Unblock Akaun Google Adsense

Akaun Google Adsense aku telah lama di block oleh Google disebabkan satu tajuk entri yang dikategorikan agak lucah. Entri itulah kali pertama aku cerita pasal gosip artis. Nah! Natijahnya akaun Adsense aku di block. Sebab di block adalah :

It’s important for a site displaying AdSense to offer significant value to the user by providing unique and relevant content, and not to place ads on auto-generated pages or pages with little to no original content. This may include, but is not limited to:

  • copying portions of text content from other sources
  • websites dedicated to embedded videos from other hosts
  • websites with gibberish content that makes no sense or seems auto-generated
  • templated or pre-generated websites that provide duplicate content to users.

For more information, please review the AdSense program policies, this help article about scraped content and Google’s Webmaster Quality Guidelines.

Dia ada mention url entri yang bermasalah itu. Aku buat tidak tahu masa itu sebab entri itulah banyak memberi trafik kepada blog aku. Lagipun aku masih ada iklan dari Innity. Tetapi baru-baru ini terbaca dekat timeline Faceboook mengenai akaun Adsense di block. Jadi tiba-tiba teringat pasal akaun aku yang telah di block. Jadi aku, tergerak hati untuk unblock akaun Adsense aku.

Baiklah aku akan ajar macam mana hendak untuk memohon untuk unblock :

adsense akaun

  1. Anda perlu tahu status block anda dengan login akaun Google Adsense dan lihat sebelah kanan atas ade logo ‘gear’. Klik logo tersebut dan pilih ‘Settings’.
  2. Untuk kes aku, aku pilih tab ‘Site level violations’. Disini akan dipaparkan semua sejarah ‘Violation’ berserta sebabnya.
  3. Kalau status anda ‘Suspended’ akan ada link untuk mohon pelepasan. Jika tiada, boleh ke pautan INI.

Google tekankan dekat sini bahawa ‘Please note that while we will take your comments into consideration when evaluating your website, there is no guarantee that ad serving will be re-enabled.’. Kalau dalam bahasa pasarnya, ‘Ko mohon, belum tentu kami akan lepaskan. haha..’. Ada satu statement yang anda akan perasan menyatakan bahawa mereka memang susah untuk meluluskan untuk unblock akaun. Bila anda baca statement itu, memang rasa ‘down’ gila. Tapi apa salahnya mencuba. Soalan paling penting anda perlu jawab dan jawapan inilah yang mempengaruhi keputusan Google adalah : ‘Please provide us with information as to why your account should be reconsidered’. Jawab dengan rasa kesal dan insaf tidak melakukan kesalahan yang sama.

Selamat mencuba.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply