MUDAH RUPANYA NAK AJAR ANAK FREE DIAPERS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Afiq dah menginjak ke usia 3 tahun. Mulut pun dah banyak cakap. Dah sesuai sangat dah kalau nak ajar dia free-diapers.

Seriously, bagi aku mudah sangat nak ajar Afiq. Mudah sebab Afiq sangat bekerjasama ditambah lagi dengan aku adalah seorang ibu yang gigih ajar anak. Ha ha!

free-diapers

Sekarang dah 3 minggu Afiq free-diapers. Banyak perkembangan dan banyak juga penjimatan. Yesza!

Antara tips yang aku praktikkan :

 

#Tips 1 – Mak ayah kena bersedia mental & fizikal

Mental : Set dalam minda nak ajar anak free-diapers. Jangkakan bahawa anak akan TERbocor lalu mengotorkan karpet dan sofa kesayangan anda. Kawal diri dari marah bila anak bocor. Nama pun belajar, mesti ada salah silap. Sabar! (kadang-kadang aku TERmarah jugak. Penat hoi..)

Fizikal : Mesti gigih untuk bersihkan najis-najis anak yang bocor. Kuat untuk dukung anak masuk tandas, sebab tak nak kotoran yang mengalir tu, menjejeh sepanjang jalan kalau suh anak jalan masuk tandas sendiri.

 

#Tips 2 – Pastikan anak dah sedia

Macam mana? Try test dulu. Cuba free-diaper kan anak. Buat aturan selang 1 jam, bawa anak ke tandas, suruh kencing. TERbocor itu perkara biasa. Kalau bocor tapi anak selamba duduk macam tak ada apa-apa perasaan sebab masih rasa macam kencing/berak dalam pampers, itu maknanya tak bersedia.

 

#Tips 3 – Beli seluar dalam kanak-kanak dengan corak menarik

Seluar dalam dengan karakter kartun contohnya Upin Ipin, Transformers. Lagi bagus kalau kartun tu adalah watak kegemaran anak-anak. Aku beli sedikit demi sedikit. Sekali beli, 6 helai. Next time shopping, beli lagi beberapa helai sebanyak yang dirasakan perlu.

Jpeg
Seluar dalam kartun untuk Afiq

Afiq cukup excited nak pakai sebab ada kartun kegemaran.

Ada 1 corak seluar dalam tu membuatkan Afiq menjerit-jerit kelakar tak nak pakai “Tak naaakk! spender Mama!” Ha ha ha!

Jpeg
Ini seluar dalam Afiq.

Ahhh… Macam manalah Mama tak perasan, boleh sama pulak corak. Ha ha!

Akhirnya Afiq pakai jugak lepas jenuh pujuk “This one is a smaaaaall one, Afiq punya. Mama punya biiiiggg one..” Adeh…

 

#Tips 4 – Aturan masa ke tandas

Untuk permulaan, aku setkan setiap 1 jam untuk bawa Afiq ke tandas untuk kencing. Lepas beberapa minggu, aku jarakkan sedikit masa. Bergantung jugak pada kekerapan Afiq minum air.

Makan masa jugak sebab hujung minggu / hari cuti sahaja aku boleh ajar Afiq.

Set dalam kepala otak, sekali sekala Afiq akan TERbocor jugak. Maka, Mama memang kena selalu tabah & sabarkan hati nak kena bersihkan najis. Tak apa. Bersusah-susah dahulu, berjimat-jimat duit pampers kemudian… Mama boleh shopping spender Mama pulak. Ha ha!

 

#Tips 5 – Sentiasa tanya / pesan pada anak. Berulang-ulang kali tanpa jemu

Aku selalu tanya ayat yang sama “Afiq nak kencing?”. Kalau mulut aku penat, aku tanya sambil pandang Afiq “Shi shi?” Simple. Make sure guna soalan sama supaya anak faham

Natijahnya, Asal aku nak tanya je, Afiq dah ajuk balik soalan aku. Ceh!

Aku juga selalu pesan pada Afiq “If you wanna shi shi, tell Mama, okay?” Pesan berulang-ulang kali sampai Afiq reply “Okaaaaayyyy…” dalam nada malas nak layan. Sigh~ Bertabahlah Mama linda..

Konon nak kreatif, aku bagi cara lain “Afiq.. if you wanna shi shi, tell Mama like this…”Mama!! Afiq nak kencing…!”, tau..?”

Dan akibatnya, asal nak kencing je, cari Mama. Papa duduk rileks depan mata, Afiq tetap gigih cari Mama walaupun Mama sedang berurusan dalam tandas, sebab asal nak kencing je cari Mama dan cakap ” Mama!!! Afiq nak kencing…!” Alahai…

Sejak itu, aku terus gilir-gilir sebut subjek (Papa & Mama).

 

#Tips 6 – Aturan siang malam

Siang, boleh guna #Tips 2. Malam? Penting untuk atur Afiq kencing sebelum baring tidur. Kemudian, aku set selang 4 jam bermula dari waktu tidur. Ini bermakna, akan ada 2x aku perlu bangun untuk bawa Afiq ke tandas. Alhamdulillah, Afiq tak pernah meragam / mengamuk walaupun tidurnya terganggu.

