Killarney ke Kildare jangan sampai ter’kill’

Assalamualaikum, cerita ini agak lama. Cerita lebih 2 tahun lepas yang terperam disebabkan kemalasan untuk tulis. Jadi tengah rajin, aku sambung balik. Sekurang-kurangnya dapat mengulit kenangan. Bagi sesiapa yang terlepas episode sebelum ini, jangan risau. Aku akan listkan semua eposide yang ada :

  1. Sebelum ke Ireland
  2. Perjalan ke Dublin, Ireland
  3. Welcome to Cork, Ireland
  4. Minggu 1 : Cork, Ireland
  5. Killarney, Ireland

Oklah itulah eposide yang anda terlepas. Eposide terakhir itu tergantung, jadi ini sambungan dia.

cork-ireland

Sebelum ini ke Nike outlet di Killarney masa pergi telah lewat petang. Untuk pengetahuan korang majoriti kedai mahupun shopping kompleks akan tutup paling lewat jam 6 petang walaupun pada waktu itu cerah bagaikan 3 petang di Malaysia. Macam kita di Malaysia paling awal tutup pukul 10 malam kadang-kadang pukul 12 tengah malam. Jadi kami ambil keputusan untuk datang lagi sekali sebelah pagi sebabnya time ini di Malaysia petang, jadi bolehlah whatapp orang-orang tersayang di Malaysia tanya saiz kasut atau berkenan atau tidak design ini. Aku sambarlah satu kasut Nike untuk Afiq Hazim time tu adik dia dalam perut mak dia. Sehelai jersi dan sepasang selipar untuk aku.

Settle la aku shopping untuk hari itu yang tidak settle adalah kaum hawa. Muka kaum hawa semua tidak puas shopping, jadi kami ambil keputusan untuk ke Kildare Village, Ireland. Perjalanan dari Killarney, Ireland mengambil masa lebih kurang 3 jam. Melalui jalan yang sempit sebab disini memang jalan biasa muat-muat untuk dua kereta. Kalau berselisih dengan lori memang menggerunkan. Lorong motosikal? Memang tiada sebab hendak nampak motosikal pun susah disini. Sepanjang 6 minggu dekat sini jumpa sebijik dua jer. Itupun superbike.

20140906154026

Kildare Village ini seperti Johore Premium Outlet (JPO). Harga dia lebih kurang JPO cuma membezakannya ialah, di JPO untuk latest design merupakan design lama di Kildare Village jadi design lama discount dia boleh cecah sehingga 50%. Aku mencari juga buah tangan untuk dibelikan untuk isteri tetapi tidak jumpa yang berkenan, lagipun ada perancangan untuk ke London, jadi alang-alang beli dekat sana jer la. Jadi aku di Kildare ini sekadar mencuci mata, orang kata window shopping. Dalam-dalam window shopping beli la satu cap untuk buat kenangan.

20140906165533

20140906165541

Menunggu la geng-geng hawa ini shopping. Bila sampai,nah sampai tidak muat kereta. Dasyat betul perempuan ini bila shopping. Hari sudah lewat, jadi kami ambil keputusan untuk solat zohor dan Asar di Masjid yang terletak di bandar Dublin, Ireland. Perjalan dari Kildare Village mengambil masa lebih kurang 1 jam. Masa itu aku tidak tahu menggunakan Waze jadi aku pakai Google Map untuk kesana. Tetapi masjid ini bukan masjid utama/masjid besar Dublin. Orang kata masjid Dublin lagi cantik.

20140906191858

20140906192904

Dari cerita orang situ, masjid ini terbina selepas ada pak arab membeli sebuah gereja lama dan diubah suai menjadi masjid. Selepas solat asar berjemaah perut sangat lapar. Cuaca agak sejuk daripada kebiasaan, mungkin hendak hujan menambahkan lagi rasa lapar. Selalunya di kawasan masjid ada kedai makanan halal. Nasib baik dalam perkarangan masjid ada satu kedai makanan halal. Maka mencekik darah la di situ. Selepas makan bergerak la kami ke Cork, Ireland.

Mata sudah mengantuk. Aku bantai tidur sahaja dalam kereta. Sebab hendak tengok di luar tiada apa. Lagipun highway disini tiada R&R tetapi ada signboard kata kawasan rehat. Kita kena ambil susur keluar untuk ke kawasan rehat tersebut. Perjalan dari Dublin ke Cork mengambil masa 3 jam. Kesian driver drive sorang-sorang lain semua tidur. Untuk pengetahuan korang, kita boleh memandu di Ireland dengan menggunakan lesen yang kita pakai di Malaysia. Tanpa perlu memohon lesen antarabangsa. Memandu di sini sama macam Malaysia, pemandu disebelah kanan. Habislah satu kisah untuk hari ni. Nanti saya sambung bercerita perjalan ke Cliff of Moher, Ireland.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply