Bagaimana Elakkan Akaun Fb di Ceroboh

Sebelum ini saya pernah menganjurkan kursus Facebook. Bila orang dengar mesti mereka kata, guna Facebook kena kursus ker? Selalunya orang cakap macam itu, orang itulah yang tidak tahu menggunakan Facebook dan perlu berkursus. Masa saya anjurkan kursus, ramai lagi tidak tahu menggunakan Facebook. Setakat tahu ‘up’ status dan ‘upload’ gambar tidak bermakna anda tahu menggunakan Facebook. Sesetengah orang sampai ‘remove friends’ sebab kawan mereka ‘invite game’. Nampak sangat anda tidak tahu menggunakan Facebook.

Baiklah kali ini, saya tidak mahu ceritakan pasal ‘invite game’. Kali ini saya ingin menceritakan mengenai ‘App Settings’. Pasal ‘invite game’ tu, saya akan ceritakan kemudian hari. Mesti anda pernah terkena atau melihat kawan lain terkena ‘Hack’ dengan keluar post lucah di ‘post’ ke wall anda atau orang lain tanpa kita sedar. Sebenarnya akaun tersebut tidak kena ‘hack’  sebab anda sendiri bagi kebenaran untuk ‘post’ menggunakan akaun anda. Saya ulang lagi sekali, ANDA SENDIRI YANG BENARKAN!

Mesti anda menjawab, bila masa saya benarkan mereka untuk ‘acess’ akaun saya? Baiklah saya ceritakan di mana dan masa bila anda benarkan sesuatu aplikasi untuk ‘access’ akaun anda. Anda mesti pernah gunakan atau pernah nampak status di ‘timeline’ anda :

facebook timeline

Bila anda klik, maka keluarlah page baru seperti dibawah :

facebook login

Bila anda klik ‘Login with Facebook’ maka akan keluar page  seperti dibawah :

FireShot Capture 3 - Log in with Facebook_ - https___www.facebook.com_v2.5_dialog_oauth

Disinilah anda membenarkan orang lain menggunakan akaun Facebook anda. Anda dapat perhatikan senarai akses yang dibenarkan. Untuk applikasi ‘Pandacat’ ini ingin mendapatkan kebenaran untuk :

  • Your public profile
  • Friend list
  • Email address
  • Timeline posts
  • Birthday
  • Photos

Timeline posts inilah kebenaran untuk aplikasi ini ‘post’ di timeline anda. Kadang-kadang sesetengah aplikasi ingin mendapatkan ‘access’ lebih dari keperluan dia. Jadi apabila anda rasa sesetengah acess tidak perlu anda boleh klik ‘Edit the info you provide’. Bagaimana pula aplikasi yang anda benarkan sebelum tutorial ini? Bagaimana hendak buang aplikasi tersebut? Mudah sahaja. Saya akan ceritakan langkah-langkah dia.

Facebook app settings

Langkah-langkah dia seperti berikut (Sila lihat gambar atas untuk rujukkan) :

  1. Login ke akaun Facebook anda
  2. Lihat pada sebelah atas kanan ada logo macam kunci dan sebelah kanan dia ada icon segi tiga mengadap kebawah. Klik ikon segi tiga tersebut dan terdapat menu seperti gambar diatas dan pilih ‘Settings’
  3. Lihat di sebelah kiri, terdapat menu ‘Apps’. Klik menu tersebut dan keluarlah semua list aplikasi yang anda telah benarkan untuk access kepada akaun anda.

Disini sama ada anda hendak buang mana-mana aplikasi yang rasa tidak perlu atau anda boleh kekalkan aplikasi tersebut tetapi menyemak semula ‘access’ kepada akaun Facebook anda. Untuk menghapuskan, letak ‘cursor’ di aplikasi yang hendak buang dan akan keluar ikon ‘x’. Klik ikon ‘x’ tersebut untuk hapuskan. Untuk menyemak ‘access’, letak ‘cursor’ pada aplikasi tersebut dan akan keluar ikon pensel. Klik ikon pensel tersebut, maka keluarkan paparan seperti contoh dibawah. Ubahlah kebenaran mengikut keperluan anda.

facebook permission setting

Selamat mencuba. Akhir kata, ‘stay save in social media’. Terima kasih.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Bagaimana Elakkan Akaun Fb di Ceroboh

Leave a Reply