TIPS SELAMAT DI JALAN RAYA : GUNA CAR SEAT UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hooraaayy! In sha Allah Jumaat ini raya!!!!

Advertisement

Bagi yang memandu, sila memandu dengan berhati-hati. Biar lambat sampai, asalkan jangan tak sampai-sampai.

Antara tips pemanduan yang boleh digunakan demi keselamatan terutamanya untuk yang ada anak kecil. Sila gunakan car seat khas untuk bayi / kanak-kanak.

when to use which car seat

1st car seat untuk Afiq, then bila Afiq dah besar, car seat tu ‘turun’ pada Arif.

baby car seat
Afiq Hazim 4+ bulan
Jpeg
Arif Hazim 7+ bulan

Almost 2 tahun guna. Lastly, suami jual pada officemate dengan harga RM 80.

Bila Afiq dah besar sikit, suami belikan car seat baru yang selesa.

Afiq Hazim car seat

Harga seingat aku dalam RM 450. Sebab, masa tu dapat BRIM, memang niat nak belikan car seat baru untuk Afiq.

Bila Afiq dah besar, tak muat, dapat pulak car seat pada Arif.

Jpeg
Arif Hazim 8 bulan

Dah nama anak sulung, memanjang lah dapat barang baru. Anak 2nd, amik abang punya je la. He he.

So, suami belikan car seat baru untuk Afiq.

Jpeg
Toddler car seat

Murah je. Harga dalam RM 210+. Brand Sweet Cherry.

Sejak Afiq dan Arif bayi lagi, asal kami travel je, mesti letak dorang dalam car seat. Sebagaimana orang dewasa disarankan guna seatbelt, seperti itu juga penggunaan car seat disarankan kepada budak kecil.

Lagi 1, mudah la kalau travel jauh-jauh. Mak tak penat nak pegang anak kecil sepanjang perjalanan. Kalau perlu je (contoh : susukan anak), keluarkan anak dari car seat, dah settle urusan, letak semula dalam car seat. Kalau travel berdua je dengan anak kecil, tak perlu risau anak melompat ke anak jatuh / terhantuk sebab brek mengejut ke kan.

Kat Malaysia ni je belum nak kuatkuasa sepenuhnya bab penggunaan car seat ni. Sedangkan penguatkuasaan undang-undang penggunaan seatbelt pun ‘longgar’. Nak kata apa?

Bagi yang berkemampuan, usahalah sediakan car seat untuk anak kecil. Tak rugi melabur lebih untuk keselamatan anak. Ada mak bapak yang mampu, yang response “Alaahhh.. anak aku tak suka dok dalam car seat. menangis ronta-ronta nak keluar” / “dia rimas kena ikat kat car seat tu” / “Anak kau boleh lah dok diam, anak aku tak suka dok diam” dan pelbagai reaksi lain.

Hendak, 1000 daya. Alah bisa, tegal biasa. Melentur buluh biar dari rebung. Itu je aku nak cakap. Selamat Hari Raya!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “TIPS SELAMAT DI JALAN RAYA : GUNA CAR SEAT UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK

  1. Salam ziarah :)
    Suka sgt dgn org2 positif yg sebar vibe on carseat awareness ni.
    Tahniah…
    Cuma one gentle reminder on placing abg kat seat dpn sblh driver tu.
    Actually its a big no to let kids duduk depan atas banyak faktor2 yg blh contribute kpd letidakselamatan anak sepanjang perjalanan.
    Lagipin if adik n.abg sama2 dok blkg lan best…
    Above all, take care n.happy parenting!

    1. salam…owh…ok,terima kasih untuk peringatan. lepas ni, saya akan letak abang kat belakang. sebab sementara nk tgu adik besar ni, saya dok ngan adik kat belakang sbb senang nak handle adiknya…hehe. In sha Allah, saya segerakan tukar posisi anak2 ke belakang..

    1. ha ah. senang kalau nak travel berdua dengan anak kecil kalau pasangan kita xde. pernah jugak saya travel bertiga (saya & anak 2 orang) setakat ni alhamdulillah ok je sebab bagi dorang leka tgok cd. hehe.
      budak2 ni biasanya kalau dh kena ikat, x leh gerak sgt, bosan, lama2 dia tido.hehe
      cuba bagi dia sesuatu supaya leka masa travel dlm car seat tu..

Leave a Reply