Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini genap 3 tahun 3 bulan usia Afiq. Dengan perkembangan sekarang, aku rasa Afiq sudah sesuai untuk didedahkan pada pergaulan dengan dunia luar. Sebelum ni, duduk dengan pengasuh (rumah orang). Yang Afiq jumpa hampir setiap hari hanyalah ayah, ibu, along dan abang.
Perasaan aku? Teruja bercampur risau. Teruja sebab nak hantar anak pergi sekolah. Risau sebab itu tempat baru untuk Afiq dan bagaimana dia nak sesuaikan dan bawa diri kat tempat baru.
Allah… tak jauh pun dari office aku. Lunch time, bila perlu, boleh pergi melawat.
Disebabkan aku risau kot-kot Afiq ‘terkejut’ dengan tempat baru, LANGKAH PERTAMA yang aku buat adalah aku PESAN DAN SENTIASA INGATKAN BAHAWA SUATU HARI DIA AKAN KE SEKOLAH.
“Afiq… one day you will go to school. No more Ibu. no more Along. No more Angah. No more Abang… there are teachers and friends. But NOT Didi & friends tau..” Saja aku melawak. Dengan budak kecil mana boleh serius sangat. He he.
Afiq pandang blurrr. Bila lama-lama, dia sendiri akan ulang peringatan tu dan ditambah dengan reaksi teruja. Mungkin dia bayangkan pasal FRIENDS. Mungkin jugak Afiq ni sebenarnya suka cabaran suasana baru.
Baru 50% yakin aku pada Afiq nak ke taska.
Boleh kata hampir setiap hari, setiap malam sebelum tidur aku cerita kat dia pasal seronoknya sekolah.
Nak tambah teruja Afiq untuk ke sekolah, aku BELIKAN KEPERLUAN BARU, iaitu botol air baru. Mickey Mouse. Reaksi pertama bila nampak botol air baru “WHOAAAHHH! CANTIKNYAAAAA…!”
Up lagi jadi 70%

Digalakkan TULIS NAMA PADA BARANG-BARANG PERIBADI untuk mengurangkan risiko tertukar barang.
Dalam beg sekolah tu aku SEDIAKAN KEPERLUAN WAKTU SIANG iaitu 1 helai tuala mandi, 2 pasang pakaian dan 1 helai plastik as a laundry bag.
Nak sama-sama rasa teruja, aku pun dengan gigihnya jahit nama Afiq pada tuala mandi.

Bersepah! Ha ha ha!
Pagi ni, masa hantar Afiq ke taska, Afiq nampak rileks dan mungkin dalam hati dia berkira-kira apalah keseronokan yang aku dapat kat sekolah nanti ni… Aku pulak yang nervous!
Elok sampai taska, disambut ceria oleh cikgu. Aku TINGGALKAN PESANAN TENTANG ANAK. Memandangkan Afiq dah free diapers dan dia memang tahu nak cakap kalau rasa nak kencing/berak, cuma mungkin segan-segan sebab orang baru.
Macam biasa, aku ingatkan sekali lagi pada Afiq “If you wanna shi shi or sakit perut (berak), tell teacher, okay…?” Afiq diam. Menghayati suasana baru kot.
Sebelum gerak ke ofis, aku tegur lagi “Afiq stay here. After work, Mama datang, okay…?”
Response Afiq? “Okay!”
Lepas tu Afiq mula lihat sana sini. Tempat baru, kawan ramai dan penjaga baru. Aku yakin 100% Afiq akan menyesuaikan diri dan seronok di tempat baru.
Hari pertama ni, aku alergik sikit kalau dengar bunyi nada dering SMS / Whatsapp. Mesti nak fikir “teacher taska SMS/Whatsapp ke ni…?”
Tak sabar nak tunggu waktu habis kerja! Nak ambil anak dan dengar apa Afiq nak cerita pasal “What I love about my school?”. Ha ha.






