TADIKA MAHAL, BAGUS SANGAT KE? – TIPS MENABUNG DEMI PENDIDIKAN ANAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ni dah boleh booking tempat untuk kemasukan ke tadika bagi tahun 2019. Kebiasaannya, memang pihak tadika akan beri senarai terperinci tentang yuran tahunan yang perlu dibayar lebih awal supaya parents boleh buat keputusan sama ada nak enroll atau tidak untuk anak.

Bab nak pilih tadika mahal ke murah, itu terpulang pada individu. Kena ukur kemampuan, keperluan dan tahu apa kaedah/pelan pembelajaran yang digunakan di tadika. Tak lupa juga, ambil kira testimonial orang lain jika berkaitan.

Papa &  Mama memang dah tetap pendirian untuk hantar Afiq &  Arif ke tadika yang sama, The Little Caliphs. Memandangkan dah enroll dari umur 4 tahun dan ikut pelan pembelajaran dari awal, maka habiskan silibus sehingga akhir. Lebih-lebih lagi, kemajuan sahsiah dan akademik berjalan seiring. Mudah juga kerana ada sekali dengan day care service. Banyak lagi kelebihan lain kenapa Mama & Papa kekalkan Afiq & Arif di Little Caliphs.

Ada antara kawan-kawan Afiq yang teruskan ke pra-sekolah. Kerisauan utama jika masukkan anak ke pra-sekolah : Di The Little Caliphs, anak belajar membaca dengan kaedah fonik. Dengarnya kalau pra-sekolah, belajar membaca dengan mengeja. Keliru pulak nanti.

Masuk Darjah 1 nanti, Mama & Papa tak perlu risau sebab kanak-kanak datang dari pelbagai jenis tadika. Yang penting, Afiq & Arif boleh membaca, mengira dan menulis dengan baik.

Antara tips/amalan demi pendidikan anak-anak :-

  1. Individually, Mama dah mula menyimpan separuh daripada gaji sejak dari GAJI PERTAMA. Gunakan kelebihan apabila tinggal sebumbung bersama Ayahanda & Bonda.
  2. Selepas bernikah, walaupun komitmen berubah/bertambah, Mama tetap peruntukkan sebahagian gaji (buat potongan tetap gaji bulanan) ke dalam ASB
  3. Papa pula, buat kerja part time / freelance job untuk cari duit lebih.
  4. Sejak Afiq & Arif lahir, Papa terus buatkan akaun simpanan anak bagi tujuan pendidikan – SSPN-i. Duit raya, duit sedekah, semuanya masuk dalam akaun simpanan.

Untuk kemasukan ke tadika tahun 2019, ada kenaikan harga yuran bulanan (termasuk day care service) sebanyak RM 20.00 / anak. Jadi RM 440.00/anak. So, antara komitmen wajib Mama & Papa : RM 880.00.

Yuran bulanan setiap cawangan The Little Caliphs adalah berbeza. Disarankan untuk hubungi cawangan berkaitan untuk maklumat lebih lanjut : The Little Caliphs Programme

Untuk tahun 2019, Afiq akan berumur 6 tahun dan akan enroll kelas Pra-Tahfiz. Kumpulan dengan bayaran yuran paling tinggi. Sobsss… Mama & Papa pejam mata ajer lah.

Jumlah sekali bayaran yuran tahunan untuk Afiq & Arif…

Itu untuk pelajar lama  yang berhasrat untuk sambung belajar. Kalau pelajar baru? Phewww… ‘lapang’lah poket mak ayah oiii :-D

 

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.