland

Assalamualaikum, ini adalah sambungan dari cerita Killarney ke Kildare jangan sampai ter’kill’. Kami menyewa kereta selama 3 hari. Ini adalah hari ke tiga menyewa kereta. Aku tidak ingat berapa harga sewa kereta disini berapa. Bila sewa kereta disini perlu bayar dengan insurans sekali. Apabila kita mendapat kereta di Malaysia, minyak cukup-cukup diorang bagi sampai stesen minyak terdepat. Berbeza disini, minyak full tank tetapi apabila pulangkan balik kena full tank.

Minyak disini agak mahal sekitar €1.40-€1.80 seliter. Bagi kita nampak lebih kurang kita, tetapi mahal bagi mereka kerana seliter susu 95 sen, kita seliter susu dekat RM5. Jadi mahal la kan. Di Ireland, setiap stesen minyak harga berbeza. Mereka akan paparkan harga minyak di papan logo stesen minyak tersebut, jadi bila jumpa stesen yang jual minyak murah jangan lepaskan peluang untuk isi minyak kereta anda.

Cork City, Ireland to cliff of moher

Kali ini, kami akan ke Cliff of Moher yang terletak 176km dari bandar Cork, Ireland. Perjalan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Seperti biasa, sebelum ke mana-mana kami akan masak terlebih dahulu di apartment untuk di buat bekal. Bukan apa, takut susah mencari kedai makanan halal selain itu dapat menjimatkan duit.

Perjalan seperti kebiasaan melalui jalan sempit dan kawasan perkampungan. Kali ini jalan lagi sempit kerana melalui kawasan perumahan orang dan ladang. Tetapi pemandangan masa perjalan memang sungguh memukau permandangan. Aku tidak sempat snap gambar sebab aku ni mabuk sikit kalau naik kereta mungkin sudah biasa jadi pemandu. Bila jadi penumpang ini rasa lain macam.

Masa dalam perjalanan jumpa speed trap tetapi bukan macam dekat Malaysia, polis duduk dalam semak. Sini polis duduk dalam van yang di park tepi jalan. Tempat park tu pun, memang petak khas untuk membuat operasi. Jadi sebelum sampai kawasan tersebut ada tanda amaran.

Sampai-sampai kasi belanja satu selfie
Sampai-sampai kasi belanja satu selfie
Anak Perak was here 'Cliff of Moher'
Anak Perak was here ‘Cliff of Moher’

Selepas kematu punggung lama duduk dalam kereta, akhirnya sampai juga tempat ditujui. Ruang tempat letak kereta memang besar. Sebelum masuk ke tempat letak kereta ada booth tiket. Kena banyar tiket masuk €6 seorang. Kanak-kanak bawah 16 tahun percuma. Tempat parking agak jauh juga dari tempat untuk melawat. Sini walaupun suhu sekitar 10°C – 16°C pada musim panas, tetapi matahari dia panas terik. Berpeluh juga kalau bila suhu mencecah 16°C.

Ticket masuk itu merangkumi semua tempat yang ada kecuali naik bot. Akupun tidak pasti dekat mana hendak naik bot. Apa yang menjadikan tempat ini popular adalah, disinilah berlaku pengambaran cerita Harry Potter and the Half-Blood Prince. Aku tidak layan cerita Harry Potter memang tidak tahulah pasal benda ini. Bila officemate aku cakap baru aku tahu.

Disini aktivitinya melihat pemandangan yang indah ciptaan Allah. Memang cantik pemandangannya dan tidak boleh digambarkan oleh kata-kata. Kena datang sendiri merasainya. Jika hendak merasainya secara maya boleh layari Cliff of Moher 3D Tour.Pada yang gayat tu boleh melawat muzium yang ada disini atau melawat O’Brien’s Tower. Situ tidaklah gayat sangat sebab ada penghadang. Kalau ada penghadang pun gayat, tidak payah datang terus. Haha..

Masa disini jumpa sorang perempuan negro tegur kami dan tanya dari Malaysia. Mungkin dengar kami cakap melayu. Lepas tu dia cakap ‘I love Malaysia’, ‘ saya suka makan nasi lemak’. Nasib baik perempuan cakap, kalau lelaki cakap jadi macam ‘Apehal mamat negro ni, suka nasi lemak melayu ker?’. haha..

Cantik sugguh ciptaan Allah.
Cantik tak?
Antara kedai cenderahati yang ada. Tidak masuk pun sebab ramai sangat orang.
Antara kedai cenderahati yang ada. Tidak masuk pun sebab ramai sangat orang.
Belanja selfie satu lagi
Belanja selfie satu lagi

Lama juga duduk disitu. Ye la, jauh menapak. Sudah habis melihat pemandangan pergilah masuk muzium untuk sejukkan badan. Sekali masuk, pergh punyalah ramai orang. Tidak jadi sejukkan badan. Cadang hendak picnic dekat situ tetapi terlampau ramai orang. Meja pun tiada kosong, jadi kami ambil keputusan untuk cari kawasan sekitar situ.

Pusing-pusing sekitar kawasan rumah orang, jumpalah satu kawasan pantai memang cantik. Dekat situ siap ada rumah besar mengadap laut. Memang cantik rumah tersebut, lupa hendak ambil gambar sebab lapar sangat. Jumpa batu besar tepi pantai tu dan duduk berkelah atas batu besar itu, makan sambil melihat pemandangan Cliff of Moher dari bawah.

Masa, balik kami ambil keputusan untuk singgah di Shannon untuk mencari surau atau masjid. Mengagau jugak hendak mencari sebab disini mana ada tanda arah masjid or surau. Kadang-kadan rumah orang dijadikan masjid tetapi tidak ditanda apa-apa. Hendak tanya orang, kena cari orang berkopiah. Kopiah kena tengok jugak kopiah macam macam mana, kalau kopiah singkat takut tunjuk arah gereja lak.haha..

Akhirnya lepas 1/2 jam, jumpa juga orang untuk ditanya. Lepas tanya orang pon dekat 15 minit mencari sebab surau terletak di lorong belakang memang susah hendak jumpa. Tapi alhamdulillah jumpa juga. Selepas habis solat, bergerak balik sebab hari juga sudah lewat. Habislah untuk satu hari.

shannon mosque
Inilah masjid yang dicari-cari

Tunggu entri berikutnya, kemuncak cerita iaitu pengalaman aku ke Landon. Chow!

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.