TIPS NAK ANAK KECIL DUDUK ELOK-ELOK DALAM CAR SEAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai jugak mak ayah yang ada masalah bila nak travel dengan anak kecil, tapi nak anak tu duduk diam-diam, tak lompat-lompat, tak panjat-memanjat sana sini. Boleh ker? BOLEEEEHHHH…

Advertisement

Anak saya boleh! Apa yang aku dan suami buat?

Pertama sekali, kami biasakan Afiq dan Arif asal travel dengan kereta je, mesti duduk dalam car seat. Buckle up! Bukan duduk saja. Dan mak ayah wajib juga pakai seat belt (sebagai teladan untuk anak)

Afiq Hazim car seat
Afiq ketika umur 7 bulan
Jpeg
Arif ketika umur 8 bulan

Afiq dan Arif masa umur bawah 1 tahun. Car seat, turun temurun yer.

Alhamdulillah Afiq dan Arif kedua-duanya jenis senang tidur dalam kereta bila travel. Keadaan ni hanya terpakai ketika dorang berumur 1 tahun ke bawah. Lepas dari umur tu, lain pulak ragamnya, lain pulak kaedah nak control anak supaya duduk dalam car seat tu.

Ke-2, sebelum mulakan perjalanan, kami pastikan Afiq dan Arif dalam keadaan selesa i.e bersih tak berak, perut dah kenyang. Arif pulak, kadang-kadang aku kena susukan dia siap-siap. Tak lah mak kau ni tersepit kat tengah-tengah antara 2 car seats sebab nak susukan anak. Ha ha! Ya. Dengan kelebihan berbadan langsing, aku mampu menyusukan anak di celah yang agak sempit.

Ke-3, poket kat tempat duduk belakang, aku stand-by kan dengan buku bergambar kanak-kanak. Nak bagi Afiq dan Arif leka belek buku masa travel. Sekarang, dah maju sikit, suami sediakan skrin untuk Afiq dan Arif tengok apa-apa je cerita kartun dari VCD.

Ke-4, kalau travel jauh, ‘makan’ masa berjam-jam, sila berhenti sekejap (singgah RnR / stesen minyak) untuk ‘break‘. Orang dewasa pun boleh kematu punggung duduk lama-lama dalam kereta. Apatah lagi budak kecil yang sememangnya rimas kalau idle untuk masa yang lama.

Ke-5, sentiasa stand-by makanan sebagai kudapan bila jalan jauh. Selalunya dalam bag pack anak memang ada biskut. Afiq dan Arif jenis suka makan, memang itu  je umpan nak bagi dorang behave dalam kereta. Selepas itu, Papa dorang lah yang rajin kemas sepah-sepah tu. He he.

Jpeg
Dah bergaduh pulak nak rebut tengok VCD kartun masing-masing

Ke-6, kadang-kadang aku adjust waktu nak travel tu adalah waktu tidur anak. Contohnya kalau siang, nak jalan jauh dan lama, paling tidak, di awal waktu tu, anak-anak akan tidur barang sejam. Waktu selebihnya, sediakan benda-benda macam yang aku mention dalam kaedah Ke-3 & Ke-5.

Ke-7, hati mak bapak kena ‘kering’ bila dengar anak meraung menjerit-jerit mintak nak keluar dari car seat.

Alhamdulillah sehingga kini, Afiq dan Arif tak pernah lagi buat perangai nak ‘lepas’ dari car seat bila travel sebab dorang rasa lebih selesa bila dok dalam tu rasa seolah-olah dalam dakapan manja Mama. Ahaks!

In sha Allah kalau amalkan kaedah yang aku kongsikan tadi, everything will be under control.

Banyak kelebihan kalau anak duduk dalam car seat masa travel. Antaranya :

1- Keselamatan anak. Kot tiba-tiba brek mengejut, tak lah anak terjatuh / terlambung ke depan.

2- Kemudahan ibu / bapa bila travel bersendirian dengan anak kecil

3- Keselesaan anak kot nak tidur, tak lah mak lenguh sampai sakit-sakit lengan, krem kaki sebab jadi tempat anak tidur.

4- Kalau berjalan jauh, mak tak lenguh nak pegang anak. Kenapa tak sebut bapa? sebaaaab selalunya, bapa dah selamatkan diri terlebih dahulu dengan mengambil alih tugas memandu sepanjang perjalanan. He he.

Errr… kalau tambah anak SEORANG lagi, mana agaknya nak letak eh car seat dia…?

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply