MINUM AIR GULA (MGTT) : KESAN NEGATIF BERPUASA TERLALU LAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mai belajar Biologi sikit :-D

Menjadi kebiasaan ibu mengandung untuk jalani ujian air gula (MGTT) atas faktor tertentu. Pengalaman kurang manis bila result MGTT kali ke-2 aku , tak berapa cantik bacaannya. Bacaan sebelum minum air gula, tinggi! Tetapi selepas 2 jam minum air gula, bacaan normal. Staff nurse mula keliru.

Bila dah dapat konsultansi dari Dr Siti Mariam, SALAM Hospital, ini jawapan beliau.

 

Penerangan ringkas : puasa lama, badan bekerja (untuk proses tertentu) dan guna tenaga. Kadar gula menurun. Sampai 1 tahap, gula dalam hati & otot dikeluarkan untuk optimumkan paras gula dalam darah.

Jadi boleh menyebabkan bacaan kadar gula dalam darah awal pagi tu tak berapa betul. Dalam kes aku, paras gula jadi tinggi. Dekat border line omputih kata. (Bacaan normal : 3.0 mmol/L – 5.5 mmol/L)

Aku berpuasa bermula jam 8.00 malam, waktu makan malam terakhir. Esok pagi, ujian MGTT, ambil darah jam 8.00 pagi. Itu bermakna badan aku berpuasa hampir 12 jam. Untuk ujian MGTT, waktu berpuasa adalah bermula pada jam 12.00 tengah  malam. Dah aku pun tidur jam 9.00 malam, mana maunya nak makan. Selain dari minum air masak ketika terjaga sebab haus.

Sejarah kesihatan keluarga juga tiada masalah. Sejarah mengandung yang lepas juga tiada masalah Kencing Manis. Alhamdulillah. Bila buat semual ujian darah di hospital, keputusannya, memang TIDAK TERSENARAI dalam golongan yang berpotensi ada penyakit kencing manis. Alhamdulillah…

Alhamdulillah lagi, aku tak perlu repeat ujian BSP (Blood Sugar Profile) yang sepatutnya dijadualkan 2 minggu sekali sehingga kelahiran. Fuhh…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.