CARA MUDAH CETAK GAMBAR PADA BAJU GUNA SETERIKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 oleh Little Caliphs Meru, sebagai tanda sokongan, Papa usaha untuk sediakan T-shirt untuk Afiq & Arif yang bertemakan kemerdekaan.

Nak tempah, dah lewat sangat. Nak beli yang ready stock, mahal sangat pula. Sudahnya, buat lah sendiri. Yang simple je lah. Afiq & Arif pun dah excited sebab ada ‘baju merdeka’ katanya.

Baju t-shirt putih tanpa kolar, beli kat Pusat Pakaian Hari-Hari kat Pekan Meru tu. Harga dalam RM 6.00 – RM 9.00 sahaja sehelai. Depends pada jenama atau saiz.

cara penggunaan ada di belakang pek

Guna transfer paper untuk cetak dan tampal gambar pada t-shirt. Harga 1 pek (25 keping) ialah RM 25.00 .

Mula-mula Papa design corak ikut kreativiti dia. Nak bagi nampak WOW di mata anak, Papa letak gambar Afiq & Arif pada design baju setiap seorang.

Cetak gambar pada transfer paper. Pastikan gambar dicetak secara imej pantulan cermin. Boleh je guna printer dan dakwat biasa macam kita cetak kertas tu.

Lepas cetak, terbalikkan bahagian bercorak pada baju dan gosok dengan seterika!

Tahap kepanasan seterika, Papa cuba sedikit demi sedikit naikkan suhu. Maklumlah, pertama kali nak cuba benda baru.

Lastly, bila dah confirm gambar dah melekat pada t-shirt, tarik transfer paper tu perlahan-lahan. Lakukan sementara masih panas. Kalau dah sejuk, nanti bahagian belakang transfer paper tu melekat kuat pada t-shirt.

Hasilnya…

V

V

V

V

V

V

V

V

Afiq
Arif

Puas hati Afiq & Arif dapat ‘baju merdeka’. Ok, tempahan t-shirt sempena merdeka, kini dibuka! ha ha! Gurau jeeeeeee :-p

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

26 thoughts on “CARA MUDAH CETAK GAMBAR PADA BAJU GUNA SETERIKA

  1. Menariklah buat sendiri, jimat pun jimat, nak buat pun senang.. Tak terfikir la pula nak buat sendiri., haha lepas ni dah tau dah nak buat sendiri..

  2. Fuyoooooo senangnyaaaaaa nak buat. Best tu boleh custom made design baju. Tq sgt share. Nak buat laaaa jugak. Ni lagi best klu dpt design cantik2 gambar tu. Seronok sgt!!

  3. Dulu selalu jugak guna seterika untuk lekat lencana sekolah. Rupanya sticker baju pun boleh guna kaedah yg sama. Mudah la lepas ni nk buat baju sendiri kan. Tak perlu hantar kedai

Leave a Reply