IDEA DEKORASI BILIK TIDUR ANAK LELAKI : AFIQ HAZIM & ARIF HAZIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tak selamanya anak boleh tidur bersama-sama dengan mak ayah. Mak ayah nak jugak privasi nak buat apa-apa berdua-duaan ketika di kamar tidur. He he.

Advertisement

Jadi, salah 1 cara nak asingkan anak-anak dari tidur bersama-sama dengan mak ayah adalah dengan sediakan bilik tidur khas yang telah dihiasi mengikut kesesuaian anak.

Actually, ini adalah 1st step yang aku dan suami lakukan untuk ajar Afiq tidur berasingan dari kami.

Aku kongsikan langkah-demi langkah bagaimana kami merealisasikan bilik tidur khas untuk Afiq & Arif. Kebanyakannya adalah usaha suami. Kerja orang lelaki lah kan kalau kerja berat-berat ni. He he.

Langkah 1 – Pasang penghawa dingin (air-cond)

Al-maklumlah rumah 2 tingkat ni, bilik kat atas, panas! Demi keselesaan anak, bapaknya pun ‘pasang’lah air-cond

AIRCOND MURAH
Rasanya macam 1.5 HP

Bilik kecil, guna air-cond kuasa rendah pun dah ok. Asalkan sejuk. Suami prefer guna air-cond yang ada inverter / ionizer. Untuk cuci udara supaya lebih bersih. Budak kan sensitif…

Seingat aku lah dalam RM 1,300 sekali upah pasang.

Langkah 2 – Pasang vinyl floor

Lantai asal adalah marmar yang agak kesat. Tujuan pasang vinyl floor ni sebab nak kurangkan rasa hentakan kalau anak terjatuh ke lantai. Lagi pun, lebih selesa dan lembut pada tapak kaki. Tambahan lagi, kalau kaki basah, (terutamanya anak baru keluar dari bilik air), tak lah licin tergelincir.

FLOOR VINYL BILIK ANAK LELAKI
selepas pasang vinyl floor

Ini pasang sendiri je tau. Guna double-sided tape je nak lekatkan. Mudah sangat!

Kos? Tak sampai RM 200. Ikut pada keluasan lantai la. Macam bilik Afiq & Arif ni, hanya perlukan 2 kotak papan vinyl. Itu pun ada lebihan lagi beberapa keping papan vinyl tu. Beli di Al-Aqsa Carpets, Klang. Ada 2 jenis ketebalan corak papan vinyl, 2mm dan 3mm. Suami pilih yang 2mm.

Langkah 3 – Pasang wallpaper bercorak.

WALLPAPER BILIK KANAK-KANAK LELAKI
Pasang wallpaper awan, feeling macam mimpi berada di awang-awangan. Ha ha!

Corak ikut pada karakter anak atau boleh juga bertujuan untuk nampak bilik tu lapang. Kos? Seingat aku lah dalam RM 150 untuk 1 gulung. Itu termasuk dengan upah pasang sekali rasanya.

Ada jenis bidang. Aku tak ingat tapi yang pastinya bidang kecik dan bidang besar. Ha ha! Kau ingat tudung bawal je ada bidang 45 ngan 60? Ha ha!

Beli kat Korea Wallpaper. Gigih  tau kami laki bini pergi sendiri ke kedai kat Puchong nun. Nak jugak tengok dan rasa depan-depan. Kan selalunya syarikat famous ni ada promosi…

Rasanya macam pakai kurang 2 gulung jugak.. Siap ada lebihan..

Langkah 4 – Perabot hiasan bilik (katil & almari baju)

KATIL KARTUN KANAK-KANAK LELAKI
Errr… belum siap hias lagi ni.

Kalau ikutkan hati, nak beli katil sorang 1. Tapi nak lebih ekonomi dan jimat ruang, maka, TERbelilah katil bertingkat. Jenis sorong bawah je. Tak tinggi, budak jatuh pun tak sakit sangat. He he.

Yang penting ada corak untuk kanak-kanak, dan cadar tilam pun jenis fancy. Suami suh pilih cadar tilam gambar superhero. Tapi aku tak setuju, dan pilih corak Madagascar ni.  Sebab? Boleh jugak kenal apa haiwan. Kalau kenal superhero, apa faedahnya? Ha ha!

Hiasan lain untuk katil, tak berapa nak ada idea.

Selalunya katil pakej sekali dengan almari baju

ALMARI KARTUN KANAK-KANAK LELAKI

Jumlah kos untuk katil 2 tingkat + 2 tilam + 1 almari baju  adalah hampir RM 1,000. Murah habis dah ni. Beli kat kedai perabot Roma Italia di Setia Alam. Dapat FREE 2 biji bantal kepala dan 2 biji bolster.

Afiq start tidur bilik sendiri masa umur dia 1 tahun 6 bulan. Masa ni aku baru lahirkan Arif. Respon Afiq? Yeaaaayyy! Kemain suka dan seronok dia ada bilik sendiri.

Dari masa ke semasa, ada jugak hiasan tambahan lain dalam bilik tu.

Apa-apa pun, bajet adalah mengikut kemampuan ibu bapa yer.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply