Bosan

Kisah Lelaki dan Kereta Baru

Setiap hari diselak-selaknya majalah kereta. Kalau boleh semua jenis kereta ingin dimilikinya namun dia jenis ukur baju dibadan sendiri. Selepas duit gaji ditolak dengan duit makan, belanja awek, rokok dan sebagainya. Maka satu kereta telah di aim. Janganlah korang suruh dia beli kereta lain, sebab bila sudah di aim kereta itu maka dia akan bertekad membelinya. Kecualilah korang menghadiahkan kereta lebih baik dari itu, memang serta merta dia akan mengubah fikiran.

Anak Perak Berbahasa Ibunda

“Ate, ape kebio anak kamu bolen macam tu.”, “Eh ngelenyor kamu ni,mcm kere kena belancan jer,ape kaha nya.”, “Biot betoi budak ni,teman piat telinga baru tau.” Haha..paham ker?Alo senang jer tu,aku rasa korang phm coz belum kuar perkataan tumpo,gebo,libang-libu,tengin, metor, kokak, ngecek, ngelat, ayo, dorono(cat farish pernah guna dalam cite jin notty), lembiru, meroloh dan byk lagi. Untuk pengetahuan korang loghat perak ini ikut daerah selalunya daerah yang popular adalah Kuala(Kuala Kangsar) & Bota/Parit.Tapi bahasa paling susah adalah bota/parit