Pengalaman berada di Ireland

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entri penutup untuk kisah aku berada di Ireland sebelum aku bercerita kisah aku ke London. Pada yang tidak tahu, aku pergi ke Ireland selama 6 minggu untuk training di sana. Untuk pengetahun korang Ireland ini terbahagi kepada dua iaitu Ireland utara dan Ireland selatan. Ireland utara termasuk dalam wilayah United Kingdom (UK) dan di ketuai oleh permaisuri manakala selatan pula presiden. Yang aku pergi ini adalah Ireland selatan.

Dapur dalam apartment
Dapur dalam apartment
Keadaan dalam apartment
Keadaan dalam apartment

Selama 6 minggu itu, aku menginap di Apartment The Montenotte Hotel. Apartment 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi lengkap dengan dapur, peralatan memasak, peti sejuk, dish washer, washing machine with dryer, heater, televisyen. Kami disini setiap hari memasak sendiri sebab untuk menjimatkan kos dan hotel ini tidak menyediakan makanan halal. Kalau hendak pergi kedai menjual makanan halal agak jauh juga. Nanti aku ceritakan jarak dan perjalanan.

Bangladesh yang tahu cakap melayu
Bangladesh yang tahu cakap melayu

Selalunya aku akan membeli barangan dapur di Spice House Cork. Jaraknya lebih kurang 1.4 km dari apartment aku. Menapaklah kami sebab mana ada transport. Kalau malas naik bas. Tapi selalunya masa balik apartment naik bas sebab malas mendaki bukit. Peniaga kedai ini dari Bangladesh dan fasih cakap melayu sebab pernah bekerja di Malaysia selama 7 tahun. Kalau hendak barangan direct dari Malaysia di sinilah tempatnya. Di sini aku selalu membeli daging kambing. Sebab harga kambing dan lembu per kilogram sama. Jadi baik beli kambing sebab dekat Malaysia kambing lagi mahal dari lembu.

Untuk solat jumaat aku akan gerak dari office yang terletak di Little Island. Dari office berjalan kaki ke station kereta api sejauh 1.4 km dan dari stesen kereta api Cork Kent Train Station menapak ke masjid sejauh 1.6 km. Macam mana tapak kasut tidak haus. Sehari berapa kilometer menapak. Perhatikan link masjid yang aku share. Salah satu pintu tersebut terletaknya masjid. Masa awal-awal mencari, mengagau jugalah. Selalunya lepas solat jumaat akan lepak makan kebab depan masjid tersebut.

Tempat mencari cenderahati murah-murah
Tempat mencari cenderahati murah-murah
Penneys, syurga membeli belah
Penneys, syurga membeli belah

Dari kedai Bangladesh tadi jalan ke depan sikit ada jambatan St Patrick menyeberangi sungai Lee. DISINILAH menjadi port cuci mata dan membeli belah. Selalunya pergi weekend sahaja sebab hari kerja selalunya tidak sempat sebab kedai majoriti tutup pukul 6 petang. Perhatikan sebalah kiri, Dunnes Store tempat window shopping sahaja sebab boleh tahan harganya. Sebelah kanan kedai warna hijau/hitam, disitulah kedai cenderahati murah. Beli banyak dapat free t-shirt. Hampir setiap kali pergi bandar akan singgah kedai ini. Kedepan sikit akan jumpa Penneys sebelah kiri. Ha, sinilah syurga membeli belah sebab harga dia murah. Kalau weekend memang huru-hara tempat ini sebab terlampau ramai gila orang.

Seberang dia ada Dunnes Store juga. Selalu pergi sini untuk beli barang kering contoh nasi segera. Dekat sinilah ada mesin cashier layan diri. Korang scan sendiri lepas itu bayar dekat lubang masuk duit tu. Dekat sini  juga pakaian boleh dikatakan murah. Aku beli baju anak aku dekat sini. Seluar jeans budak-budak €10. haha.. murah yer. Murah kalau tidak di darab dengan empat. kah3… Apa yang best, beli baju percuma hanger. Masa dia tanya nak hanger tak, aku siap tanya free ker. Dia kata free, sebat jer la. haha..

