SUSU IBU UNTUK AKIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Genap sebulan Mama masuk semula kerja lepas 90 hari cuti bersalin. Misi penyusuan eksklusif susu ibu untuk Akif, 4 bulan, masih diteruskan.

Sepanjang tempoh Mama bekerja, Akif stay dengan pengasuh. So, Mama akan bekalkan susu perahan.

Setiap botol Mama letak 3oz susu. Bekalan sebanyak 7 botol. Anggaran selang masa menyusu adalah 1.5 / 2 jam. Bergantung juga pada keadaan cuaca atau pun jika berlaku growth spurt (baca:beralih bulan). Ada masa, berbaki 1 botol. Ada masa, habis semua bekalan. Alhamdulillah.

Botol 1st, Mama bekalkan dengan susu perahan segar yang diperah awal pagi seawal jam 6.00 pagi. Dalam pada tu, pukul 6.30 pagi, Akif akan menyusu terus dengan Mama bila celik mata awal pagi. So, next feeding session will gonna be at 8.30am. Lebih kurang je masa Akif sampai di rumah pengasuh untuk minum botol 1st.

Awalnya Mama bekalkan 3.5oz setiap botol tapi Papa kata Akif nampak mengah nak habiskan lagi 0.5oz tu. Kesian pulak.. Mungkin 3oz sudah cukup bagi Akif untuk setiap kali sesi menyusu.

Start je kerja, bermulalah rutin memerah susu ibu. Ada 3 sesi iaitu 10.00 pagi, 1.30 petang dan 5.00 petang. Atau masa yang lebih kurang begitulah. Setiap sesi, 10 minit sahaja. Tak boleh lama, komitmen kerja menanti. Agak mengejar masa juga sebenarnya tapi susu ibu tu hak anak!

Akif Hazim, 4 bulan

Antara rutin makan dan minum Mama..

Laasstt! nak share gambar selepas bersalin.

Susah payah korban masa, tenaga dan harta untuk dapatkan berat ideal, kena lah bagi tahu, ye tak? Ha ha ha!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

36 thoughts on “SUSU IBU UNTUK AKIF

  1. Maintain badan mamanya.
    Kita pun bf mom juga. Latest baby baru 5 bulan and the struggle is real. Nak pam ikut time tu memang kadang2 terbabas gak dek komitmen kerja. Hope kita tabah hadapi 2 tahun mendatang.

    1. alhamdulillah..maintain.hehe..anak pun dh nak masuk 10 bulan skrg n alhamdulillah masih lagi susu ibu di samping makan real food.

      memang terbabas sesi perahan tu, akan terjadi kadang-kadang. tapi harap2nya x kacau jadual n hasil perahan susu la..

  2. saya pun bf mom.. tapi baru2 ni terpaksa stop pam sbb susu dah kurang sangat.. alhamdulillah, dah 1y5m dah baby sy.. semoga mama dapat menyusukan baby sampai 2 thn.. amiin..

  3. Wah. Mantain badan lepas beranak. Mesti berpantang betul2 ni kan. Lama jgk cuti 90 hari tu. Kerajaan eh? Kitorang dpt 60 hari je. Naseb la ada nursery utk tengokkn anak yg masih kecil ni

  4. mek antara ibu yang menyusu anak juga. anak pertama kecundang dek kerana mendengar nasihat orang tua yang kata anak takkan cukup minum susu ibu. kata mudah, tak kenyang. anak kedua dah ada kesedaran sikit so pekakkan telinga untuk bagi FM pada anak. so direct feed bila dengan baby. bila masuk kerja start sesi perahan susu. alhamdulillah dapat bekalkan sehingga umur anak setahun 2 3 bulan macam tu but still continue direct feed sehingga 2 tahun 4 bulan lebih kurang. yang positifnya memang kita akan kurus. makanlah apa pun tetap lansing bagai anak dara. yang tak best, puting berdarah kalau anak asyik mengempeng. tapi anggaplah itu antara pengahpus dosa buat mak mak di luar sana termasuklah mek.

    1. Alhamdulillah diberi peluang utk susukan anak mek 2y lebih. Mmg breastfeeding ni kena ada ilmu dan juga sokongan dari orang sekeliling utk berjaya.

      Setuju. Meraih pahala, bukan mudah. In sha allah ada saham akhirat buat mak yg menyusu kn anak. Amiiinnn..

  5. kurusnya dia hehehe…jeles tengok..mmg kena komited kan kalau nak meyusu anak..apapun susu ibu memang terbaik…nutrisi paling tinggi berbanding susu yang lain…

  6. Alhamdulillah. Tak semua ibu dpt beri anak susu ibu. Nur pun bf mom skrg dah 1y8m. Alhamdulillah, tp lately mcm sakit sikit x sure kenapa. Terbaik mama jaga badan. Maintain slim je. Tahniah…

  7. Anak yang sulung dulu sempat bf sampai dia 6 bulan saja sebab dah pregnant anak yang kedua. Alhamdulillah anak kedua dan ketiga bf sampai 2 tahun. In shaa Allah yang bongsu ni sampailah 2 tahun. Bila kita dapat bf anak ni memang kena bersyukur seadanya

    1. Waaahhh.. Cepat betul ye lekat anak ke2. Hihi

      Alhamdulillah rezeki dapat menyusukan anak. Inspirasi betul tgok ibu2 berjaya susukan ank smpi 2y..

      Good luck untuk semua ?

  8. Betul3x! Biar share. Buat jadi kenangan kita membesarkan anak. semua ni akan jadi pengalaman yg sangat sangat berharga. Ilmu ni semua pun kita akan pass kat anak bila dah besar.

  9. Kita tak tahu cara berpantang sebab tak ada pengalaman lagi tapi dari apa yang kita dengar dan lihat kalau betul cara pantang tradisional Insha Allah badan akan maintain cantik macam akak kita ni hehehehe tengok cara pemakanan dah tahu memang jaga betul..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.