Aku dukung Afiq ke tandas, dah selesai, Afiq berjalan ke bilik, naik katil, sambung tidur. Mudah kerja. Yang aku pelik tu, ada pulak kencing tu. Kalau tak kejut, entah-entah tahan kencing sampai ke pagi.

Bonda pesan “Letak alas kat bawah cadar tilam tu… tak lah teruk akak nak kena jemur pulak tilam kalau Afiq ‘bocor’…” Tapi aku nekad. Aku tak buat pun. He he. Suprisingly, walaupun dalam tempoh percubaan, Afiq TAK PERNAH lagi kencing kat tilam. Phewww~

Kena gigih dan istiqamah jugak buat rutin ni. Bagi aku, setakat bangun jam 2 3 pagi @ lagi 1 minit alarm jam nak bunyi, dah biasa sebab aku menyusukan Arif. Tiada istilah tidur lena, berdengkur atau tidur mati.

Pernah 1 malam, aku terlepas timing untuk bawak Afiq ke tandas. Suprisingly (buat kali ke-2), Afiq kejut aku “Mama.. Afiq nak kencing…” Alhamdulillah. Aku dah tak risau bila Afiq tidur malam.

***********************************************************************************************************

Itu baru perihal nak kencing. Lain pulak ragamnya bab ajar berak kat jamban.

Awal-awal, Afiq lebih selesa berak dalam pampers. Sanggup tahan berak sampai tegang urat leher sebab takut nak berak kat jamban. Meraung-raung. Ha ha!

 

#Tips 7 – Belajar dari pemerhatian

Semuanya bermula bila tiap-tiap kali Papa cuci berak Afiq, Papa akan buang ketulan tahi dalam jamban terlebih dahulu sebelum buang pampers. Dari situ Afiq dapat gambaran ‘tahi buang dalam lubang jamban’. Pujuk punya pujuk, lama-lama Afiq dah tahu nak berak kat jamban. Of course dengan pengawasan ibu bapa sebab risau jatuh dalam lubang jamban (jamban cangkung) @ supaya tak jatuh (jamban duduk).

Dalam proses nak ajar Afiq bab berak kat jamban ni, aku seorang ibu yang sentiasa berjaga-jaga dengan perubahan fizikal serta emosi anak. Asal nampak Afiq berkerut dahi je “Afiq sakit perut ke? nak berak ke?”. Sudahnya, “Mama… Afiq sakit perut la…” itulah petanda Afiq nak berak. Sopan betul nak ajak berak. Ha ha!

 

#Tips 8 – Bantuan pengasuh anak

Haaa… tips ini, tips penting! Sebab melibatkan ‘orang luar’ untuk latih Afiq untuk free-diapers.

Hari pertama hantar Afiq ke rumah pengasuh sempena free-diapers training, selain dari tinggalkan pesanan, aku tetap standby letak pampers dalam bag pack Afiq. Tiada paksaan. Tak nak susahkan pengasuh sebenarnya. Alhamdulillah, pengasuh Afiq amat baik dan okay jer handle Afiq.

Kat pintu rumah pengasuh, sebelum masuk, lagi sekali aku amalkan #Tips 3 , tapi subjek bertukar kepada Ibu. *Ibu:Panggilan kepada pengasuh Afiq.

 

#Tips 9 – Jika keluar berjalan, pastikan ke tempat-tempat yang mudah nak pergi tandas

Kena fikir keselesaan dan kemudahan untuk Afiq. Afiq pulak jenis penggeli. Boleh hilang selera dia nak kencing kalau tandas kotor dan berbau. Bila balik rumah, terus dia rasa nak kencing. Tu dia punya banyak air kencing yang keluar. Nekad sungguh!

Dalam pada tu, aku sentiasa sedia pakaian tambahan untuk Afiq (1 set) + tuala kecil (untuk lap lepas cuci kencing berak) + sabun. Salah 1 sebab kenapa Mama selalu bawak handbag besar.

*updated!

#Tips 10 – Puji anak! 

“Haaa… Goooood boooyyy!” atau “You are a clever boy because you shi shi at the toilet…” pandang muka Afiq dan puji sambil senyum bangga pada beliau. Kasi semangat sikit suh kencing berak kat tandas. Lama-lama, biasalah.

 

Dah makin yakin Afiq boleh free-diapers. Anytime & anywhere. Alhamdulillah.

Kan dah kata, mudah je kan ajar anak free-diapers? Yang penting mak kena yakin, sabar, tabah, gigih dan positif!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “MUDAH RUPANYA NAK AJAR ANAK FREE DIAPERS

  1. Bagus tipsnya RL …..sesuai sangat utk mak pak yg nak ajar anak mereka free diapers. Alahai….. dah lupa dah camne ajar diaorang free diapers dulu dulu….huhu

Leave a Reply