Selain membeli barang dapur di kedai Bangladesh tersebut kami akan Lidl untuk membeli barang kering seperti jus,susu,buah buahan,roti dan jajan. Disini ala-ala Tesco di Malaysia. Harga barangan agak murah. Seperti contoh jus seliter baru 85 sen, buah epal sebungkus baru 99 sen. Jadi disini duit €50 tu agak besar bagi mereka sampai tahu tahap casheir  akan tanya ada duit kecil tak. Padahal beli barang penuh 3 bag pack.

Jika datang disini sila pastikan anda membawa beg sendiri sebab disini tiada bag plastik. Ada jual shopping bag macam Tesco tu. Harga dia agak mahal. Disini ada disediakan meja untuk pack barang kita beli masuk ke dalam bag.

English market
English market
Dalam English Market
Dalam English Market

Sebelum ini aku pernah ceritakan tentang keadaan cuaca disini. Sekarang aku ceritakan sikap orang sini. Di Cork, Ireland ini seperti pekan kecil. Memang keadaan dia tenang sahaja. Penduduk dia pun tidak ramai. Di sini teknologi akan terkebelakang sedikit. Bayangkan, masa akau keluarkan monopod menjadi kepelikan untuk orang sana. Internet disini memang murah dan laju. Di mana-mana tempat ada wifi free. Sampai bas henti-henti juga ada wifi.

Disini pejalan kaki menjadi keutamaan. Kalau korang hendak melintas dari jauh mereka akan slowkan kenderaan walaupun bukan di garisan zibra. Tetapi janganlah tempat yang sesak di bandar buat macam tu. Memang kena langgarlah. Bila kita terlanggar orang (bukan langgar kereta), sepatutnya kita minta maaf tetapi mereka lagi laju meminta maaf sedangkan bukan salah dia. Aku juga lama-lama terikut cara diorang, terlanggar sikit say sorry. Kira lama-lama aku jadi orang 1st say sorry. kah3..

Kebab berharga  €5 dengan air.
Kebab berharga €5 dengan air.

Disini juga hendak dikatakan mencari makanan halal tu susah, tidak juga. Ada tu ada cuma tidak banyak. Kalau adapun makan simple seperti kebab, kebab dan kebab. haha.. Kalau hendak makan nasi, beli beras di kedai Bangladesh tu dan masak sendiri.haha.. Eh adala jual nasi, lupa pulak. Tetapi nasi berianilah banyak. Kalau hendak nasi lain korang kena cari student Malaysia yang meniaga part time kat sini. Nasi kukus ayam berempah pon ada.

Disini tidak ramai orang menggunakan motosikal, aku tidak pasti kenapa. Mungkin diorang sudah biasa jalan kaki atau guna public transport. Bahasa utama di sini adalah Irish namun tidak ramai tahu berbahasa Irish, majoriti orang tua-tua sahaja tahu. Signboard mereka ada bahasa Irish mungkin tidak mahu diorang melupakan bahasa ibunda mereka. Sport utama adalah Hurling. Kira 1st time la aku tengok dekat tv permainan itu.

Sebelum aku akhiri entri aku ini, aku hendak share satu post ini untuk dijadikan pedoman.

Screenshot_2016-04-27-23-10-04_com.facebook.katana
Screenshot_2016-04-27-23-10-20_com.facebook.katana

Baiklah sampai sini sahaja cerita aku mengenai Ireland. Eh chop, aku tidak cerita pun pasal aku jumpa student Malaysia dan ziarah setiap rumah mereka dan melawat universiti di sana. Inshallah, kalau ada kelapangan aku akan sambung cerita itu. Bilalah hendak cerita pasal London ini. Chow.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply