CUTI-CUTI MELAKA : BUTTERFLY & REPTILE SANCTUARY, NIGHT SAFARI (ZOO MELAKA), MALACCA BIRD PARK & THE SHORE OCEANARIUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

6-8 Ogos 2016, ambil masa bercuti sekeluarga. September nanti suami akan mula sambung belajar, kena ikut jadual cuti semester pulak nak holiday.

Kali ni bercuti ke Melaka. Aku share apa aktiviti sepanjang kat sana.

Penginapan? Suami pilih untuk menginap di Swiss Garden Hotel & Residences, Melaka. Antara kriteria pemilihan hotel adalah mesti ada kolam renang! Ha ha! Kat hotel ni best juga kolam renang sebab dah ala-ala waterpark dah

kolam-hotel-swiss-garden-melaka

6 Ogos 2016

Butterfly & Reptile Sanctuary

Jpeg
Harga tiket masuk Butterfly & Reptile Sanctuary

Exit je Tol Ayer Keroh, terus pergi sini. Rezeki Afiq pada hari tu, staf kaunter tengok Afiq lalu berkata “kecik sangat pulak kalau nak cas… tak apa, adik masuk tak payah bayar tiket lah…”. Padahal kanak-kanak umur 3 tahun dah kena bayar. Alhamdulillah…

Jpeg
Fish Feeding

Antara binatang yang ada adalah rama-rama, ikan, burung, buaya, dan ular.

Aktiviti yang boleh dilakukan adalah Fish Feeding. Makanan ikan boleh beli pada harga Rm 1.00 / paket.

Arif tu tak padan dengan kecil, ligatnya kaki dia kalau Mama Papa leka, boleh masuk kolam tau! Ha ha ha!

entry-taman-rama-rama__1473402531_58-26-181-162

Nampak tak rama-rama landing kat tangan?

butterfly-kat-tangan__1473730833_58-26-181-162-1-min

Kena berdiri statik, baru rama-rama nak hinggap. Afiq sampai ke sudah frust sebab rama-rama tak nak hinggap kat tangan dia. He he!

Jpeg
Datang sini, baru tahu rama-rama makan nenas. Ha ha!

afiq-dan-arif-di-taman-rama-rama

 

Night Safari (Zoo Melaka)

Hanya ada pada Jumaat & Sabtu malam sahaja. Jam 8.00 malam- 11.00 malam. Harga tiket masuk sama macam masuk siang. Perjalanan dalam zoo hanya menaiki trem. Tak perlu bayaran. Tak perlu risau tak nampak binatang sebab gelap kerana staf yang bertugas akan suluh lampu ke arah binatang sepanjang trem berjalan.

harga tiket masuk zoo melaka night safari
Diambil dari laman web rasmi Zoo Melaka

Kelebihan Night Safari adalah, ada staf yang akan explain tentang binatang setiap kali melalui kandangnya.

Sampai di kandang harimau, kami diminta turun untuk datang lebih dekat ke kandang. Berjalan kaki sehingga ke kolam buaya. macam biasa, ada staf zoo yang akan beri penerangan.

Kalau pergi zoo time siang, harimau dan singa juga beberapa binatang lain lebih cenderung untuk tidur.

Aktiviti mengambil masa lebih kurang 30-45 minit.

Lepas tamat lawatan, kebetulan jam 9.30 malam ada Animal Show. Aktiviti ni, bagi aku agak bosan sebab bila malam, binatang yang sepatutnya buat show, dah masuk tidur kot. Rentak persembahan pun slow. 5 minit pertama pun tak muncul-muncul lagi binatang yang buat persembahan. Emcee jer seronok pot pet pot pet. Aku compare dengan Animal Show time siang nampak macam meriah.

Paling tak boleh blah bila dorang saja buat gimik “Siapa ada jumpa bag pack kaler biru, dikhuatiri ada pelawat yang tertinggal siang tadi… Tuan puan sila check kawasan sekeliling anda..”

Alih-alih, beg tu berisi ular sawa Albino. Patut pun nampak mamat yang angkat beg tu macam bersungguh-sungguh. Dia pun terkejut bila staf zoo keluarkan ‘isi’ bag pack tu.

Tak bertahan lama, Afiq dan Arif pun dah buat hal. Apa lagi, terus blah.

*************************************************************************************

7 Ogos 2016

Malacca Bird Park

family-potrait-at-malacca-bird-park__1473730987_58-26-181-162

Punya awal kami sampai kat sini, jadi pelawat pertama okay! Ha ha! Dan lagi sekali Afiq juga tidak dikenakan bayaran walaupun ketinggian Afiq adalah 98 cm.

