Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah lebih 3 kali berpindah randah, In sha Allah, rumah yang sekarang inilah akan menjadi rumah keluarga kecil kami sehingga akhir usia. Papa, Mama dan 3 orang anak lelaki yang cergas dan cerdas, iaitu Afiq Hazim, Arif Hazim dan Akif Hazim.
Of course lah Mama naaaak sangat hias rumah sehabis baik supaya selesa, tenang dan selamat untuk didiami.
Antara kawasan penting yang kami ambil kira adalah laman depan rumah.
Sebenarnya, dah lama Mama pasang impian untuk miliki ruang santai di depan rumah dan laman rumah yang menghijau. Maklumlah, usia makin tua, makin perlukan pemandangan hijau yang mendamaikan dan menenangkan. Nasib baik juga rumah kami tidak berhadapan dengan deretan rumah lain. Terasa lapang sedikit pemandangan sedia ada.
11 JULAI 2020 (SABTU)
First, pasang lantai dengan jubin. Ikut ukuran lantai adalah seluas 9′ x 11′.

Kedai Jubin BMS Malaysia terletak di Batu 5, Meru berdekatan dengan kawasan Klang Sentral.
Macam-macam jenis jubin ada. Cantik-cantik pula tu. Rambang mata tengok! Sampaikan terlupa nak ambil gambar. Ha ha ha!
Mengikut kiraan staf di kedai, jumlah jubin (ukuran jubin : 8″ X 40″ ) yang diperlukan adalah lebih kurang 51 keping. So, beli 6 kotak. 1 kotak ada 5 keping jubin.

Kebetulan tengah ada promosi sehingga 15/7/2020. Dapat penjimatan 50% dari harga asal untuk setiap keping jubin. Teruslah pilih design dan beli. He he! Konsep Cash & Carry.
Kos jubin beli sendiri adalah RM 439.45. Kos upah tukang adalah RM 500 ( RM 250 x 2 orang). Jumlah RM 939.45

Tukang kata, lantai simen licin. Jadi kena tebuk begini supaya nanti simen akan lebih ‘grip’ pada lantai. Tak lah meluncur jubin bila dipijak.
Seharian juga masa diambil untuk siapkan. Cuaca sekarang ni pulak tak menentu. Sekejap panas, lama hujan.
12 JULAI 2020 (AHAD)
Masa untuk pasang artificial grass (rumput tiruan)
Jam 11.00 pagi, pekerja dan tauke sampai. Testing keadaan tanah. Kebetulan malam sebelumnya hujan lebat! Lama…

Nampak tak kesan tapak kasut? Haaaa.. itulah bukti tauke tu pijak tanah! He he.
Lepas dah testing, tauke kata “Kena letak pasir untuk padatkan tanah. Baru elok letak rumput..”
Proses memasang artificial grass dimulakan.

Dimulai dengan proses membersihkan tanah. Cabut rumput yang sedia ada. Lepastu letak alas geotextile.

Kemudian, proses letak, rata dan padatkan pasir atas alas geotextile tadi.


Lepas dah rata dan padatkan pasir, dorang letak lagi alas geotextile tu untuk letak rumput di lapisan seterusnya.

Tujuan letak alas geotextile tu untuk mengelakkan rumput asal naik dan menjalar. Kalau hujan, air masih boleh mengalir masuk dan tidak akan bertakung bawah rumput tiruan. Natural flow.
Tiba masa untuk pasang rumput.
Rumput tu bukan hampar dan letak macam ituuuu je. Ikutkan keluasan tanah adalah 8′ lebih x 16′ lebih. So, rumput tiruan perlu dipotong dan digabung menggunakan klip. Kelebaran gulungan asal rumput tiruan adalah 6′.
Oh ya! Berapa kos semua?

- Rumput tiruan dengan ketebalan 30mm, U shape, natural design. Harga RM 5.00/sqft.
- Cas pemasangan mengikut keluasan RM 2.50/sqft
- Alas geotextile RM 0.80/sqft.
- Kos penghantaran RM 100
Jumlah semua adalah RM 1,195.00. Dapat less 60 sen, kasi genap. He he!

Ada M shape, U shape, C shape. Kena pergi untuk tengok dan rasakan sendiri jenis rumput yang berkenan di hati. Siap boleh pijak lagi untuk uji kelembutan, keempukan dan ke’sedap’an pada tapak kaki.

Mama test pijak sebab dah boleh bayangkan mesti anak-anak Mama akan bergolek sakan atas rumput. Feeling baring atas permaidani tebal. Ha ha ha! Tak dapat rumput ori, yang tiruan pun jadi lah…
Kat mana kedai nya?
Lot 42, deretan kedai landskap dan tanaman di Sungai Buloh.

Taraaaa~ siap dah laman hijau di kediaman Hazim’s Family

Dan hasilnya setelah rumah bersepah, berdebu untuk 2 hari…
…
…
…
…
…
…

Pemandangan laman rumah lebih kemas dan tenang. Oh My Home Sweet Home *heart
Rumput tiruan pun feeling rumput juga. Selamat berlunjur kaki untuk Papa dan Mama. Selamat bergolek untuk anak-anak. Ha ha ha!

Baru Sal tahu , sebab sekarang ni duduk rumah atas … hehehe . Doakan Sal dapat duduk rumah bawah ye sebab memang ada impian nak pasang rumput tu . Sedap betul mata memandang … hijau kan
hehe..rumah atas pun boleh sal. kalau ada beranda, kter pun slalu juga amik idea dari ikea showroom.
hijau mata memandang..syok anak2 bermain nanti
Alhamdulillah.. sejuk je rasa mata tengok. seronok anak main kawasan selesa
Wah kos upah boleh tahan jugak ya. Rumput ini memang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Ibubapa tak lah risau sangat jika terjatuh..
mungkin termasuk sekali dengan kos simen.hehe.
Suka jugak rumput articial ni. Cantik,pastu takyah susah payah nak buat maintenance,trim bagai
haaaa… tak payah maintenance tu faktor utama.haha
Wahh best kan bila dah ada rumput camni. Anak2 pon seronok bermain. Ha aa biasa kalau nak letak rumput kena letak pasir dlu kan bagi padat. Rtu kat rumah pin letak pasir jugak sebelum letak rumput. Nampak cantik dah pemandangan kat rumah ..
best.. laman hijau, sejuk mata memandang..
wah seronoknya dapat baring2 dekat atas rumput tiruan. barulah lebih selamat kan? in shaa Allah bila ada rumah sendiri nanti pun nak cubalah. :)
seronok.. baring atas permaidani rumput, sambil menikmati udara sejuk di luar.. selamat mencuba!
Cantiknya bila dah siap. Rawlins pun cadang nak perindah balkoni nan sekangkang kera lepas rumah siap kelak.
memang cantik dan sejuk mata memandang
I wish I can put the artificial grass at my balcony area but too small for me to install.
Sis dah pernah tanam rumput golf betul tu kat laman, masa hikau subur memang cantikkk tapi nak rajin trim mesin dan baja… last-last dah tua rumputnya kiokkk…
Ni duk uma baru, pasang rumput tiruan aje, sebab korner tanah sikit heheheh jadilah kebun mini ajer..
hehe..sebab tu lah saya pasang rumput tiruan sebab tak rajin nak jaga, baja..rumput tiruan, kekal hijau.haha
Waahhh! syoknya ada kebun mini.
Wah seronoknya baca deko deko rumah ni. Ruby pun suka artificial grass. Dah masuk dalam list. Sungai Buloh memang best kan. Ada je rumput, pokok hiasan, pokok ulam!
ha ah..syurga landskap paling dekat dgn klang ni.hehe
Bagusbkan ada rumput tiruan mcm ni tak gaduh mak medin bila lama tinggal mcm baru- baru ni masa PKP rumah saya kat kpg rumput tinggi dekat paras lutut dah…
haaa..antara faktor pemilihan sebab x rajin nak menten, x perlu potong rumput sebab panjang.hehe
Wah.. cantik. nanti kalau ada rumah sendiri boleh la buat… tak perlu nak siram2 sangat dah kalau guna yg ni. hehe.
mmg senang nak jaga .. :-D
Boleh tahan harga 500 ntk upah pasang tu ?. Rumput tu memang cantik. Macamtu rupanya proses pemasangan. Kalau hujan rumputnya cepat kering ke?
mungkin termasuk dengan harga sime kot. sebab simen kami x beli.hehe
kalau hujan, rumput cepat juga kering sebab air tak lekat sangat kat rumput..
best la tengok proses hias laman macam ni one by one. thank you for sharing!
you are most welcome
Husband duk nak beli artificial grass ni la untuk hias dry area kat rumah sewa kitorang tu.
senang jaga. elok juga tu