Sebelum terus ke aktiviti bird feeding, macam biasa, akan ambil gambar keluarga dahulu. Dah keluar nanti, baru boleh ambil gambar yang telah siap dicetak. Berbayar yer, bukan PERCUMA! RM 35.00 untuk 1 foto bersaiz 5R kalau tak silap aku. Tambah RM 10.00 untuk bingkai gambar.

harga tiket masuk malacca bird park

Aktiviti untuk Afiq & Arif adalah Bird Feeding. Beli makanan burung (kuaci, bertih jagung dan air madu) pada harga RM 10/set. Bekas kecik macam dadih tu je ha. Tapi ok la sebab moment keseronokan tu lebih mahal dari harga barang.

malacca bird park 4

Awal-awal lagi dinasihatkan untuk sorok bekas makanan sebab dikhuatiri akan dirampas oleh burung. Mula-mula aku tak percaya. Tapi bila jadi depan mata, aku rasa macam tak percaya juga ia terjadi. Baru je bukak penutup minuman, sekejapan je burung rampas bekas tu. Ha ha.

Ayam pun ada dalam tu. Kategori burung jugak kan? Burung merak yang cantik dan burung kakak tua yang gemuk! He he.

2016-08-07-10-48-05-min

Afiq berlari kesukaan mengacah & menghalau ayam. Sekali kena kejar balik baru tau.

2016-08-07-10-43-02-min

 

Melaka Parade & Dataran Pahlawan Mall

Tempat biasa untuk window shopping & makan sambil sejukkan badan untuk aktiviti seterusnya.

 

The Shore Oceanarium

Bertempat di Aras 2, The Shore shopping mall. Dari hotel, kami hanya perlu berjalan kaki sebab ada laluan khas untuk pelawat hotel untuk keluar masuk The Shore Shopping Mall – Swiss Garden Hotel.

harga tiket masuk the shore oceanarium

Sebelum masuk, staf akan bagi peringatan “Ni single entry je. Kat dalam tak ada toilet. So, kalau nak ke toilet, pergi dulu yer sebelum masuk sini…”

Setiap pelawat yang datang (dengan tiket) akan dapat souvenir berupa fridge magnet (dewasa), key chain ikan (kanak-kanak) dan cermin mata 3D.

Selain dari aktiviti tengok dan baca info pasal ikan, ada aktiviti jawab kuiz tentang hidupan laut.

Jpeg
Pilih jawapan dengan cop gambar berkenaan pada petak jawapan pilihan

Dah siap isi semua jawapan, borang kuiz beserta dengan resit bayaran tunjuk kat staf kaunter. Dan dapatlah hadiah saguhati atas kegigihan menjawab kuiz dalam gelap. He he

Afiq pulak.. “Nak cop! nak cop…!” Habis 1 tangan dia cop. Haihhh… Nasib baiklah boleh cuci semula.

Boleh jugak view ikan dalam 3D. Tapi make sure guna bila ada sign 3D pada arahan.

spec-3d

****************************************************************

Tips nak bercuti dari aspek penjimatan kewangan :-

  1. Hari percutian bukan ‘jatuh’ pada hari cuti sekolah / cuti perayaan. Harga sewa hotel mahal. Cenderung untuk guna lebih banyak minyak kenderaan sebab jalan sesak, ‘makan’ minyak.
  2. Buat survey lebih awal untuk harga tiket masuk ke mana-mana taman rekreasi / lawatan. Contoh : promosi di Groupon.

    groupon promo

  3. Survey harga sewa hotel atau penginapan yang diingini. Buat perbandingan harga. Oh ya, sila ambil kira testimonial pengguna sebelumnya juga. Kot-kot bayar sewa mahal tapi servis tak berpatutan pun tak best juga.
  4. Dari awal, sediakan plan aktiviti sepanjang bercuti. Nak ke mana? Berapa lama masa diambil? Berapa kos perlu dibayar? Insya Allah membantu supaya tak overbudget.

    budget cuti

 

Terasa macam nak plan bercuti ke Universal Studio Singapore (USS) pula. 4 tahun lepas dah pergi tapi tak puas hati sebab masa tu mengandung. Jadi, banyak games yang tak boleh main. Haihhh…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “CUTI-CUTI MELAKA : BUTTERFLY & REPTILE SANCTUARY, NIGHT SAFARI (ZOO MELAKA), MALACCA BIRD PARK & THE SHORE OCEANARIUM

  1. Hari tu pergi Taiping Zoo….ingat nak masuk jugak Night Safari tp dah diaorang ckp tgk binatang tido terus tak jadi hihi…..

    Anak anak masih kecik seronoklah tengok rerama dgn burung ye RL…

Leave a Reply